SETIAP CERITA... TERCIPTA DAN TERSIMPAN MEMORI

Saturday, January 8, 2011

Kursus Kepimpinan 2011

Hari ini, diadakan Kursus Kepimpinan di sekolahku bagi pengawas, pss, pembantu SPBT dan ketua kelas serta penolong ketua kelas. Sebelum pukul 7.30 pagi, aku sudah berada di sekolah. Aku lihat anak-anak murid telah ramai. Cikgu yang ada pada masa itu, Pn. Norhayati dan Mahaletchumy. Aku meminta anak-anak muridku mendaftarkan diri mengikut jawatan masing-masing. Selepas pendaftaran, tepat pukul 8.00 pagi, kami memulakan majlis. Tapi,aktiviti luar tidak dapat dijalankan kerana hujan pada pagi itu. Jadi, kami hanya melakukan aktiviti di dalam dewan. Atur cara pertama ialah latihan nyanyian yang dipimpin oleh Pn.Lim Su Wan. Kemudian barulah majlis perasmian oleh Madam. Tepat pukul 10.00 pagi, kami berehat. Kemudian aktiviti diteruskan dengan ceramah oleh setiap fasilitator mengikut jawatan masing-masing. Kursus ini habis pada pukul 12.30 tengah hari.
Aku terkejut apabila Madam bertanya murid-murid pulang pukul berapa? Aku beritahu atur cara kursus ini pada pukul 12.30 tengah hari. Semasa berjalan ke arah kereta aku masih memikirkannya. Aku rasa aku letak masa tamat kursus pada pukul 12.30. Macam mana ibu bapa beritahu pukul 12.00. Pelik. Aku tanya jaga. Dia kata ada beberapa orang ibu bapa bertanyakannya dan marah-marah. Betul ke? Aku masuk semula ke bilik guru dan mencari surat yang ditandatangani oleh YDP PIBG dan Madam. Alhamdulillah..akhirnya jumpa juga. Aku tunjukkan surat itu kepada Madam. Dalam fikiranku..apa la...

No comments:

Post a Comment