Pena Cahaya Penawar ... Tercatat segala suka duka ...mencipta memori... mengabadikan kenangan dalam menghiasi hidup...
Monday, August 30, 2010
Data Segak...Alamak!!!
Hari ini aku mesti siapkan data SEGAK. Pegawai PPD yang berkaitan dengan perkara berkenaan telah menelefon pihak sekolah. Aku terus ambil data yang telah siap dibuat ke atas murid. Aku siapkan juga data tersebut. Syukurlah aku tidak ada kelas banyak hari ini. Akhirnya aku berjaya siapkan. Aku terus hantar ke PPD pada petang itu.
Saturday, August 28, 2010
SSQS
Aku mula menyiapkan ssqs. Aku siapkan di rumah. Selepas solat terawih,aku mulakan operasi. Nak buat kat sekolah,tak da masa yang sesuai. Perlu tumpu pada pengajaran dalam kelas. Guru Besar juga sudah ingatkan aku berulang kali supaya menyiapkan SSQS sebelum 30 Ogos 2010. Sebenarnya aku sudah mngedarkan borang kepada guru-guru setiap mata pelajaran. Kemudian diedarkan kepada murid-murid seramai lima orang. Akhirnya aku dapatkan siapkan ssqs dalam masa tiga hari. Hari Jumaat, 27.8.2010, siap semua. Aku meminta Guru Besar melihat sistem yang sudah lengkap. Aku mencadangkan agar tidak diprint sebab banyak kertas yg akan digunakan. Aku hanya menyimpan borang yang kuedarkan sahaja. Lega rasanya apabila sudah siap. Tetapi ada lagi kerja lain yang menungguku...kerja..kerja..kerja...aku buat satu..satu..yang penting,aku seronok dengan kerjaku tanpa ada paksaan atau gesaan.
Thursday, August 19, 2010
Mula belajar lagi
Hari ini, aku telah berdaftar sebagai pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) lak. Dari semalam, aku telah membuat persiapan. Seperti tak percaya lak. Setelah mindaku berehat dari dunia belajar...kini aku kembali. Mulanya aku ingin sambung pengajianku dalam bidang bahasa Melayu. Tapi..tak da kawan lak. Tapi kos yang aku ambil ini pun berkaitan dengan bidang kerjayaku. Aku buat solat istikharah dan fikir semasak-masaknya..aku ambil juga kos ini. Bersama rakan-rakan sekolahku dan rakan-rakan seuniversiti USM. Nanti, aku ada dua tugas...belajar dan mengajar.
Monday, August 16, 2010
Malang lagi
Entah mengapakah satu-satu malang datang. Perkara minggu lepas belum lagi selesai, perkara lain pula yang datang. Lagi berat bebanan aku rasa. Sesuatu yang tidak aku lakukan. Terlalu baik pun disalaherti...Dugaan apakah ini? Ya, Allah...
Sunday, August 15, 2010
Saturday, August 14, 2010
Kupahat Dalam Memoriku
KULINDUNGI KEPILUAN HATIKU..
AGAR TIADA SIAPA YANG TAHU..
DISEBALIK SENYUM MESRA..
DISEBALIK GURAU SENDA...
KUTERLUKA...
MEREKA LIHAT KUGEMBIRA. .
SELALU CERIA..
TAPI HAKIKATNYA ...
KUAMAT KECEWA..
DALAM SENYUM KUSENGSARA...
HARUSKAH IANYA TERJADI?
TIADA LAGI KEBAIKAN...
YANG NYATA KEBURUKAN...
USAHLAH BERSIMPATI ...
JIKA IANYA MENYAKITKAN...
USAHLAH MEMUJUK HATI...
JIKA IANYA KEPURAAN...
KUREDHA KETENTUANMU...
SEGALANYA TERPIKUL DI BAHU...
TANPA SEDAR...TANPA RAGU...
KUPAHAT DALAM MEMORIKU...
KERANA DIA YANG MAHA TAHU...
AGAR TIADA SIAPA YANG TAHU..
DISEBALIK SENYUM MESRA..
DISEBALIK GURAU SENDA...
KUTERLUKA...
MEREKA LIHAT KUGEMBIRA. .
SELALU CERIA..
TAPI HAKIKATNYA ...
KUAMAT KECEWA..
DALAM SENYUM KUSENGSARA...
HARUSKAH IANYA TERJADI?
TIADA LAGI KEBAIKAN...
YANG NYATA KEBURUKAN...
USAHLAH BERSIMPATI ...
JIKA IANYA MENYAKITKAN...
USAHLAH MEMUJUK HATI...
JIKA IANYA KEPURAAN...
KUREDHA KETENTUANMU...
SEGALANYA TERPIKUL DI BAHU...
TANPA SEDAR...TANPA RAGU...
KUPAHAT DALAM MEMORIKU...
KERANA DIA YANG MAHA TAHU...
Aku
Aku tidak tahu di mana silapku? Tahun ini, tugasku sebagai guru telah diuji. Pengajaranku dipertikaikan. Pemberianku untuk meningkatkan pencapaian mata pelajaranku yang utama menimbulkan perasaan tidak puas hati. Aku mengajar mendidik anak-anak muridku supaya mereka cemerlang dalam pelajaran. Aku mencurahkan ilmuku tanpa mengira bangsa. Aku tidak pernah memilih kasih antara mereka yang lemah atau yang pandai. Yang lemah, aku bimbing dan yang pandai, aku selalu ingatkan supaya mereka tidak egois dengan pencapaian mereka. Pelbagai cara aku lakukan supaya mereka cemerlang. Aku memberi banyak latihan untuk mereka mahir dalam sesuatu tajuk. Setiap helaian buku teks, tidak pernah aku abaikan. Semua diterangkan dan dibuat dalam buku latihan. Bukan sahaja mata pelajaranku yang utama tetapi mata pelajaran lain. Subjek lain juga kuajar..kuberi penerangan dan meminta mereka menyalin nota. Tapi, apa yang mengecewakan, kadang-kadang arahanku tidak diendahkan. Nota tidak bersalin terutama murid-murid yang ingin menduduki peperiksaan. Apabila disuruh kemas kini nota, juga tidak diendahkan. Hanya segelintir sahaja. Jadi, mana silapku. Kadang-kadang mata pelajaran bukan mata pelajaran utamaku, aku ajar dengan menangani pengurusan stress, permainan yang berbentuk meningkatkan semangat kerana keletihan. Itu juga adalah sebahagian tajuk mata pelajaran PJPK. Cuma, mungkin silapnya, pengajaran itu tidak dicatat dalam buku tulis. Tapi, aku ada meminta mereka menyalinnya dalam buku nota..Tapi ,..budak-budak. Aku tidak menggunakan kekerasan kepada murid-murid yang ingin menduduki peperiksaan kerana aku tidak mahu mereka stres. Aku jadi diriku kawan mereka. Mengajar sambil berhibur dengan mereka. Tapi, aku masih bataskan diriku. Aku beritahu adat mereka dengan guru supaya mereka tahu batasannya. Aku meminta mereka menjaga sikap kerana sikap adalah kunci kejayaan. Semua tu kulakukan kerana ingin melihat mereka cemerlang dalam UPSR. Aku lihat mereka ada potensi. Aku maklumkan kepada ketua panitiaku yang subjek utama, mana murid yang perlu diberi perhatian dan berpotensi mendapat cemerlang sepanjang aku bersama mereka. Kini, apa yang aku dapat daripada itu semua? Namun, aku tidak menyalahkan sesiapa. Mungkin keadaan dan sikapku yang terlalu ingin menolong. Aku kan berasa puas apabila anak-anakku berjaya dengan cemerlang. Aku kan menangis apabila melihat mereka kurang bernasib baik seperti murid-murid tahun lepas. Tangisan mereka kusandarkan dibahuku setelah melihat keterasingan mereka. Biarpun aku guru sampingan mereka.Aku mengajar bukan kerana pangkat. Apa lagi untuk meraih anugerah cemerlang yang diimpikan oleh semua orang.
Friday, August 13, 2010
Berdiam
Hari ini aku hanya berdiam diri di sekolah. Aku tidak banyak cakap seperti biasa. Aku hanya tumpu pada tugasku.
Maafkan aku kawan
Maafkan aku kawan-kawan. Disebabkan rasa tidak puas hati denganku, kamu berdua juga turut dipantau. Aku sedih.
Thursday, August 12, 2010
Menyepi
Setelah sekian lama menyepikan diri, aku kembali ke Tinta Nurbisa. Aku menyepi bukan kerana malas tetapi kesibukanku dengan tugas.
Wednesday, August 11, 2010
1 Ramadan 1431H
Ramadan datang lagi. Kehadiran yang dinanti oleh semua umat Islam. Biarpun seketika , namun kehadirannya penuh keberkatan. Hari ini hari pertama.
Hampir Pitam
Sudah dua tiga malam tidurku tidak menentu. Aku ingat aku akan dapat berehat minggu ini tapi...lain jadinya. Diriku sangat teruk. Hari ini merupakan hari pertama 1 Ramadan 1431H. Sekolah cuti. Fikiranku masih mengingati perkara yang berlaku pada diriku minggu ini. Lemah kurasa. Pada siapa hendak aku mengadu dan meluahkan segalanya. Aku sibukkan diri dengan mengemas rumah dan membasuh baju. Fikiranku tetap memikir pelbagai persoalan yang terjadi pada diriku. Tiba-tiba aku rasa hendak pitam. Aku terus duduk dan baring. Aku lelapkan mata dan akhirnya aku tertidur di ruang tamu.
Tuesday, August 10, 2010
Hatiku Sedih...Aduhai kawan
Aku pulang ke rumah dengan hati yang amat sedih dan pelbagai persoalan datang di fikiranku. Sampai di rumah, aku termenung. Aku tertidur. Setelah kuterjaga, aku memandang sekeliling bilikku. Aku masih memikir dengan apa yang berlaku pada diriku semalam dan hari ini. Masih terngiang di telingaku kata-kata yang disampaikan oleh nazir kepada Salbiah dan GPK-GPK. "Hati-hati dengan kawan...Sekarang ini, kawan makan kawan". Nazir juga memaklumkan beliau tidak akan turun jika tidak ada orang komplen. Yang komplen lak adalah di kalangan kawan sendiri."
Dari pemantauan tersebut, apabila aku renung semula, ada kebenarannya kata-kata nazir itu. Sebenarnya beliau datang kerana ingin memantau aku, guru PJPK yang mengajar Tahun Enam. Maafkan aku kawan-kawan kerana aku, mereka dipantau. Aku tidak sangka selama aku mengajar PJPK sejak aku ditempatkan di sekolah ini, belum pernah aku dipantau. Tambah lagi, kerana komplen seorang kawan. Salahkah niatku untuk membantu murid-murid Tahun Enam berjaya? Aku tetap mengajar mata pelajaran PJPK dan KT kepada murid-murid Tahun Enam. Aku juga berbincang dengan murid-murid Tahun Enam dan mereka bersetuju dengan cadanganku. Oleh itu, aku teruskan niat untuk membantu mereka dan selalu memberi motivasi kepada mereka. Aku jadikan diriku guru mereka dan sebagai kawan mereka. Tapi..niatku disalaherti dan tidak disukai rupanya. Aku lakukan bukan untuk diriku tapi untuk kejayaan mereka dan prestasi kecemerlangan sekolah. Namun apakan daya...ada yang tidak puas hati dengan pertolonganku ini. Aku sedih dan menangisi nasibku. Apalah salah aku padanya? Kalau tidak puas hati sekali pun, janganlah sampai periuk nasi dan rezekiku diusik. Kalau tidak suka aku terlalu aktif atau rajin dengan tugasku, beritahu padaku. Bukannya komplen pada nazir. Apa yang boleh aku lakukan kini..hanya menangisi nasibku. Di sekolah, aku jalankan tanggungjawabku seperti biasa. Tapi apabila pulang di rumah, aku kan menangisi.. Sampai hati seorang kawan buat aku begini. Aku tidak pernah mengusik haknya walaupun aku dalam keadaan marah. Aku tahu membezakan hal peribadi dengan tugasku.
Dari pemantauan tersebut, apabila aku renung semula, ada kebenarannya kata-kata nazir itu. Sebenarnya beliau datang kerana ingin memantau aku, guru PJPK yang mengajar Tahun Enam. Maafkan aku kawan-kawan kerana aku, mereka dipantau. Aku tidak sangka selama aku mengajar PJPK sejak aku ditempatkan di sekolah ini, belum pernah aku dipantau. Tambah lagi, kerana komplen seorang kawan. Salahkah niatku untuk membantu murid-murid Tahun Enam berjaya? Aku tetap mengajar mata pelajaran PJPK dan KT kepada murid-murid Tahun Enam. Aku juga berbincang dengan murid-murid Tahun Enam dan mereka bersetuju dengan cadanganku. Oleh itu, aku teruskan niat untuk membantu mereka dan selalu memberi motivasi kepada mereka. Aku jadikan diriku guru mereka dan sebagai kawan mereka. Tapi..niatku disalaherti dan tidak disukai rupanya. Aku lakukan bukan untuk diriku tapi untuk kejayaan mereka dan prestasi kecemerlangan sekolah. Namun apakan daya...ada yang tidak puas hati dengan pertolonganku ini. Aku sedih dan menangisi nasibku. Apalah salah aku padanya? Kalau tidak puas hati sekali pun, janganlah sampai periuk nasi dan rezekiku diusik. Kalau tidak suka aku terlalu aktif atau rajin dengan tugasku, beritahu padaku. Bukannya komplen pada nazir. Apa yang boleh aku lakukan kini..hanya menangisi nasibku. Di sekolah, aku jalankan tanggungjawabku seperti biasa. Tapi apabila pulang di rumah, aku kan menangisi.. Sampai hati seorang kawan buat aku begini. Aku tidak pernah mengusik haknya walaupun aku dalam keadaan marah. Aku tahu membezakan hal peribadi dengan tugasku.
Pemantauan Nazir
Aku menyiapkan rancangan mengajar Pendidikan Kesihatan dan mata pelajaran lain seperti biasa. Hari ini, aku siapkan ABM untuk pengajaranku nanti. Aku dipantau pada pukul 9.30 pagi. Dari semalam, makan minumku tidak aku hiraukan. Pagi itu, aku siapkan lembaran kerja dan ABM. Tepat pukul 9.30 pagi, aku masuk ke kelas. Kemudian Tn Hj. Husin masuk. Aku mengajar seperti biasa. Malangnya, sikap budak-budak kurang aktif seperti biasa. Aku risau. Setelah habis mengajar, aku dipanggil oleh Tn, Haji. Aku ditegur tentang pemilihan objektif. Jangan terlalu banyak. Sesuaikan dengan masa 30 minit. Kemudian refleksi. Aku menunjukkan buku Rekod Mengajarku yang kedua yang ada refleksi yang baik mengikut kehendak sekolah. Aku diminta fotostat latihan dan nota yang ditulis dalam buku tulis. Aku mengikut dan mendengar sahaja apa yang diberitahu.
Monday, August 9, 2010
Taklimat dari pagi hingga petang
Hari ini, aku boleh terlupa untuk pergi mendengar taklimat di SMK Agama Segamat. Maklumlah hari ini, nazir hendak datang ke sekolahku untuk memantau Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan. GPK 1 bertanyakan aku sama ada aku pergi atau tak ke SMKA. Aku tercenggang. Terus aku meminta PAR mencari surat sebab surat yang diberi kepadaku, aku lupa letak. Banyak sangat yang perlu difikir. Memang betul..Ya Allah..mengapa aku lupa? Aku bergegas pergi ke SMK Agama setelah berjumpa dengan anak-anakku Tahun Lima. Aku menerangkan kepada mereka tentang latihan BM yang perlu dibuat. Kemudian aku ke SMKA. Taklimat bermula pada pukul 9.00 pagi. Taklimat Pemantapan Pengurusan Pendidikan Pencegahan Dadah. Kami diberitahu tentang tanggungjawab kami dalam menjalankan tugas sebagai guru PPDa sekolah. Kawanku sms dan maklumkan bahawa nazir ingin lihat aku mengajar Pendidikan Kesihatan esok. Tamat taklimat pada pukul 12.30 tengah hari, aku terus bergegas ke sekolah. Melakukan apa yang patut. Kemudian aku pergi semula ke SMKA kerana taklimatku belum habis. Pukul 5.15 petang, taklimat tamat. Aku tidak terus pulang. Fikiranku masih melayan memikirkan pemantauan nazir esok dan pemantauan PPDa bermula 15 Ogos 2010. Aku rasa tertekan. Aku menangis semasa memandu kereta. Terukkah aku sehingga nazir datang ke sekolah untuk memantau aku dan rakan-rakan yang mengajar PJPK. Aku pergi ke rumah Kak Ira. Berbincang pasal Pandu Puteri. Kemudian kami beli kuih pau segera di bandar IOI. Kak Ira tidak tahu perasaanku. Aku sembunyikan.
Subscribe to:
Posts (Atom)