SETIAP CERITA... TERCIPTA DAN TERSIMPAN MEMORI

Tuesday, August 10, 2010

Hatiku Sedih...Aduhai kawan

Aku pulang ke rumah dengan hati yang amat sedih dan pelbagai persoalan datang di fikiranku. Sampai di rumah, aku termenung. Aku tertidur. Setelah kuterjaga, aku memandang sekeliling bilikku. Aku masih memikir dengan apa yang berlaku pada diriku semalam dan hari ini. Masih terngiang di telingaku kata-kata yang disampaikan oleh nazir kepada Salbiah dan GPK-GPK. "Hati-hati dengan kawan...Sekarang ini, kawan makan kawan". Nazir juga memaklumkan beliau tidak akan turun jika tidak ada orang komplen. Yang komplen lak adalah di kalangan kawan sendiri."
Dari pemantauan tersebut, apabila aku renung semula, ada kebenarannya kata-kata nazir itu. Sebenarnya beliau datang kerana ingin memantau aku, guru PJPK yang mengajar Tahun Enam. Maafkan aku kawan-kawan kerana aku, mereka dipantau. Aku tidak sangka selama aku mengajar PJPK sejak aku ditempatkan di sekolah ini, belum pernah aku dipantau. Tambah lagi, kerana komplen seorang kawan. Salahkah niatku untuk membantu murid-murid Tahun Enam berjaya? Aku tetap mengajar mata pelajaran PJPK dan KT kepada murid-murid Tahun Enam. Aku juga berbincang dengan murid-murid Tahun Enam dan mereka bersetuju dengan cadanganku. Oleh itu, aku teruskan niat untuk membantu mereka dan selalu memberi motivasi kepada mereka. Aku jadikan diriku guru mereka dan sebagai kawan mereka. Tapi..niatku disalaherti dan tidak disukai rupanya. Aku lakukan bukan untuk diriku tapi untuk kejayaan mereka dan prestasi kecemerlangan sekolah. Namun apakan daya...ada yang tidak puas hati dengan pertolonganku ini. Aku sedih dan menangisi nasibku. Apalah salah aku padanya? Kalau tidak puas hati sekali pun, janganlah sampai periuk nasi dan rezekiku diusik. Kalau tidak suka aku terlalu aktif atau rajin dengan tugasku, beritahu padaku. Bukannya komplen pada nazir. Apa yang boleh aku lakukan kini..hanya menangisi nasibku. Di sekolah, aku jalankan tanggungjawabku seperti biasa. Tapi apabila pulang di rumah, aku kan menangisi.. Sampai hati seorang kawan buat aku begini. Aku tidak pernah mengusik haknya walaupun aku dalam keadaan marah. Aku tahu membezakan hal peribadi dengan tugasku.

No comments:

Post a Comment