Pena Cahaya Penawar ... Tercatat segala suka duka ...mencipta memori... mengabadikan kenangan dalam menghiasi hidup...
Tuesday, April 5, 2011
Friday, January 28, 2011
Air Mataku Mengalir Lagi ....GIMRAMA!!!
Tepat fikiranku. Apa yang kufikir semalam..telah kuperoleh jawapannya hari ini. Aku minta simpati daripada pihak sekolah. Namun, reputasi sekolah dalam kecemerlangan sukan lebih penting daripada reputasi guru sekolah dan kecemerlangan akademik sekolah. Aku kecewa dan sedih dengan apa yang aku dengar. Aku banyak berdiam diri. Apabila aku hendak bercakap dia meninggikan suara dan meminta aku mendengar dia bercakap. Aku telah jelaskan kepadanya kekangan yang aku akan hadapi pada masa akan datang. Selepas aku keluar daripada biliknya, aku terus ke bilik guru. Aku masuk ke bilik air sekejap. Aku pandang cermin. Aku minta agar air mataku tidak tumpah. Kemudian aku naik ke perpustakaan dan bawa murid-murid Tahun 6 dan Tahun 5. Sementara menunggu mereka datang, aku cuba menghubungi Kak Timah tapi tak dapat. Aku hendak telefon Kak Ana...Tak boleh ganggu dia. Setelah murid-murid datang,aku memberi mereka kerja. Kemudian aku duduk di tempat Sal. Aku tewas dengan naluri perempuanku. Aku telefon Kak Wati untuk maklumkan kepada dia tapi aku mula sebak. Akhirnya air mataku tumpah jua. Aku redakan tangisanku. elefon kawanku. Aku juga tidak boleh bercakap dengannya. Aku menangis. Aku elakkan diriku dan tangisanku daripada didengar atau dilihat oleh murid-muridku. Selepas itu, aku mengajar murid-murid seperti biasa. Kemudian aku minta seorang anak muridku memanggil Cikgu Salbiah supaya naik ke perpustakaan. Aku cakap dengan Sal. Aku tidak tahan dengan sekolah ini. Aku menangis di hadapannya.
Thursday, January 27, 2011
Mesyuarat Sukan Gimrama
Aku bertolak awal ke sekolah. Sampai di sekolah, aku berjumpa dengan Kak Wati. Memaklumkan latihan yang akan aku berikan kepada murid-murid Tahun 6 dan Tahun 5. Tepat pukul 7.30 pagi aku dan lim bertolak ke Johor Bahru. Kami sampai di Johor Bahru pada pukul 10.30 pagi. Mesyuarat telah bermula. Aku rasa seperti makluk asing lak di kalangan mereka. Penerangan yang diberikan oleh Puan Rosinda dan Puan Zulika telah membuat aku berfikir dan rasa aku tidak layak untuk memikul tanggungjawab sebagai pengerusi teknik gimrama daerah Segamat ini. Tambahan ia bertentangan dengan prinsip aku sebagai guru yang lebih mementingkan anak-anak didikku. Memang aku sibuk. Tapi kesibukanku hanya di sekolah dan di daerah Segamat sahaja. Dulu aku pernah melibatkan diri dengan kegiatan pusat kokurikulum. tetapi dari awal lagi, apabila ditawarkan untuk dihantar kursus yang berkaitan dengan pusat kokurikulu luar daerah Segamat, aku mohon maaf daripada ketua jurulatih itu. Aku maklumkan pada dia, aku hanya boleh aktif di kawasan Segamat sahaja supaya aku sentiasa dekat dengan anak-anak muridku dan dapat menjalankan tugasku di sekolah. Dia faham. Itu dulu. Kini, aku hanya aktif dan sibuk di sekolah. Untuk anak-anak didikku. Aku hendak mereka berjaya. Sepanjang perjalanan pulang, aku nekad untuk menolak jawatan itu. Aku tak sanggup. Biarlah aku menangis sekarang daripada aku menangis di kemudian hari. Lebih baik aku tidak mencari masalah yang boleh memberi masalah kepadaku. Malam ini, aku tidak boleh tidur. Air mataku mengalir. Dalam fikiranku, apakah peristiwa 2009 akan berulang kembali?!!!
Wednesday, January 26, 2011
Pemantauan Pertama 2011
Sampai di sekolah, aku minta Kak Timah fotostat lembaran kerja. Aku masuk ke bilik guru. Kemudian Kak Wati datang dan maklumkan dia hendak pantau PK ( Pendidikan Kesihatan). Patutlah aku malas je hendak buat persediaan alatan ABM untuk BM. Aku lebih banyak membuat persediaan untuk PK. Cuma kelam kabut sikit sebab kena ambil radio,cari cd lagu. Aku minta Cikgu Supian pinjamkan ABM orang perempuan dan orang lelaki untuk dijadikan bahan maujud. Tepat jam 8.30 pagi, kak wati masuk. Aku sudah bersedia dengan alatan dan bahan pengajaranku. Alhamdulillah..murid-muridku Tahun 1 ini..berfikiran matang dan memberi respon yang baik semasa pengajaranku. Murid-murid yang aktif, aku letak di barisan hadapan. Aku panggil mereka ke hadapan. Mereka berani. Mereka tidak menunjukkan sikap kurang senang apabila aku menunjukkan patung orang itu. Tepat pukul 9.00 pagi..tamat pengajaranku. Terima kasih Kak Wati. Teguran dan nasihat yang membina telah diberikan. Aku akan perbaiki kelemahan itu. Terima kasih juga kepada Cikgu Supian dan Kak Lela yang membantuku sebelum pemantauan bermula.
Monday, January 24, 2011
Tugas Pertama 2011
Minggu ini, aku bertugas bersama dengan Kak Zaharah. Ia merupakan tugasku yang pertama pada tahun ini.
Saturday, January 22, 2011
Kerja...Jalan
Hari ini hari sekolah ganti sempena Tahun Baru Cina. Jadual hari Isnin. Selepas habis sekolah, aku bergegas pulang ke rumah, ambil Mas dan hantarnya ke hospital,tempat kerjanya. Sebelum ke rumah Kak Ana, aku pergi mengambil rotact..fuh..lega dah ada rotact.. Kemudian aku pergi ke rumah Kak Timah. Kami bergerak ke rumah Kak Ana. ALAMAK!!! Sal..Lupa.Hehehehe..Patah balik semula. Setelah ambil Sal,barulah pergi ke rumah Kak Ana. Kami berada di rumah Kak Ana sehingga Maghrib. Pukul 8.15 malam, baru balik. Aku hantar Sal dan anak-anaknya. Kemudian pergi ambil gambar Mas. Hantar Kak Timah balik. Hampir sampai rumah, Mas tel. Aku sampai di rumah..mandi. lepas tu..pergi ambil mas di hospital Segamat. Malam ni aku lepak di rumahnya.
Thursday, January 20, 2011
Salah Erti...Lumrah sikap manusia
Kadang-kadang apa yang kita tulis , dan apa yang kita cakap, orang akan salah faham. Begitu juga dengan pertolongan yang kita berikan. Apa tah lagi kalau kita boleh melakukan sesuatu dengan baik. Semua disalah ertikan. Kononnya kita berlagak pandai dan sombong. Kononnya kita melakukan kerja untuk mendapatkan ganjaran...Itulah lumrah kehidupan harian manusia. Ada juga manusia yang inginkan perhatian dengan mengakurkan semua kerja tetapi hakikat di sebaliknya..Lebih baik mendiamkan diri. Tetapi kalau sesuatu yang tidak betul...Haruskah mendiamkan diri?
Subscribe to:
Posts (Atom)
