Ramadan mengunjungi bulan Ogos ini. Aku bersyukur kepada Allah kerana dapat menunaikan puasa tahun ini. Aku berdoa agar Allah memberiku kekuatan, ketabahan dan kesabaran bagi diriku untuk menunaikan puasa tahun ini dan solat Terawih pada malamnya. Aku juga mohon diberi kesihatan yang baik agar dapat menjalani ibadah ini dengan sempurna. Subhanallah...Ya Allah...
Tinta Nurbisa
Pena Cahaya Penawar ... Tercatat segala suka duka ...mencipta memori... mengabadikan kenangan dalam menghiasi hidup...
Monday, August 1, 2011
Thursday, May 19, 2011
Terjawab Sudah...
Terjawab sudah segalanya. Tetapi, aku masih perlu mencari jawapan yang pasti dan lebih tepat.
Wednesday, May 18, 2011
Pendapat..
Aku sedang berfikir untuk keputusan yang bakal aku ambil. Betul atau salah, aku tidak pasti lagi. Hanya beberapa pendapat, aku akan buat keputusan.
Tawar Hati
Hatiku sudah tawar untuk berada di sini. Rasanya aku sudah tidak diperlukan lagi. Apabila orang sudah tidak suka..apa yang kita buat..semua tidak kena. Biarlah aku yang tahu. Jika tidak berlaku seperti dalam perjalanan hidupku, aku tidak tahu, siapa kawan yang sebenar di sisi aku? Kini, aku sudah maklum, tapi aku diamkan diri dan rahsiakan suatu perkara yang orang lain tidak tahu. Dengan satu luahan tanpa disedari, terbongkar segalanya. Namun, aku tersenyum sewaktu penjelasan diberi. Dalam hatiku, aku berasa lega kerana ayat itu yang kuperlukan untuk kujadikan bukti yang sahih. Tetapi, aku tidak menyatakannya. Sebab, tidak da siapa yang akan percaya tentang perkara itu. Biarlah aku sendiri dan Dia yang tahu. Biarlah aku dianggap bersalah di mata semua orang. Tak pa lah. Siapalah aku. Bukannya penting. Aku berterima kasih kepada mereka dan memaafkan mereka.
Saturday, May 14, 2011
Thursday, May 12, 2011
Tuesday, May 10, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)
