SETIAP CERITA... TERCIPTA DAN TERSIMPAN MEMORI

Sunday, September 12, 2010

Rindu

Kerinduan itu sentiasa bertamu di hatiku. Membuat aku resah dan gelisah.

Hari Raya Ketiga

Pagi ini pergi beli serunding di Kg. Laut, Tumpat. Hari ini juga, perutku masih memulas. Asyik masuk tandas sahaja. Aku meminta sepupuku pergi beli air 100 plus. Petang pergi ke rumah mak saudara di kg. Kemudian pukul 5 petang, baru pulang. Malam ni, kemas kini blogku dan lihat fb.

Saturday, September 11, 2010

Hari Raya Kedua

Mak Saudaraku dari Terengganu sampai semalam. Pagi2 ni, aku dan sepupuku pergi mencari nasi berlauk. Memang kegemaran dan sudah jadi tradisi orang kelantan, makan nasi pada waktu pagi. Susahnya. Kena tunggu dan ikut giliran hendak beli nasi. Maklumlah tak banyak kedai yang buka.
Pukul 9.00 baru kami pulang. Tengah hari, aku basuh kereta. Nampak comot sangat. Hujan semalam. Setelah siap, mandi dan solat Zohor, aku pergi ke rumah abahku. Hari ini majlis perkahwinan Iju. Tapi hari lak, perutku memulas dari pagi. Sudah 3 kali aku masuk tandas. Aduh..penat. Aku hanya pergi sekejap sahaja. Selepas lihat Iju bersanding, aku minta diri dan pulang. Kemudian belum rehat, mak saudaraku ajak pergi kenduri di Paloh lak. Pergi la. Kemudian kami singgah di rumah sepupuku yang juga kawan baikku. Pukul 6.30 petang, baru sampai le rumah. Malam, aduh.. penatnya. Aku tidor awal. Adikku, Iza sampai pada pukul 8 malam. Malam ni lak dapat dengar suara...suka sangat.

Friday, September 10, 2010

Malam Raya Kedua

Selepas solat Maghrib, aku pergi ke rumah sepupuku di Tanjung Chat, Kota Bharu bersama saudaraku yang lain. Pukul 10.00 malam, kami pulang.

Perjumpaan Di Hari Raya

Aku ingat ingin pulang awal dari rumah ayahku. Tapi kakak2ku bagi tahu, Kak Rose sekeluarga hendak datang. Aku tunggu. Akhirnya aku bertemu juga dengan Kak Rose. Wajahnya sama je dalam FB. Kami bergambar bersama. Aku tidak banyak cakap. Namun aku gembira kerana dapat berjumpa dengan kakakku yang sulung, berlainan ibu.

Hari Raya 2010

Aku bangun pagi. Selepas solat subuh, aku gosok baju. Mengapa senyap je surau ni? Dah pukul 8 pagi. Aku terdengar takbir di surau yang berdekatan. Aku hidupkan enjin kereta dan ambil air sembahyang. Kemudian aku menyuruh mak saudaraku bersiap. Selepas itu, aku terus pandu kereta dan bergerak menuju ke surau yang berdekatan. Alhamdulillah..belum ramai orang. Pukul 8.30 pagi, baru mula solat hari raya. Dapat juga aku solat hari raya tahun ini. Kalau tunggu surau hampir umahku, tentu tak dapat. Rupanya memang tak da orang kat surau tu. Semua mencari surau lain yang berdekatan. Selepas solat hari raya, aku bersama mak saudaraku dan sepupuku pergi menziarahi kubur keluargaku yang telah meninggal dunia. Aku membaca surah Yasin di kubur arwah ibuku.
Selepas menziarahi kubur, aku pergi ke rumah saudara yang berdekatan. Tepat pukul 12.30 tengah hari, aku memandu kereta menuju ke rumah ayahku di Pasir Mas.

Thursday, September 9, 2010

Malam Pagi Raya 2010

Malam raya tahun ini tak semeriah tahun sebelum ini. Tahun ini, hanya aku yang pulang ke kampung. Adik2 ku tidak pulang. Masing2 beraya di rumah mertua. Adikku Iza lak beraya di kangar kerana masih bertugas di hari raya. Sedih lak raya. Aku tidur awal.

Ketupat

Sememangnya setiap tahun..aku kan bantu mak saudaraku buat ketupat. Balik dari TESCO, aku terus bantu mak saudaraku bungkus ketupat bersama dengan sepupuku, Suzie. Hanya aku dan dia sahaja yang tahu bungkus ketupat dan buat ketupat ni. Tapai sudah dibungkus semalam. Tahun ni cepat siap. Pukul 6.00 petang, siap ketupat aku bungkus. Bak masak lak, mak saudaraku yang kan buat. Tahun ni, masak menggunakan dapur gas je. Kalau dulu, dapur kayu. Mesti hidupkan kayu api. Buat ketupat ni, senang je. Aku memang suka mempelajari makanan warisan ni. Setiap kali hari raya, mesti dibuat. Mulanya aku hanya tahu wat tapai dan kacau ketupat je. Bungkus tak pandai. Tapi, arwah nenek suruh aku belajar bungkus ketupat. Arwah nenek ajar caranya. Mula-mulanya, tak pandai. jadi macam bungkus ketupat ubi kayu. Akhirnya aku berjaya apabila dibuat berulang kali. Seronoknya bukan kepalang dan tak terkata. Selepas itu, apabila arwah nenekku dah tak boleh buat ketupat, aku yang buat setiap tahun bersama dengan Mak saudaraku. Kini, hanya mak saudaraku, aku dan sepupuku,Suzie yang tahu buat ketupat. Kalau aku dan sepupuku pulang, mesti mak saudaraku suka sebab boleh tolongnya wat ketupat.

Ke pasar lagi...

Hai..selagi tak raya..Hari ini aku ke pasar Wakaf Bharu lagi. Kali ini dengan mak saudaraku lak. Aku bawa anak sepupuku sekali. Jumpa dengan kawan lama masa sekolah menengah dulu,Azlina, Sembang sekejap je. Balik dari pasar, aku gi pasar raya TESCO lak. Beli hadiah untuk Iju.

Wednesday, September 8, 2010

Tak Tahu Pun....

Pagi, aku ke pasar Wakaf Bharu bersama dengan sepupuku. Dia hendak beli kasut untuk anak2 nya. Aku ikut je. Kemudian aku dan sepupuku membeli lauk untuk dimasak di pagi raya. Senang..esok lagi ramai orang kat pasar ini. Maklumlah semua perantau pulang. Waktu tengah hari, kami pulang. Petang lak, aku terasa hendak pergi ke rumah Abah. Kebetulan hendak hantar biskut raya dan ikan kering untuk abah. Lagi pun, aku sorang. Aku pandu seorang diri ke rumah abah. Sampai di sana,...aduh..parking lak tak da. Aku lihat ramai orang kat umah Abah. Aku telefon Umi, Umi cakap, hari ini adik Iju nikah. Terkejut aku. Mereka tak maklumkan pun kepada aku. Tak pa lah. Niatku bukan untuk jumpa mereka.. aku hendak hantar biskut untuk Abah..Tentang hal itu..aku tak kisah. Abangku telefon, suruh aku masuk ke rumah. Aku cakap pakaianku tak sesuai untuk majlis tu. Aku cakap aku nak balik. Tak pa lah. Dalam perjalanan..terkilan gak rasa..Aku pulang terus ke rumah. Berehat. Sepupuku pelik tengok aku balik awal. Aku cakap, keluargaku ada hal.

Tuesday, September 7, 2010

Perjalanan Pulang Ke Kampung

Aku ingat ingin pulang ke kampung semalam. Tetapi disebabkan aku kena selesaikan dulu samanku..aku bertolak ke kampung hari ini. Pagi2 lagi aku bangun. Aku mengemas rumah dan peti ais. Aku tutup semua suiz dan tutup semua pintu. Hai..nak bertolak pada pukul 8.30 pagi. Aku singgah di sekolah sebab hendak beri barang pada Kak Timah dan CD pada Kak Wati. Akhirnya pukul 10.00 pagi baru aku keluar dari bandar Segamat. Sepanjang perjalanan, aku hanya pandu kereta dengan kelajuan 80km perj. Aku lihat banyak polis buat Opps sepanjang jalan. Sampai di bandar Cukai, Aku berhenti sekejap. Isi minyak dan rehat selama 45 minit. Pukul 2.00 ptg, aku bertolak semula. Aku ingat ingin singgah di rumah mak saudaraku di Kg. Bukit Besar, tapi..tengok jam, dah lewat. Jadi aku teruskan jua perjalananku. Akhirnya..Alhamdulillah..Aku sampai di bandar Kelantan pada pukul 6.45 petang. Aku sampai di rumah mak saudaraku pada pukul 7.45 malam. Penatnya. ..

Friday, September 3, 2010

Kerana Pau

Kerana hendak membeli pau, aku lak yang dipau. Sebenarnya, setelah servis kereta, aku ke kampung Jawa bersama Kak Timah mengambil Husin. Aku teringat untuk membeli pau.Esok, Kak Yana hendak pulang. Dia nak bawa pulang pau. Tiba di lampu isyarat merah, aku terlajak. Jadi aku teruskan gak. Rupanya sudah ada yang menunggu. Aku berhenti tanpa disuruh. Aku dikatakan melanggar lampu isyarat.Aku gelak sendiri, Pau2.

Servis Personaku

Memandangkan minggu hadapan hendak pulang ke kampung, aku mesti servis Personaku pada hari ini juga. Sebelum pergi, aku masak lauk, sayur dan nasi. Pada pukul 3.oo,aku sampai di pusat EON .

Thursday, September 2, 2010

Adapp kutipan kedua

Setelah SSQS, aku tumpu pada Adapp iaitu sistem pergerakan guru. Mulanya Kak Wati, GPK 1 ku,hendak membuatnya tetapi aku meminta untuk membuatnya. Senang. Setelah siap, aku memasukkan data ke komputer sekolah. Aku meminta Kak Wati dan GPK yang lain serta Guru Besar memasukkan markah pemantauan kedua. Adapp perlu dihantar pada awal September melalui emel. Tambah pula minggu hadapan, cuti sekolah bermula sempena raya. Setelah siap disemak ,aku terus mengemelkan data Adapp pada waktu petang, 2.9.2010. Aku cetak dan serahkan kepada Kak Wati untuk tindakannya. Kemudian, aku terus masukkan salinan dalam fail. Dah siap yang ini...Alhamdulillah.

Monday, August 30, 2010

Data Segak...Alamak!!!

Hari ini aku mesti siapkan data SEGAK. Pegawai PPD yang berkaitan dengan perkara berkenaan telah menelefon pihak sekolah. Aku terus ambil data yang telah siap dibuat ke atas murid. Aku siapkan juga data tersebut. Syukurlah aku tidak ada kelas banyak hari ini. Akhirnya aku berjaya siapkan. Aku terus hantar ke PPD pada petang itu.

Saturday, August 28, 2010

SSQS

Aku mula menyiapkan ssqs. Aku siapkan di rumah. Selepas solat terawih,aku mulakan operasi. Nak buat kat sekolah,tak da masa yang sesuai. Perlu tumpu pada pengajaran dalam kelas. Guru Besar juga sudah ingatkan aku berulang kali supaya menyiapkan SSQS sebelum 30 Ogos 2010. Sebenarnya aku sudah mngedarkan borang kepada guru-guru setiap mata pelajaran. Kemudian diedarkan kepada murid-murid seramai lima orang. Akhirnya aku dapatkan siapkan ssqs dalam masa tiga hari. Hari Jumaat, 27.8.2010, siap semua. Aku meminta Guru Besar melihat sistem yang sudah lengkap. Aku mencadangkan agar tidak diprint sebab banyak kertas yg akan digunakan. Aku hanya menyimpan borang yang kuedarkan sahaja. Lega rasanya apabila sudah siap. Tetapi ada lagi kerja lain yang menungguku...kerja..kerja..kerja...aku buat satu..satu..yang penting,aku seronok dengan kerjaku tanpa ada paksaan atau gesaan.

Thursday, August 19, 2010

Mula belajar lagi

Hari ini, aku telah berdaftar sebagai pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) lak. Dari semalam, aku telah membuat persiapan. Seperti tak percaya lak. Setelah mindaku berehat dari dunia belajar...kini aku kembali. Mulanya aku ingin sambung pengajianku dalam bidang bahasa Melayu. Tapi..tak da kawan lak. Tapi kos yang aku ambil ini pun berkaitan dengan bidang kerjayaku. Aku buat solat istikharah dan fikir semasak-masaknya..aku ambil juga kos ini. Bersama rakan-rakan sekolahku dan rakan-rakan seuniversiti USM. Nanti, aku ada dua tugas...belajar dan mengajar.

Monday, August 16, 2010

Malang lagi

Entah mengapakah satu-satu malang datang. Perkara minggu lepas belum lagi selesai, perkara lain pula yang datang. Lagi berat bebanan aku rasa. Sesuatu yang tidak aku lakukan. Terlalu baik pun disalaherti...Dugaan apakah ini? Ya, Allah...

Saturday, August 14, 2010

Kupahat Dalam Memoriku

KULINDUNGI KEPILUAN HATIKU..
AGAR TIADA SIAPA YANG TAHU..
DISEBALIK SENYUM MESRA..
DISEBALIK GURAU SENDA...
KUTERLUKA...
MEREKA LIHAT KUGEMBIRA. .
SELALU CERIA..
TAPI HAKIKATNYA ...
KUAMAT KECEWA..
DALAM SENYUM KUSENGSARA...
HARUSKAH IANYA TERJADI?
TIADA LAGI KEBAIKAN...
YANG NYATA KEBURUKAN...
USAHLAH BERSIMPATI ...
JIKA IANYA MENYAKITKAN...
USAHLAH MEMUJUK HATI...
JIKA IANYA KEPURAAN...
KUREDHA KETENTUANMU...
SEGALANYA TERPIKUL DI BAHU...
TANPA SEDAR...TANPA RAGU...
KUPAHAT DALAM MEMORIKU...
KERANA DIA YANG MAHA TAHU...

Aku

Aku tidak tahu di mana silapku? Tahun ini, tugasku sebagai guru telah diuji. Pengajaranku dipertikaikan. Pemberianku untuk meningkatkan pencapaian mata pelajaranku yang utama menimbulkan perasaan tidak puas hati. Aku mengajar mendidik anak-anak muridku supaya mereka cemerlang dalam pelajaran. Aku mencurahkan ilmuku tanpa mengira bangsa. Aku tidak pernah memilih kasih antara mereka yang lemah atau yang pandai. Yang lemah, aku bimbing dan yang pandai, aku selalu ingatkan supaya mereka tidak egois dengan pencapaian mereka. Pelbagai cara aku lakukan supaya mereka cemerlang. Aku memberi banyak latihan untuk mereka mahir dalam sesuatu tajuk. Setiap helaian buku teks, tidak pernah aku abaikan. Semua diterangkan dan dibuat dalam buku latihan. Bukan sahaja mata pelajaranku yang utama tetapi mata pelajaran lain. Subjek lain juga kuajar..kuberi penerangan dan meminta mereka menyalin nota. Tapi, apa yang mengecewakan, kadang-kadang arahanku tidak diendahkan. Nota tidak bersalin terutama murid-murid yang ingin menduduki peperiksaan. Apabila disuruh kemas kini nota, juga tidak diendahkan. Hanya segelintir sahaja. Jadi, mana silapku. Kadang-kadang mata pelajaran bukan mata pelajaran utamaku, aku ajar dengan menangani pengurusan stress, permainan yang berbentuk meningkatkan semangat kerana keletihan. Itu juga adalah sebahagian tajuk mata pelajaran PJPK. Cuma, mungkin silapnya, pengajaran itu tidak dicatat dalam buku tulis. Tapi, aku ada meminta mereka menyalinnya dalam buku nota..Tapi ,..budak-budak. Aku tidak menggunakan kekerasan kepada murid-murid yang ingin menduduki peperiksaan kerana aku tidak mahu mereka stres. Aku jadi diriku kawan mereka. Mengajar sambil berhibur dengan mereka. Tapi, aku masih bataskan diriku. Aku beritahu adat mereka dengan guru supaya mereka tahu batasannya. Aku meminta mereka menjaga sikap kerana sikap adalah kunci kejayaan. Semua tu kulakukan kerana ingin melihat mereka cemerlang dalam UPSR. Aku lihat mereka ada potensi. Aku maklumkan kepada ketua panitiaku yang subjek utama, mana murid yang perlu diberi perhatian dan berpotensi mendapat cemerlang sepanjang aku bersama mereka. Kini, apa yang aku dapat daripada itu semua? Namun, aku tidak menyalahkan sesiapa. Mungkin keadaan dan sikapku yang terlalu ingin menolong. Aku kan berasa puas apabila anak-anakku berjaya dengan cemerlang. Aku kan menangis apabila melihat mereka kurang bernasib baik seperti murid-murid tahun lepas. Tangisan mereka kusandarkan dibahuku setelah melihat keterasingan mereka. Biarpun aku guru sampingan mereka.Aku mengajar bukan kerana pangkat. Apa lagi untuk meraih anugerah cemerlang yang diimpikan oleh semua orang.

Friday, August 13, 2010

Berdiam

Hari ini aku hanya berdiam diri di sekolah. Aku tidak banyak cakap seperti biasa. Aku hanya tumpu pada tugasku.

Maafkan aku kawan

Maafkan aku kawan-kawan. Disebabkan rasa tidak puas hati denganku, kamu berdua juga turut dipantau. Aku sedih.

Thursday, August 12, 2010

Menyepi

Setelah sekian lama menyepikan diri, aku kembali ke Tinta Nurbisa. Aku menyepi bukan kerana malas tetapi kesibukanku dengan tugas.

Wednesday, August 11, 2010

1 Ramadan 1431H

Ramadan datang lagi. Kehadiran yang dinanti oleh semua umat Islam. Biarpun seketika , namun kehadirannya penuh keberkatan. Hari ini hari pertama.

Hampir Pitam

Sudah dua tiga malam tidurku tidak menentu. Aku ingat aku akan dapat berehat minggu ini tapi...lain jadinya. Diriku sangat teruk. Hari ini merupakan hari pertama 1 Ramadan 1431H. Sekolah cuti. Fikiranku masih mengingati perkara yang berlaku pada diriku minggu ini. Lemah kurasa. Pada siapa hendak aku mengadu dan meluahkan segalanya. Aku sibukkan diri dengan mengemas rumah dan membasuh baju. Fikiranku tetap memikir pelbagai persoalan yang terjadi pada diriku. Tiba-tiba aku rasa hendak pitam. Aku terus duduk dan baring. Aku lelapkan mata dan akhirnya aku tertidur di ruang tamu.

Tuesday, August 10, 2010

Hatiku Sedih...Aduhai kawan

Aku pulang ke rumah dengan hati yang amat sedih dan pelbagai persoalan datang di fikiranku. Sampai di rumah, aku termenung. Aku tertidur. Setelah kuterjaga, aku memandang sekeliling bilikku. Aku masih memikir dengan apa yang berlaku pada diriku semalam dan hari ini. Masih terngiang di telingaku kata-kata yang disampaikan oleh nazir kepada Salbiah dan GPK-GPK. "Hati-hati dengan kawan...Sekarang ini, kawan makan kawan". Nazir juga memaklumkan beliau tidak akan turun jika tidak ada orang komplen. Yang komplen lak adalah di kalangan kawan sendiri."
Dari pemantauan tersebut, apabila aku renung semula, ada kebenarannya kata-kata nazir itu. Sebenarnya beliau datang kerana ingin memantau aku, guru PJPK yang mengajar Tahun Enam. Maafkan aku kawan-kawan kerana aku, mereka dipantau. Aku tidak sangka selama aku mengajar PJPK sejak aku ditempatkan di sekolah ini, belum pernah aku dipantau. Tambah lagi, kerana komplen seorang kawan. Salahkah niatku untuk membantu murid-murid Tahun Enam berjaya? Aku tetap mengajar mata pelajaran PJPK dan KT kepada murid-murid Tahun Enam. Aku juga berbincang dengan murid-murid Tahun Enam dan mereka bersetuju dengan cadanganku. Oleh itu, aku teruskan niat untuk membantu mereka dan selalu memberi motivasi kepada mereka. Aku jadikan diriku guru mereka dan sebagai kawan mereka. Tapi..niatku disalaherti dan tidak disukai rupanya. Aku lakukan bukan untuk diriku tapi untuk kejayaan mereka dan prestasi kecemerlangan sekolah. Namun apakan daya...ada yang tidak puas hati dengan pertolonganku ini. Aku sedih dan menangisi nasibku. Apalah salah aku padanya? Kalau tidak puas hati sekali pun, janganlah sampai periuk nasi dan rezekiku diusik. Kalau tidak suka aku terlalu aktif atau rajin dengan tugasku, beritahu padaku. Bukannya komplen pada nazir. Apa yang boleh aku lakukan kini..hanya menangisi nasibku. Di sekolah, aku jalankan tanggungjawabku seperti biasa. Tapi apabila pulang di rumah, aku kan menangisi.. Sampai hati seorang kawan buat aku begini. Aku tidak pernah mengusik haknya walaupun aku dalam keadaan marah. Aku tahu membezakan hal peribadi dengan tugasku.

Pemantauan Nazir

Aku menyiapkan rancangan mengajar Pendidikan Kesihatan dan mata pelajaran lain seperti biasa. Hari ini, aku siapkan ABM untuk pengajaranku nanti. Aku dipantau pada pukul 9.30 pagi. Dari semalam, makan minumku tidak aku hiraukan. Pagi itu, aku siapkan lembaran kerja dan ABM. Tepat pukul 9.30 pagi, aku masuk ke kelas. Kemudian Tn Hj. Husin masuk. Aku mengajar seperti biasa. Malangnya, sikap budak-budak kurang aktif seperti biasa. Aku risau. Setelah habis mengajar, aku dipanggil oleh Tn, Haji. Aku ditegur tentang pemilihan objektif. Jangan terlalu banyak. Sesuaikan dengan masa 30 minit. Kemudian refleksi. Aku menunjukkan buku Rekod Mengajarku yang kedua yang ada refleksi yang baik mengikut kehendak sekolah. Aku diminta fotostat latihan dan nota yang ditulis dalam buku tulis. Aku mengikut dan mendengar sahaja apa yang diberitahu.

Monday, August 9, 2010

Taklimat dari pagi hingga petang

Hari ini, aku boleh terlupa untuk pergi mendengar taklimat di SMK Agama Segamat. Maklumlah hari ini, nazir hendak datang ke sekolahku untuk memantau Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan. GPK 1 bertanyakan aku sama ada aku pergi atau tak ke SMKA. Aku tercenggang. Terus aku meminta PAR mencari surat sebab surat yang diberi kepadaku, aku lupa letak. Banyak sangat yang perlu difikir. Memang betul..Ya Allah..mengapa aku lupa? Aku bergegas pergi ke SMK Agama setelah berjumpa dengan anak-anakku Tahun Lima. Aku menerangkan kepada mereka tentang latihan BM yang perlu dibuat. Kemudian aku ke SMKA. Taklimat bermula pada pukul 9.00 pagi. Taklimat Pemantapan Pengurusan Pendidikan Pencegahan Dadah. Kami diberitahu tentang tanggungjawab kami dalam menjalankan tugas sebagai guru PPDa sekolah. Kawanku sms dan maklumkan bahawa nazir ingin lihat aku mengajar Pendidikan Kesihatan esok. Tamat taklimat pada pukul 12.30 tengah hari, aku terus bergegas ke sekolah. Melakukan apa yang patut. Kemudian aku pergi semula ke SMKA kerana taklimatku belum habis. Pukul 5.15 petang, taklimat tamat. Aku tidak terus pulang. Fikiranku masih melayan memikirkan pemantauan nazir esok dan pemantauan PPDa bermula 15 Ogos 2010. Aku rasa tertekan. Aku menangis semasa memandu kereta. Terukkah aku sehingga nazir datang ke sekolah untuk memantau aku dan rakan-rakan yang mengajar PJPK. Aku pergi ke rumah Kak Ira. Berbincang pasal Pandu Puteri. Kemudian kami beli kuih pau segera di bandar IOI. Kak Ira tidak tahu perasaanku. Aku sembunyikan.

Saturday, July 31, 2010

Hari Kepanduan 2010

Hari ini, Persatuan Pandu Puteri Daerah Segamat telah menganjurkan Hari Kepanduan. Majlis ini diadakan di SMK Dato' Ahmad Arshad, Batu Anam. Pertandingan bermula pada pukul 9.00 pagi. Pelbagai aktiviti pertandingan seperti memasak, cipta sireh junjung, melukis, membuat kolaj, penilaian buku skrap, sukaneka dan tarian poco-poco. Pertandingan tamat pada pukul 12.00 tengah hari. Majlis penutup bermula pada pukul 12.30 tengah hari. Perasmi ialah Tn. Hj. Anuar Hashim, penolong pegawai unit HEM, PPD.Aku ditugaskan sebagai juruacara. Inilah pertama kali dalam hidupku aku disuruh jadi juruacara. Risau dan gelabah pun ada. Kalau tidak ada teks, tentu aku lagi menggelabah. Namun segalanya berakhir juga.

Thursday, July 29, 2010

Persediaan Hari Kepanduan

Hari ini aku pergi ke sekolah SMK Dato' Ahmad Arshad, Batu Anam pada pukul 4.00 petang. Aku menaiki kereta Kak Ira. Di sana, Asiah dan Kak Mas sudah menunggu. Kami melihat keadaan kawasan untuk tempat pertandingan dan majlis penutup. Kami menyusun meja dan kerusi. Tepat pukul 6.00 petang, kami pulang. Sebelum pulang, kami singgah makan di Restoran Juara, IOI. Aku sampai di rumah pada pukul 9.40 malam. Aduh..penatnya. Esok, kena bawa budak lak...Kul 7.45 pagi mesti ada di sana.

Sunday, July 25, 2010

Mesyuarat AJK Pandu Puteri Negeri Johor

Hari Ahad, aku dan Kak Ira pergi mesyuarat AJK Pandu Puteri Negeri Johor di Johor Bahru. Kami bertolak pada pukul 7.30 pagi. Kami berpusing di kawasan bandar Johor Bahru mencari sekolah tersebut. Mesyuarat tamat pukul 2.00 petang. Kami singgah di JUSCO dan perhentian Machap. Aku sampai di rumah pada pukul 9.00 malam selepas menghantar Kak Ira.

Saturday, July 24, 2010

Kenduri di Kampung Lenga

Aku dan Kak Timah pergi ke Kampung Lenga. Hari ini, Kak Ana buat kenduri di rumah kampung. Kami bertolak pada pukul 10.00 pagi. Perjalanan singkat sahaja. Aku menolong apa yang patut. Aku melihat suasana kenduri mengikut adat orang sini. Berbeza dengan kampungku. Yang seronok, aku diberi peluang bersalam dengan orang kampung yang datang bertandang. Aku juga turut bergambar kenangan di rumah Atuk. Kami pulang pada pukul 5.00 petang.

Tuesday, July 13, 2010

Sunyi Bertamu Di Hati

Sejak akhir2 ini, setiap kali ku balik ke rumah, sunyi je rasa. Hatiku juga terasa sunyi . Nak berchit chat tapi tak tahu dengan siapa. Apa nak buat? Sunyi sangat.

Friday, July 2, 2010

Pertemuan yang dinanti..

Hari ini merupakan hari terbuka sekolahku. Hari ini, pertemuanku dengan ibu bapa anak-anak muridku Tahun Lima. Aku tidak memberi banyak komen tentang anak-anak muridku. Hanya seorang dua sahaja yang kumaklumkan tentang sikap anak-anak mereka yang tidak menyiapkan kerja sekolah. Syukurlah ibu bapa menerima apa yang kucakap tentang sikap anak-anak mereka. Semoga anak-anak muridku akan lebih memberi tumpuan terhadap pelajaran mereka.

Thursday, July 1, 2010

Apabila Berkebaya...

Hari ini aku senyum sendiri dengan telatah anak-anak muridku Tahun Enam. Disebabkan aku berkebaya dua hari ini, mereka bagi gelaran padaku. Biarlah diri aje yang tahu. Masuk aje kelas mereka, pasti ada suara dengan kata-kata yang manis. Aku menggeleng kepala dengan telatah mereka yang menghiburkan dan menceriakan di pagi hari. Terima kasih..

Monday, June 28, 2010

Sukarnya ...

Setiap kali aku bersendirian, air mata kan membasahi pipi ini. Entahlah. Perasaanku terusik dan kecil hati. Tapi, aku tidak dapat nak menyatakannya. Sebab akhirnya aku yang berasa bersalah. Mungkin ini takdirku. Bahagia sekejap.

Sunday, June 27, 2010

Perkhemahan di Taman SKCC 2010.





















Pada 25 Jun 2010 bermulalah hari perkhemahan. Aku berasa seronok walau pun penat. Kepenatanku hilang apabila semua aktiviti dapat dijalankan pada tahun ini. Aktiviti ke Tasik Sungai Kapeh merupakan aktiviti luar yang menyeronokkan budak-budak. Terima kasih kepada semua guru kerana bersama-samaku pada tahun ini. Harap tahun hadapan, aktiviti lebih gempak lagi. Inilah sebahagian gambar kenangan semasa aktiviti perkhemahan dijalankan.

Thursday, June 24, 2010

Persiapan Untuk Perkhemahan 2010

Minggu ini , 21 - 24 Jun merupakan minggu sibuk dengan persiapan untuk perkhemahan. Sebelum print buku program dan sediakan peralatan perkhemahan, peserta mesti dipastikan dahulu. Pada hari ketiga minggu ini hanya ada 38 orang sahaja. 24 Jun 2010 murid-murid yang mengikuti perkhemahan dikumpulkan. Terkejut dan gembira kerana peserta melebihi jumlah yang dijangka. Dalam fikiranku hanya 40 orang sahaja. Tetapi setelah dikempen oleh Pn Noorwati dan guru-guru lain, ramai murid yang ikut serta.

Thursday, June 17, 2010

Di Rumah Saje..

16 Jun 2010 - Aku hanya di rumah. Hari ini, Kak Yana pulang. Taklah aku keseorangan lagi di rumah ini. Tengok televisyen sorang-sorang , jemu gak. Malam-malam hendak tengok bola, tak best gak tengok. Sorang.

Janji

Setiap kali hatiku terguris, aku suka mendiamkan diri. Aku tidak mahu melukakan hati orang lain apabila aku bersuara. Biarlah aku yang berasa kesakitan dan menangis seorang diri. Biarlah kebahagiaan menjadi miliknya. Mungkin aku tidak ditakdirkan untuk bahagia. Setiap kebahagiaan yang datang padaku hanya bagaikan angin lalu. Kalau singgah pun hanya sementara cuma seperti kapal berlabuh mendapatkan bekalan. Tapi, aku telah nekad dan berjanji pada diriku. Biar apa pun terjadi,aku tetap dengan janjiku. Biarlah aku dicemuh kerana keputusan ini.

Tuesday, June 15, 2010

Hari ini...

15 Jun 2010 - hari ini juga aku di rumah. Semasa balik dari rumah Kak Ana, aku singgah di sekolah. Hantar buku pelaporan Adab Belajar. Kemudian aku terus pulang. Di rumah, seperti biasa, aku lepak di hadapan televisyen.

Monday, June 14, 2010

Harianku

14 Jun 2010 - Aku bangun pagi. Selepas hantar Atuk dan Faiz ke Klinik Kesihatan Bandar Putra, aku memandu menuju ke sekolah. Aku siapkan buku pelaporan Adab Belajar Tahun Dua dan Tahun Enam. Setelah siap melengkapkan buku tersebut, aku pulang. Sebelum sampai di rumah, aku singgah membeli sarapan dan lauk untuk makan tengah hari dan malam. Di rumah, aku membasuh baju dan mengemas rumah. Kemudian aku menonton televisyen sambil melengkapkan buku pelaporan Adab Belajar Tahun Lima, kelasku sendiri. Tetapi aku tidak boleh menyiapkannya kerana masih ada mata pelajaran lain yang belum dilengkapkan dalam buku tersebut. Waktu petang, baru aku makan.Itu pun kerana perutku sudah terasa pedih. Lagi pun, dadaku masih terasa sakit. Kesan daripada memaksa memuntahkan makanan semula. Oleh kerana itu juga, aku tidur di rumah Kak Ana. Aku berada di rumah pada waktu siang sahaja.

Pemberian

AKU TIDAK AKAN MENERIMA SESUATU YANG DIPAKSA UNTUK MEMBERIKANNYA PADAKU. BIARLAH PEMBERIAN ITU DENGAN HATI YANG IKHLAS TANPA ADA PERASAAN MARAH ATAU PAKSAAN ATAU SEKADAR UNTUK MEMUJUK.

Sunday, June 13, 2010

TIADA APA...TIADA CERITA

KUPENDAM SEGALA KESEDIHAN DALAM KEHIDUPAN INI DEMI SEBUAH KEBAHAGIAAN YANG BUKAN MILIKKU. AKU HANYA MEMILIKI KESEPIAN.KUBERIKAN SENYUMAN. HATIKU MENGALIRKAN AIR MATA. SETIAP APA YANG KULIHAT DI SEBALIK DINDING RAHSIA MEMBINA SEBAK DI HATI. TIADA LAGI KEBERANIAN DIRI UNTUK KUSENTUH KERANA SUDAH DINOKTAH LARANGAN. SEKADAR DILIHAT. WALAUPUN SEMUANYA PERKARA YANG SAMA SETIAP MASA. KULENGKAPKAN SEMULA YANG KUHILANGKAN UNTUK KEGEMBIRAAN HATI. BIARPUN IANYA SUDAH TIDAK DIPERLUKAN LAGI KERANA SUDAH ADA YANG BARU DAN BIMBANG HILANG LAGI SEPERTI YANG SEDIA ADA. APA LAGI YANG ADA. TIADA LAGI CERITA.

Tidak Jadi

13 Jun 2010- aku tidak pergi ke mana-mana. Aku tidak jadi pergi ke Banting seperti yang dirancang. Keadaan tidak mengizinkan. Aku hanya di rumah. Kalau bosan, aku pergi ke rumah kawan.

Terasa

Aku selalu ingat. ...Tapi..Apakah aku akan terus begini? Kehidupan yang sama dari kecil hingga dewasa ini. Aku terasa tapi apakan daya. Aku tiada hak. Kepercayaan tiada lagi buatku. Walaupun sedih..itulah yang nyata kini.

Saturday, June 12, 2010

Kenduri di Gersik

12 Jun 2010, Sabtu - Hari ini aku pergi ke kenduri di rumah mertua Kak Yie,kakakku. Rumah kendurinya terletak di Kg. Parit Raja, Gersik,Ledang. Aku pergi dengan Abah, Umi dan Abang Na sekeluarga. Sebelum balik, kami singgah solat di Masjid Gersik. Selepas itu, kami singgah di Tangkak. Sebenarnya hari ini, aku juga ada kenduri di Segamat.

Friday, June 11, 2010

Jalan-jalan ke Melaka, Muar

10 Jun 2010, Khamis - Aku pergi ke Melaka bersama dengan Kak Timah sekeluarga. Kami bertolak ke Melaka pada pukul 4.30 petang. Kami singgah di Masjid Tangkak untuk solat Asar. Kami sampai di pasaraya Jusco pada pukul 7.35 mlm. Selepas itu, kami pergi ke bandar hilir Melaka. Kami menginap di hotel. Malam tu, kami sempat melepak di dataran. Aku lihat ramai anak muda berkumpul di situ. Kami sekejap sahaja di situ. Kepalaku mula terasa berdenyut. Tapi aku tahan. Sampai di hotel, aku terus tidur. Aku terasa penat dan sakit kepala. Badanku terasa seram sejuk. Akhirnya aku tertidur. Aku tersedar pada pukul 5 pagi.Memang masaku bangun. Tapi sebelum tu, aku sudah sedar. Tempat baru, biasa la.

11 Jun 2010, Jumaat - Aku bangun awal. Aku turun panaskan enjin kereta dan letak kertas parking. Kemudian aku beli roti. Kepalaku masih berdenyut. Hari ini, kami pergi ke pasaraya Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan. Aku hanya menemani mereka membeli belah. Aku tidak selesa hari ini kerana perutku asyik memulas sahaja dan kepalaku berdenyut. Tengah hari, aku makan tetapi...terpaksa muntahkan semula apa yang aku makan. Begitu juga dengan Kak Timah dan Al. Selepas Melaka, kami pergi ke Muar. Makan di Tanjung Emas. Kemudian, kami pulang. Selepas itu, kami pulang. Kami tiba di rumah pada pukul 9 lebih...

Sunday, May 30, 2010

Aku dan Aktiviti








Add Image

















Inilah sebahagian aktiviti diriku ketika menyepikan diri dari ruangan Tinta Nurbisa.