SETIAP CERITA... TERCIPTA DAN TERSIMPAN MEMORI

Monday, May 9, 2011

Aku, Mentimun!!!!!

Ya..itulah perkataan yang lebih tepat untuk kukata buat diriku. Sia-sia saja.

Friday, May 6, 2011

Radio Karat

Sedih aku mengenali kawan seperti ini. Baik di hadapan..tapi di belakang suka menyampaikan berita. Apa yang dia dapat? Mengeruh keadaan ada la. Walaupun berkarat tapi masih berfungsi untuk menjadi penyampai yang setia. Aku ingat, apa yang dilakukan disampaikan oleh budak2 mentah sebab masih hingusan ...Namun,rupa- rupanya orang dewasa yang bersikap kurang matang. Suka menunjuk-nunjuk kebaikan kerana dia lah yang terbaik. Umpama duri dalam daging. Tusukannya perlahan-lahan namun menyakitkan. Tak sangka betul aku dan tak faham betul aku dengan orang seperti ini. Yang mendengarnya pula, percaya 100 peratus. Tak nak mendengar kebenaran di sebalik kata-kata yang penyampai radio karat ini. Yang si radio karat ni lak, boleh bertanya bagi pihak diri sendiri umpama kura-kura dalam perahu..."siapa ek yang bercerita". Nasib aku tak mendengarnya. Jenis aku lak, kalau tak tahu perkara sebenar, aku tidak suka menyampuk. Tapi, di sebalik perkara yang berlaku minggu ini, telah mengimbaskan kembali kisahku dan kawan-kawanku. Semasa aku bercerita, radio buruk pun ada. Sebabnya aku lihat, ada yang tidak kena pada orang yang disampaikan oleh radio buruk ini. Tahun lepas pun macam tu juga. Memang tak serik orang seperti ini. Menyesal aku mengenali orang seperti ini. Dulu memang aku hormat kerana sikapnya. Tapi sekarang, aku rasa lain apabila dia ada bersama. Kalau dia ada memang aku berhati-hati cakap. Sebab kalau cakap lebih, memang disampaikannya. Bagus, syabas dan tahniah kepada radio karat ni.. Orang yang mendengarnya cerita melalui radio karat ini pun..bagus juga sikapnya kerana lebih percayakan berita daripada radio karat. Sekarang ini..semua orang tahu fiilnya..cuma malas hendak melayannya. Buka dapat apa pun. Semua tahu siapa radio karat yang suka menyampaikan...duduk diam-diam di kalangan kami.. kononnya menyokong pendapat kami...kononnya kawan yang baik...ehmm...memang tak patut...memang tak patut....

Tuesday, April 5, 2011

Friday, January 28, 2011

Air Mataku Mengalir Lagi ....GIMRAMA!!!

Tepat fikiranku. Apa yang kufikir semalam..telah kuperoleh jawapannya hari ini. Aku minta simpati daripada pihak sekolah. Namun, reputasi sekolah dalam kecemerlangan sukan lebih penting daripada reputasi guru sekolah dan kecemerlangan akademik sekolah. Aku kecewa dan sedih dengan apa yang aku dengar. Aku banyak berdiam diri. Apabila aku hendak bercakap dia meninggikan suara dan meminta aku mendengar dia bercakap. Aku telah jelaskan kepadanya kekangan yang aku akan hadapi pada masa akan datang. Selepas aku keluar daripada biliknya, aku terus ke bilik guru. Aku masuk ke bilik air sekejap. Aku pandang cermin. Aku minta agar air mataku tidak tumpah. Kemudian aku naik ke perpustakaan dan bawa murid-murid Tahun 6 dan Tahun 5. Sementara menunggu mereka datang, aku cuba menghubungi Kak Timah tapi tak dapat. Aku hendak telefon Kak Ana...Tak boleh ganggu dia. Setelah murid-murid datang,aku memberi mereka kerja. Kemudian aku duduk di tempat Sal. Aku tewas dengan naluri perempuanku. Aku telefon Kak Wati untuk maklumkan kepada dia tapi aku mula sebak. Akhirnya air mataku tumpah jua. Aku redakan tangisanku. elefon kawanku. Aku juga tidak boleh bercakap dengannya. Aku menangis. Aku elakkan diriku dan tangisanku daripada didengar atau dilihat oleh murid-muridku. Selepas itu, aku mengajar murid-murid seperti biasa. Kemudian aku minta seorang anak muridku memanggil Cikgu Salbiah supaya naik ke perpustakaan. Aku cakap dengan Sal. Aku tidak tahan dengan sekolah ini. Aku menangis di hadapannya.

Thursday, January 27, 2011

Mesyuarat Sukan Gimrama

Aku bertolak awal ke sekolah. Sampai di sekolah, aku berjumpa dengan Kak Wati. Memaklumkan latihan yang akan aku berikan kepada murid-murid Tahun 6 dan Tahun 5. Tepat pukul 7.30 pagi aku dan lim bertolak ke Johor Bahru. Kami sampai di Johor Bahru pada pukul 10.30 pagi. Mesyuarat telah bermula. Aku rasa seperti makluk asing lak di kalangan mereka. Penerangan yang diberikan oleh Puan Rosinda dan Puan Zulika telah membuat aku berfikir dan rasa aku tidak layak untuk memikul tanggungjawab sebagai pengerusi teknik gimrama daerah Segamat ini. Tambahan ia bertentangan dengan prinsip aku sebagai guru yang lebih mementingkan anak-anak didikku. Memang aku sibuk. Tapi kesibukanku hanya di sekolah dan di daerah Segamat sahaja. Dulu aku pernah melibatkan diri dengan kegiatan pusat kokurikulum. tetapi dari awal lagi, apabila ditawarkan untuk dihantar kursus yang berkaitan dengan pusat kokurikulu luar daerah Segamat, aku mohon maaf daripada ketua jurulatih itu. Aku maklumkan pada dia, aku hanya boleh aktif di kawasan Segamat sahaja supaya aku sentiasa dekat dengan anak-anak muridku dan dapat menjalankan tugasku di sekolah. Dia faham. Itu dulu. Kini, aku hanya aktif dan sibuk di sekolah. Untuk anak-anak didikku. Aku hendak mereka berjaya. Sepanjang perjalanan pulang, aku nekad untuk menolak jawatan itu. Aku tak sanggup. Biarlah aku menangis sekarang daripada aku menangis di kemudian hari. Lebih baik aku tidak mencari masalah yang boleh memberi masalah kepadaku. Malam ini, aku tidak boleh tidur. Air mataku mengalir. Dalam fikiranku, apakah peristiwa 2009 akan berulang kembali?!!!

Wednesday, January 26, 2011

Pemantauan Pertama 2011

Sampai di sekolah, aku minta Kak Timah fotostat lembaran kerja. Aku masuk ke bilik guru. Kemudian Kak Wati datang dan maklumkan dia hendak pantau PK ( Pendidikan Kesihatan). Patutlah aku malas je hendak buat persediaan alatan ABM untuk BM. Aku lebih banyak membuat persediaan untuk PK. Cuma kelam kabut sikit sebab kena ambil radio,cari cd lagu. Aku minta Cikgu Supian pinjamkan ABM orang perempuan dan orang lelaki untuk dijadikan bahan maujud. Tepat jam 8.30 pagi, kak wati masuk. Aku sudah bersedia dengan alatan dan bahan pengajaranku. Alhamdulillah..murid-muridku Tahun 1 ini..berfikiran matang dan memberi respon yang baik semasa pengajaranku. Murid-murid yang aktif, aku letak di barisan hadapan. Aku panggil mereka ke hadapan. Mereka berani. Mereka tidak menunjukkan sikap kurang senang apabila aku menunjukkan patung orang itu. Tepat pukul 9.00 pagi..tamat pengajaranku. Terima kasih Kak Wati. Teguran dan nasihat yang membina telah diberikan. Aku akan perbaiki kelemahan itu. Terima kasih juga kepada Cikgu Supian dan Kak Lela yang membantuku sebelum pemantauan bermula.