SETIAP CERITA... TERCIPTA DAN TERSIMPAN MEMORI

Monday, August 9, 2010

Taklimat dari pagi hingga petang

Hari ini, aku boleh terlupa untuk pergi mendengar taklimat di SMK Agama Segamat. Maklumlah hari ini, nazir hendak datang ke sekolahku untuk memantau Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan. GPK 1 bertanyakan aku sama ada aku pergi atau tak ke SMKA. Aku tercenggang. Terus aku meminta PAR mencari surat sebab surat yang diberi kepadaku, aku lupa letak. Banyak sangat yang perlu difikir. Memang betul..Ya Allah..mengapa aku lupa? Aku bergegas pergi ke SMK Agama setelah berjumpa dengan anak-anakku Tahun Lima. Aku menerangkan kepada mereka tentang latihan BM yang perlu dibuat. Kemudian aku ke SMKA. Taklimat bermula pada pukul 9.00 pagi. Taklimat Pemantapan Pengurusan Pendidikan Pencegahan Dadah. Kami diberitahu tentang tanggungjawab kami dalam menjalankan tugas sebagai guru PPDa sekolah. Kawanku sms dan maklumkan bahawa nazir ingin lihat aku mengajar Pendidikan Kesihatan esok. Tamat taklimat pada pukul 12.30 tengah hari, aku terus bergegas ke sekolah. Melakukan apa yang patut. Kemudian aku pergi semula ke SMKA kerana taklimatku belum habis. Pukul 5.15 petang, taklimat tamat. Aku tidak terus pulang. Fikiranku masih melayan memikirkan pemantauan nazir esok dan pemantauan PPDa bermula 15 Ogos 2010. Aku rasa tertekan. Aku menangis semasa memandu kereta. Terukkah aku sehingga nazir datang ke sekolah untuk memantau aku dan rakan-rakan yang mengajar PJPK. Aku pergi ke rumah Kak Ira. Berbincang pasal Pandu Puteri. Kemudian kami beli kuih pau segera di bandar IOI. Kak Ira tidak tahu perasaanku. Aku sembunyikan.

No comments:

Post a Comment