SETIAP CERITA... TERCIPTA DAN TERSIMPAN MEMORI

Friday, January 28, 2011

Air Mataku Mengalir Lagi ....GIMRAMA!!!

Tepat fikiranku. Apa yang kufikir semalam..telah kuperoleh jawapannya hari ini. Aku minta simpati daripada pihak sekolah. Namun, reputasi sekolah dalam kecemerlangan sukan lebih penting daripada reputasi guru sekolah dan kecemerlangan akademik sekolah. Aku kecewa dan sedih dengan apa yang aku dengar. Aku banyak berdiam diri. Apabila aku hendak bercakap dia meninggikan suara dan meminta aku mendengar dia bercakap. Aku telah jelaskan kepadanya kekangan yang aku akan hadapi pada masa akan datang. Selepas aku keluar daripada biliknya, aku terus ke bilik guru. Aku masuk ke bilik air sekejap. Aku pandang cermin. Aku minta agar air mataku tidak tumpah. Kemudian aku naik ke perpustakaan dan bawa murid-murid Tahun 6 dan Tahun 5. Sementara menunggu mereka datang, aku cuba menghubungi Kak Timah tapi tak dapat. Aku hendak telefon Kak Ana...Tak boleh ganggu dia. Setelah murid-murid datang,aku memberi mereka kerja. Kemudian aku duduk di tempat Sal. Aku tewas dengan naluri perempuanku. Aku telefon Kak Wati untuk maklumkan kepada dia tapi aku mula sebak. Akhirnya air mataku tumpah jua. Aku redakan tangisanku. elefon kawanku. Aku juga tidak boleh bercakap dengannya. Aku menangis. Aku elakkan diriku dan tangisanku daripada didengar atau dilihat oleh murid-muridku. Selepas itu, aku mengajar murid-murid seperti biasa. Kemudian aku minta seorang anak muridku memanggil Cikgu Salbiah supaya naik ke perpustakaan. Aku cakap dengan Sal. Aku tidak tahan dengan sekolah ini. Aku menangis di hadapannya.

No comments:

Post a Comment