Pena Cahaya Penawar ... Tercatat segala suka duka ...mencipta memori... mengabadikan kenangan dalam menghiasi hidup...
Friday, September 28, 2012
Luahan dan Kesedihan
Ini sekadar luahan dari hatiku. Tiada kaitan dengan sesiapapun. Sedih dan sayu apabila mendengar keluhan daripada salah seorang anak didikku melalui ibunya. Si anak memberitahu di sini tak nak buat aktiviti yang biasa menjadi rutin di sini setiap tahun sepanjang 14 tahun aku berada di sini. Aku teringat kata-kataku pada mereka. Ramai yang mengeluh apabila aku memberitahu aktiviti yang aku rancang bersama dengan guru-guru yang lain tidak dapat dijalankan. Tergambar kesedihan di wajah mereka. Aktiviti ini bukan aku rancang seorang diri dan bukan membelakangkan pihak tertentu. Tetapi, perkara ini aku tahu setelah dibincang tanpa aku. Sedangkan aku dipertanggungjawabkan sebagai setiausaha. Aku diam apabila diberitahu. Aku ni mentimun, mereka durian. Aku maklumkan perkara ini kepada orang lain. Tetapi hakikatnya yang membuat aku terasa lebih sedih apabila pihak berkenaan mengatakan aktiviti tersebut tidak dibuat kerana aku tidak mahu buat. sebab alasannya tarikh yang diubah bukan tarikh yang aku cadangkan. Namun sebaliknya, pihak berkenaan yang tidak mahu. Sengaja menukar tarikh untuk merumitkan keadaan supaya aktiviti ini tidak diadakan akhirnya. Tarikh itu pula aku dapati beberapa orang yang berkaitan tidak dapat bersama denganku. Tambahan pula, aku ketahui, hari yang ditetapkan itu, ramai yang ada program. Tapi perkara itu mereka tidak mengkajinya. Aku tidak kisah jika tarikh ditunda kerana bertembung dengan peperiksaan agama. Namun aku dapati, tarikh itu tidak bertembung. Aku kasihan dengan murid-murid Tahun ini. Aku tidak nafikan,banyak aktiviti yang rutin dilaksanakan setiap tahun tidak kelihatan lagi tahun ini. Sedangkan aktiviti seperti inilah mewujubkan modal insan dan memberi keuntungan kepada pihak berkenaan, bukannya pada aku. Al maklumkan mungkin perkhidmatanku tidak diperlukan lagi di sini. Lagipun mereka tidak percaya denganku. Adat la apabila usia kita semakin melewati senja. Tambahan ada yang mengiyakan segalanya. Entahlah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment