14 Jun 2010 - Aku bangun pagi. Selepas hantar Atuk dan Faiz ke Klinik Kesihatan Bandar Putra, aku memandu menuju ke sekolah. Aku siapkan buku pelaporan Adab Belajar Tahun Dua dan Tahun Enam. Setelah siap melengkapkan buku tersebut, aku pulang. Sebelum sampai di rumah, aku singgah membeli sarapan dan lauk untuk makan tengah hari dan malam. Di rumah, aku membasuh baju dan mengemas rumah. Kemudian aku menonton televisyen sambil melengkapkan buku pelaporan Adab Belajar Tahun Lima, kelasku sendiri. Tetapi aku tidak boleh menyiapkannya kerana masih ada mata pelajaran lain yang belum dilengkapkan dalam buku tersebut. Waktu petang, baru aku makan.Itu pun kerana perutku sudah terasa pedih. Lagi pun, dadaku masih terasa sakit. Kesan daripada memaksa memuntahkan makanan semula. Oleh kerana itu juga, aku tidur di rumah Kak Ana. Aku berada di rumah pada waktu siang sahaja.
No comments:
Post a Comment