SETIAP CERITA... TERCIPTA DAN TERSIMPAN MEMORI

Tuesday, January 18, 2011

Tak Berkesempatan Rehat

Hari ini pengajaranku paling penuh. Tak ada masa ruang yang betul-betul untuk aku duduk dan makan. Pagi-pagi aku ada kelas PJ dengan Tahun 6. Kemudian berkejar ke Tahun 1 untuk membawa mereka ke padang. Selepas tamat masa dan bawa mereka ke kelas, aku mengemas peralatan PJ. Tinggal 10 minit lagi, aku berjalan menaiki tangga ke tingkat atas, kelas Tahun 4 untuk mengajar Bahasa Melayu. Pukul 10.00 pagi, rehat.Tapi aku tidak dapat makan sebab terlalu penat. Lagi pun aku tidak bawa bekal hari ini. Kemudian, pukul 10.20, waktu pengajaran Pendidikan Muzik Tahun 3. Pukul 11.20 baru habis kelas. Aku hanya memasukkan kuih apam yang Kak Ana beli dan minum air milo. Kemudian tanda buku. Pukul 12.20 tengah hari, Masuk ke Tahun 5 untuk pengajaran Kajian Tempatan. Kemudian kelasku disambung dengan kelas tambahan Tahun 5. Habis pukul 2.30 petang.
Malam, di rumah, aku menyambung kerja yang belum siap. Tiap-tiap malam, aku megadap laptop. Tidur pun di hadapan laptop. Malam ni aku mengemas kini EMIS. Ada lagi. Tinggal jadual waktu yang belum dikemas kini. Memang bulan ni akan keluar banyak ralat.

No comments:

Post a Comment