SETIAP CERITA... TERCIPTA DAN TERSIMPAN MEMORI

Tuesday, April 20, 2010

Membazir Masa dan Tenaga

20.4.2010 - Semalam, orang GITN datang ke sekolahku untuk memeriksa internet. Setelah diperiksa, mereka beritahu bahawa masalah telekom. Hari ini pula, dua orang telekom datang dalam masa yang berlainan. Seorang datang pada pukul 9.40 pagi. Manakala seorang lagi dalam masa 10.45 pagi. Bagaimanakah pengurusan mereka? Dua orang ditugaskan ke sekolah yang sama. Kasihan orang yang datang. Bukan sahaja membazir masa tetapi juga tenaga.

Terasa

Kupandang nasi di hadapanku. Perlahan kumakan. Hilang seleraku. Semasa makan, hatiku rasa sebak. Aku tahan. Selepas makan, aku ke perpustakaan. Aku duduk . Terasa penat. Aku lelapkan mata sekejap. Sal sedang mengajar. Aku berada di kaunter buku. Tiba-tiba, Kak Sal jaga datang bersama orang TM. Hatiku masih terasa. Entahlah.

Monday, April 19, 2010

Masalah Internet

19 April 2010 - 'Ring..ring..ring.." kulihat hp tertera SKCC semasa aku sedang mengajar. Ini mesti masalah internet. Kali kedua, baru aku angkat telefon. Memang benar. Dengar je suara Kak Wati di talian..aku dah tahu masalahnya kalau di sekolah lah. Selepas mengajar, aku terus ke bilik komputer. Aku dapati line internet padam. Kemudian aku telefon GITN menyatakan masalah yang dihadapi. Ini minggu kedua, line internet memberi masalah pada sekolahku. Orang GITN mengatakan bahawa line mereka ok. Tapi..mengapa masalah lak kepada sekolahku.. Pelik betul. Mereka akan hantar orang untuk memeriksa line dan router sekolahku.

Sunday, April 18, 2010

Sistem Adapp 2010

18 April 2010 - Petang, Tengok TV je. Jemu gak. Sudahlah tak kawan hendak bersembang. Setelah tidak tahu apa nak dibuat. Aku ambil keputusan memasukkan data pergerakan guru dalam sistem Adapp. Sudah siap. Tinggal masukkan data pergerakan guru akhir bulan Mac dan bulan April. Data ni mesti dihantar sebelum 15 Mei 2010 ke PPD. Apabila 100% siap, aku akan serahkan kepada Pn. Noorwati, GPK 1 untuk memasukkan markah pemantauan guru. Namun begitu, ada juga guru yang tidak mengembalikan borang pergerakan guru kepada saya atau Pn. Noorwati. So, mesti ingatkan mereka nanti.

Menanti

Biarpun masa, hari,bulan, tahun silih berganti
Aku tetap dengan diri aku
Begitu jua dengan hati dan perasaanku
Selamanya tetap dan teguh impianku
Biarpun jalan-jalan yang kulalui
Penuh dengan liku-liku
Namun aku tetap menempuhnya
Dengan harapan yang menggunung
Mengharap dan menanti
Ianya kan jadi realiti dalam hidup ini
Aku tetap aku... sabar menanti
Dan terus menanti...menanti...

Cerita kosong

18 April 2010 - Aku bangun awal hari ni. Setelah siap berkemas, menyidai kain, aku keluar, basuh kereta. Terlalu comot keretaku. Pas tu, aku pergi bandar sekejap. Kemudian aku terus pulang ke rumah. Perutku terasa perit. Tapi, aku tidak rasa nak makan. Aku minum air sejuk sahaja. Dari semalam, aku tidak menjamah nasi. Aku hanya minum air sejuk sahaja. Aku tengok televisyen sambil mewarna gambar yang Kak Ana suruh warna. Esok, sudah mula sekolah.

Saturday, April 17, 2010

Santai Di rumah Aje..

17 April 2010- Hari ni, aku tidak ke mana-mana. Hanya duduk di rumah menonton televisyen dan menanda buku budak-budak. Pada sebelah petang, Kak Zaharah Pardi datang ke rumah. Dia meminta aku memasukkan sistem Adapp 2009. Selepas tu, aktivitiku, mengadap televisyenlah..

Tidurku Tak Lena...

Setiap kali hati dan fikiranku terganggu, aku tidak dapat melelapkan mataku. Aku merenung kamarku. Jam menunjukkan pukul 1 pagi. Mataku terbayang apa yang kulihat. Setiap baris ayat yang dicatat bermain di depanku. Sedikit ruang saja untukku kini. Tiba-tiba berjurai mutiara jernih tanpa henti. Aku tidak tahu pukul berapa aku terlelap bersama mutiara jernih itu. Aku tersedar pukul 4.00 pagi. Kepalaku berdenyut...

Friday, April 16, 2010

Sekadar kata-kata...

TIDAK SELAMANYA KEBAHAGIAAN ITU DATANG...
KERANA KADANG-KADANG ...
SINAR MATAHARI DITUTUP OLEH AWAN YANG TEBAL...
kESEDIHAN YANG DIBAWA KETAWA ..
IBARAT PANAS MENGANDUNGI HUJAN..

Mesyuarat Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 2010

16 April 2010- Pada pukul 2.30 petang,aku bertolak ke PPD Segamat. Ada mesyuarat PPDa. Aku pergi awal kerana masalah parking kereta di kawasan PPD. Alhamdulillah, sewaktu aku sampai, banyak ruang parking. Mesyuarat bermula pada pukul 3.00 petang sehingga 4.35 petang. Setelah mesyuarat selesai, aku terus pulang ke rumah. Ingat hendak basuh kereta..tapi tidak jadi. Sebelum pulang, aku singgah di kedai Taman Bendahara sekejap.

Elektrik Terputus...

15 April 2010, petang - Pada pukul 5.45 petang, aku melihat televisyen. Cerita tidak menarik. Cerita Adamaya belum ditayangkan lagi. Ada masa 45 minit lagi. Aku mengumpul pakaian kotorku dan memasukkannya ke dalam mesin basuh. Sementara menunggu air penuh, aku menonton televisyen. Tiba-tiba, kipas terhenti, televisyen terpadam..Alamak!!! Elektrik tiada. Aduhhhh..Macam mana ni? Aku biarkan kain di dalam mesin basuh tanpa air. Kemudian, aku masak ala kadar sahaja. Aku mengalaskan perutku sebelum malam. Selepas itu, aku mencari lilin. Aku bertemankan lilin. Kak Yana belum pulang lagi. Ada solat Hajat di sekolahnya. Selepas mandi dan sembahyang Maghrib, aku duduk di tepi katil sambil mengipas badanku dengan buku. Sedang aku leka, bunyi mesej masuk dari telefon bimbitku. Kawanku yang hantar. Selepas itu, telefonku pula yang berdering. Ada juga kawan untuk bersembang dan menghilangkan rasa takutku. Alhamdulillah, akhirnya pukul 9.00 malam, lampu menyala dan kipas berpusing. Syukur...Setelah lampu menyala, aku terus menggosok baju dan membasuh pakaian kotorku. Tidak berapa lama kemudian, Kak Yana pulang. Alhamdulillah...

Data Ujian SEGAK

15 April 2010- Pagi ini aku dikehendaki menghantar Data SEGAK di SMK Gemereh. Semalam, aku siapkan data tersebut dari pukul 8.30 hingga pukul 11.55 malam. Di sekolah, aku siapkan borang yang dikehendaki. Yang lucunya apabila sampai di sana, aku didapati bahawa satu muka surat tidak ada. Cikgu tu memberitahu borang tersebut mempunyai tiga muka surat. Aku maklumkan kepadanya perkara yang sebenar. Untuk tidak membuang masa dan menyusahkan orang lain, aku pinjam borang sekolah lain dan pergi fotostat di pejabat SMK Gemereh. Aku mengisi borang tersebut kemudian hantar. Aku bertanyakan tentang dataku yang dihantar, Cikgu Rabinah beritahu data SEGAK sekolahku tiada masalah. Alhamdulillah. Siap tugasku untuk program ini. Tepat pukul 1.00, aku pulang ke sekolah semula. Sebelum itu, aku menghantar kawanku ke rumahnya. Aku ada kelas tambahan bagi Tahun Lima. Kelas tambahan habis pada pukul 2.30 petang. Aku bergegas pulang ke rumah.

Wednesday, April 14, 2010

Ayat Lucu , Ucapan Murid...

Hari ini, 14 April 2010 - Semua guru mesti berada di kelas masing-masing kecuali bagi guru-guru yang hendak tukar sama suka. Pagi-pagi, aku memarahi murid-murid Tahun Dua. Bukannya apa, main tutup pintu dengan kawan. Aku memberi kerja menyalin karangan dalam buku Citra. Selepas Tahun Dua, aku masuk Tahun Tiga kerana Pn. Desi ambil kelasku, Tahun Lima. Manakala Kak Ana, Tahun Enam.
Selepas waktu rehat, barulah aku dapat masuk ke kelas sendiri. Aku mengajar seperti biasa. Selepas perbincangan dengan murid-murid, aku memberi kerja menulis karangan sementara aku menanda buku tulis mereka. Tiba-tiba, pintu kelas diketuk oleh seorang murid Tahun Tiga.
"Selamat Pagi, cikgu. Ada orang di pejabat hendak jumpa cikgu. Komputer hendak jumpa cikgu."
katanya. "Apa? Komputer hendak jumpa cikgu?" aku mengulang katanya. Murid-muridku ketawa. Aku cakap kepada mereka " Hah, ketawa. Awak sendiri pun tulis ayat tunggang- langgang. Kemudian murid itu datang lagi. " Cikgu, Pn. Norhayati hendak jumpa cikgu di pejabat." Aku menggeleng kepala. Ishk...Ishk...Ishk...

Baiki Lampu Sendiri

Semalam, 13 April 2010 - Aku terus menutup laptop apabila mendengar guruh di langit. Aku mandi dan sembahyang Asar. Setelah itu, aku membuka lampu bilikku memandangkan suasana bilik yang gelap pada waktu petang. Aku dapati lampu bilikku tidak menyala. Ini kali kedua. Aku tidak mengelabah. Aku terus salin pakaian dan keluar rumah menuju ke bandar Segamat. Setelah membeli lampu, aku pulang. Aku tidak singgah mana-mana kedai atau pasar malam.
Sebaik sampai di rumah, aku terus memasang lampu di bilikku. Aku memanjat di atas rak buku. Akhirnya aku berjaya memasang lampu itu. Syukur, bilikku kembali terang dengan cahaya lampu.



Nurbisa : Itulah kemahiran hidup yang kubelajar semasa di maktab dulu.

Tuesday, April 13, 2010

Muridku, 1998-1999


Hatiku berasa gembira kerana dapat bertemu semula dengan bekas anak muridku. Murid ini merupakan murid pertama yang aku ajar setelah aku bergelar guru di SK Canossian Convent. Murid yang selalu ingin aku dekati. Aku terputus hubungan dengannya setelah dia berpindah belajar di Melaka. Dia pernah menghubungiku semasa aku berada di USM, Pulau Pinang mengikuti Kursus Intensif selama 3 minggu. Manakala dia sedang menghadapi final exam di Universiti di Kedah. Selepas itu, aku tidak lagi mendengar khabar berita daripadanya sehinggalah kutemui facebooknya. ..Nurul Huda Husaini...

Hati Yang Rapuh

Di hati kulakarkan sebuah impian
Yang aku namakan harapan
Apabila kutentukan arah serta tujuan
Rela kuhadapi cabaran

Jalan ke puncak itu beronak dan berliku
Menyukarkan pendakianku
Namun tetap kugagahi hati yang rapuh ini
Demi hasrat yang suci

Aku sangkakan harapan selembut impian
Yang menguliti tidur insan
Kiranya kehidupan tidak sedemikian
Goyah hatiku oleh kenyataan

Tak harus kuturuti kelemahan diri
Tak daya bertahan diuji
Lalu aku mengumpulkan semula kekuatan
Berlandaskan keimanan...



Nurbisa : Ini ialah sebuah lagu yang didendangkan oleh seorang artis.Aku lupa siapa namanya. Nanti lah kucari semula.

Suatu pagi

Hari ini, aku bangun seperti biasa. Pukul 6.25 pagi, aku telah siap. Tetapi, aku tidak terus keluar rumah. Aku duduk dan diam di tepi katilku. Aku termenung. Hatiku sayu dan badanku mula rasa lemah. Hampir 10 minit, aku bergegas keluar rumah. Tapi langkahku longlai. Sebelum sampai ke sekolah, aku singgah di kedai makanan. Aku membeli lauk yang dipesan oleh kawanku. Tepat pukul 7.15 pagi, aku sampai di sekolah. Aku parking di tempat biasa. Sememangnya aku tidak suka parking di tempat sebarangan. Aku melangkah dengan senyuman. Hilangkan segala kesayuan. Ya kah? Buat-buat ya lah...hehehehehehehe...

Sunday, April 11, 2010

Kembali Berfacebook

Memang aku telah nekad untuk tidak berfacebook lagi. Aku mula menyepi apabila komitmenku diperlukan untuk kerja-kerja sekolah. Pada masa yang sama, biarlah ianya rahsia hatiku. Ada yang bertanya tentang facebookku...tapi, aku hanya memberi senyuman. Aku memang tidak mahu berfacebook seperti dulu. Kini, aku hanya memandang dan membaca apa yang dicoret oleh kawan-kawan. Aku masih dengan tekadku...

Paip air singki

Pagi ini, Kak Saadiah dan suami serta anak-anak datang ke rumahku. Suami Kak Saadiah menolong membaiki dan menukar paip air yang telah rosak berbulan-bulan. Bukan setakat rosak, terus patah. Kononnya nak jadi Mac Gyaiber..akhirnya. Sekarang, semuanya telah selesai. Tidak perlu tunduk ke bawah singki untuk menutup paip. Kami juga tidak perlu lagi menadah dan menyimpan air untuk membasuh tangan atau pinggan mangkuk.. Alhamdulillah.

Saturday, April 10, 2010

Pabila kesedihan bertamu..
Hati mula rasa sebak...
Menyesak dada menahan kepedihan...
Akhirnya mengalir air jernih ...
Lantas membasahi pipi...
Hanya kedengaran rintih sayu..
Memecah sunyi ruang kamar...
Dapatkah melegakan hati ini?
Namun..senyuman tetap diukir
Biarpun di dalam tersimpan sejuta kesakitan...

Monday, April 5, 2010

Mesyuarat Agung Tahunan Pandu Puteri 2010


Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri telah diadakan di Hotel New York, Johor Bharu pada hari Ahad, 4 April 2010. Aku pergi dengan Nik Norazlina, guru SMK Tenang. Mesyuarat bermula pada jam 2.30 petang. Aku dan Nik meminta diri untuk pulang lebih awal. Kami keluar dewan dan meninggalkan majlis tersebut pada pukul 4.30 petang. Selepas hantar ke rumah di Taman Tenang, aku meneruskan perjalananku ke rumah. Tiba di rumah pada pukul 8.00 malam.

Sayu Di Hati

Pabila kulihat segalanya tiada...Hatiku terasa sedih dan pilu. Tapi aku redha dengan tindakannya. Mungkin kerana keadaan dan tidak ada keberanian dan kekuatan dalam diri. Namun aku tetap berasa sedih kerana diriku tiada lagi dalam memorinya....Dibuang terus dalam diarinya...