Aku bangun pagi. Selepas solat subuh, aku gosok baju. Mengapa senyap je surau ni? Dah pukul 8 pagi. Aku terdengar takbir di surau yang berdekatan. Aku hidupkan enjin kereta dan ambil air sembahyang. Kemudian aku menyuruh mak saudaraku bersiap. Selepas itu, aku terus pandu kereta dan bergerak menuju ke surau yang berdekatan. Alhamdulillah..belum ramai orang. Pukul 8.30 pagi, baru mula solat hari raya. Dapat juga aku solat hari raya tahun ini. Kalau tunggu surau hampir umahku, tentu tak dapat. Rupanya memang tak da orang kat surau tu. Semua mencari surau lain yang berdekatan. Selepas solat hari raya, aku bersama mak saudaraku dan sepupuku pergi menziarahi kubur keluargaku yang telah meninggal dunia. Aku membaca surah Yasin di kubur arwah ibuku.
Selepas menziarahi kubur, aku pergi ke rumah saudara yang berdekatan. Tepat pukul 12.30 tengah hari, aku memandu kereta menuju ke rumah ayahku di Pasir Mas.
No comments:
Post a Comment