Pena Cahaya Penawar ... Tercatat segala suka duka ...mencipta memori... mengabadikan kenangan dalam menghiasi hidup...
Monday, January 24, 2011
Tugas Pertama 2011
Minggu ini, aku bertugas bersama dengan Kak Zaharah. Ia merupakan tugasku yang pertama pada tahun ini.
Saturday, January 22, 2011
Kerja...Jalan
Hari ini hari sekolah ganti sempena Tahun Baru Cina. Jadual hari Isnin. Selepas habis sekolah, aku bergegas pulang ke rumah, ambil Mas dan hantarnya ke hospital,tempat kerjanya. Sebelum ke rumah Kak Ana, aku pergi mengambil rotact..fuh..lega dah ada rotact.. Kemudian aku pergi ke rumah Kak Timah. Kami bergerak ke rumah Kak Ana. ALAMAK!!! Sal..Lupa.Hehehehe..Patah balik semula. Setelah ambil Sal,barulah pergi ke rumah Kak Ana. Kami berada di rumah Kak Ana sehingga Maghrib. Pukul 8.15 malam, baru balik. Aku hantar Sal dan anak-anaknya. Kemudian pergi ambil gambar Mas. Hantar Kak Timah balik. Hampir sampai rumah, Mas tel. Aku sampai di rumah..mandi. lepas tu..pergi ambil mas di hospital Segamat. Malam ni aku lepak di rumahnya.
Thursday, January 20, 2011
Salah Erti...Lumrah sikap manusia
Kadang-kadang apa yang kita tulis , dan apa yang kita cakap, orang akan salah faham. Begitu juga dengan pertolongan yang kita berikan. Apa tah lagi kalau kita boleh melakukan sesuatu dengan baik. Semua disalah ertikan. Kononnya kita berlagak pandai dan sombong. Kononnya kita melakukan kerja untuk mendapatkan ganjaran...Itulah lumrah kehidupan harian manusia. Ada juga manusia yang inginkan perhatian dengan mengakurkan semua kerja tetapi hakikat di sebaliknya..Lebih baik mendiamkan diri. Tetapi kalau sesuatu yang tidak betul...Haruskah mendiamkan diri?
Akibat Tidak Cukup Rehat...Stress
Selepas solat Subuh, aku tidur semula. Aku sedar pada pukul 9.15 pagi. Bangun, mandi dan sarapan. Selepas itu makan ubat. Aku rasa sihat sikit. Selepas tidur dan berehat yang secukupnya. Aku tidak batuk terlalu kerap lagi. Demamku juga sudah kebah. Aku fikir semula.. Agaknya aku tidak cukup tidur dan stress menyebabkan aku batuk dan demam. Tengah hari tadi aku tidur lagi. Sedar hampir pukul 3.00 petang. Alhamdulillah...
Wednesday, January 19, 2011
Batuk
Selepas selesai membuat pembayaran insurans keretaku, aku pergi ke klinik. Aku rasa badanku panas, batuk dan hendak selsema. Aku biasa pergi ke Klinik Aisyah. Setelah mendaftar, aku tunggu seketika. Kemudian namaku dipanggil dan aku dipersilakan masuk. Aku jumpa doktor. Aku maklumkan padanya aku batuk. Doktor melaporkan laporan perubatanku sepanjang dengannya, batuk dan sakit kerongkong. Aku memberitahu doktor, aku fobia dengan batuk. Setelah membuat pemeriksaan doktor, ALhamdulillah, paru-paruku tiada masalah. Bersih katanya. Jadi, doktor hanya memberiku ubat batuk sahaja. Pulang di rumah, aku rasa badanku lemah. Pukul 6.15 petang, aku cari ubat demam selsema di Farmasi Bahau. Selepas itu, aku membeli makanan dan pulang. Malam, selepas makan, aku makan ubat. Aku tidur awal malam ni dan tidak membuat apa-apa kerja.
Keretaku,Persona.
22.1.2011, genap 2 tahun aku miliki Persona. Hari ini aku, pergi buat bayaran Insurans dan Rotact untuk keretaku. Kak Ana menemaniku. Aku tidak pandai tentang bayaran kereta ini. Aku tidak minta tolong orang lain sebab aku masih terikat dengan bank. Sekarang, tinggal 5 tahun lagi. Cepatnya masa berlalu.
Tuesday, January 18, 2011
Tak Berkesempatan Rehat
Hari ini pengajaranku paling penuh. Tak ada masa ruang yang betul-betul untuk aku duduk dan makan. Pagi-pagi aku ada kelas PJ dengan Tahun 6. Kemudian berkejar ke Tahun 1 untuk membawa mereka ke padang. Selepas tamat masa dan bawa mereka ke kelas, aku mengemas peralatan PJ. Tinggal 10 minit lagi, aku berjalan menaiki tangga ke tingkat atas, kelas Tahun 4 untuk mengajar Bahasa Melayu. Pukul 10.00 pagi, rehat.Tapi aku tidak dapat makan sebab terlalu penat. Lagi pun aku tidak bawa bekal hari ini. Kemudian, pukul 10.20, waktu pengajaran Pendidikan Muzik Tahun 3. Pukul 11.20 baru habis kelas. Aku hanya memasukkan kuih apam yang Kak Ana beli dan minum air milo. Kemudian tanda buku. Pukul 12.20 tengah hari, Masuk ke Tahun 5 untuk pengajaran Kajian Tempatan. Kemudian kelasku disambung dengan kelas tambahan Tahun 5. Habis pukul 2.30 petang.
Malam, di rumah, aku menyambung kerja yang belum siap. Tiap-tiap malam, aku megadap laptop. Tidur pun di hadapan laptop. Malam ni aku mengemas kini EMIS. Ada lagi. Tinggal jadual waktu yang belum dikemas kini. Memang bulan ni akan keluar banyak ralat.
Malam, di rumah, aku menyambung kerja yang belum siap. Tiap-tiap malam, aku megadap laptop. Tidur pun di hadapan laptop. Malam ni aku mengemas kini EMIS. Ada lagi. Tinggal jadual waktu yang belum dikemas kini. Memang bulan ni akan keluar banyak ralat.
Subscribe to:
Posts (Atom)
