Pena Cahaya Penawar ... Tercatat segala suka duka ...mencipta memori... mengabadikan kenangan dalam menghiasi hidup...
Saturday, August 14, 2010
Aku
Aku tidak tahu di mana silapku? Tahun ini, tugasku sebagai guru telah diuji. Pengajaranku dipertikaikan. Pemberianku untuk meningkatkan pencapaian mata pelajaranku yang utama menimbulkan perasaan tidak puas hati. Aku mengajar mendidik anak-anak muridku supaya mereka cemerlang dalam pelajaran. Aku mencurahkan ilmuku tanpa mengira bangsa. Aku tidak pernah memilih kasih antara mereka yang lemah atau yang pandai. Yang lemah, aku bimbing dan yang pandai, aku selalu ingatkan supaya mereka tidak egois dengan pencapaian mereka. Pelbagai cara aku lakukan supaya mereka cemerlang. Aku memberi banyak latihan untuk mereka mahir dalam sesuatu tajuk. Setiap helaian buku teks, tidak pernah aku abaikan. Semua diterangkan dan dibuat dalam buku latihan. Bukan sahaja mata pelajaranku yang utama tetapi mata pelajaran lain. Subjek lain juga kuajar..kuberi penerangan dan meminta mereka menyalin nota. Tapi, apa yang mengecewakan, kadang-kadang arahanku tidak diendahkan. Nota tidak bersalin terutama murid-murid yang ingin menduduki peperiksaan. Apabila disuruh kemas kini nota, juga tidak diendahkan. Hanya segelintir sahaja. Jadi, mana silapku. Kadang-kadang mata pelajaran bukan mata pelajaran utamaku, aku ajar dengan menangani pengurusan stress, permainan yang berbentuk meningkatkan semangat kerana keletihan. Itu juga adalah sebahagian tajuk mata pelajaran PJPK. Cuma, mungkin silapnya, pengajaran itu tidak dicatat dalam buku tulis. Tapi, aku ada meminta mereka menyalinnya dalam buku nota..Tapi ,..budak-budak. Aku tidak menggunakan kekerasan kepada murid-murid yang ingin menduduki peperiksaan kerana aku tidak mahu mereka stres. Aku jadi diriku kawan mereka. Mengajar sambil berhibur dengan mereka. Tapi, aku masih bataskan diriku. Aku beritahu adat mereka dengan guru supaya mereka tahu batasannya. Aku meminta mereka menjaga sikap kerana sikap adalah kunci kejayaan. Semua tu kulakukan kerana ingin melihat mereka cemerlang dalam UPSR. Aku lihat mereka ada potensi. Aku maklumkan kepada ketua panitiaku yang subjek utama, mana murid yang perlu diberi perhatian dan berpotensi mendapat cemerlang sepanjang aku bersama mereka. Kini, apa yang aku dapat daripada itu semua? Namun, aku tidak menyalahkan sesiapa. Mungkin keadaan dan sikapku yang terlalu ingin menolong. Aku kan berasa puas apabila anak-anakku berjaya dengan cemerlang. Aku kan menangis apabila melihat mereka kurang bernasib baik seperti murid-murid tahun lepas. Tangisan mereka kusandarkan dibahuku setelah melihat keterasingan mereka. Biarpun aku guru sampingan mereka.Aku mengajar bukan kerana pangkat. Apa lagi untuk meraih anugerah cemerlang yang diimpikan oleh semua orang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment