SETIAP CERITA... TERCIPTA DAN TERSIMPAN MEMORI

Thursday, January 27, 2011

Mesyuarat Sukan Gimrama

Aku bertolak awal ke sekolah. Sampai di sekolah, aku berjumpa dengan Kak Wati. Memaklumkan latihan yang akan aku berikan kepada murid-murid Tahun 6 dan Tahun 5. Tepat pukul 7.30 pagi aku dan lim bertolak ke Johor Bahru. Kami sampai di Johor Bahru pada pukul 10.30 pagi. Mesyuarat telah bermula. Aku rasa seperti makluk asing lak di kalangan mereka. Penerangan yang diberikan oleh Puan Rosinda dan Puan Zulika telah membuat aku berfikir dan rasa aku tidak layak untuk memikul tanggungjawab sebagai pengerusi teknik gimrama daerah Segamat ini. Tambahan ia bertentangan dengan prinsip aku sebagai guru yang lebih mementingkan anak-anak didikku. Memang aku sibuk. Tapi kesibukanku hanya di sekolah dan di daerah Segamat sahaja. Dulu aku pernah melibatkan diri dengan kegiatan pusat kokurikulum. tetapi dari awal lagi, apabila ditawarkan untuk dihantar kursus yang berkaitan dengan pusat kokurikulu luar daerah Segamat, aku mohon maaf daripada ketua jurulatih itu. Aku maklumkan pada dia, aku hanya boleh aktif di kawasan Segamat sahaja supaya aku sentiasa dekat dengan anak-anak muridku dan dapat menjalankan tugasku di sekolah. Dia faham. Itu dulu. Kini, aku hanya aktif dan sibuk di sekolah. Untuk anak-anak didikku. Aku hendak mereka berjaya. Sepanjang perjalanan pulang, aku nekad untuk menolak jawatan itu. Aku tak sanggup. Biarlah aku menangis sekarang daripada aku menangis di kemudian hari. Lebih baik aku tidak mencari masalah yang boleh memberi masalah kepadaku. Malam ini, aku tidak boleh tidur. Air mataku mengalir. Dalam fikiranku, apakah peristiwa 2009 akan berulang kembali?!!!

No comments:

Post a Comment