Aku bertolak dari Banting pada pukul 12.30 tengah hari. Aku memandu dengan tenang. Lagi pun kenderaan tidak banyak. Aku sentiasa mengawasi meter keretaku agar tidak melebihi 110 kmj. Aku sampai di perkarangan kuarters pada pukul 3.45 petang. Aku bergegas keluar dari kereta dan menaiki tangga. Tapi, langkahku terhenti. Aku terkejut apabila melihat seekor anjing berada di antara tingkat 3 dan tingkat 4. Anjing itu memandang ke arahku. Aku terus turun tangga. Kebetulan, ketua blok keluar. Aku terus memaklumkan padanya bahawa ada seekor anjing di atas. Dia membawa kayu lalu menaiki tangga. Ketika menunggu di bawah, anak-anak ketua blok memberitahu bahawa ada tiga ekor anjing telah naik ke tingkat empat. Takut aku mendengarnya. Ketua blok memberitahu bahawa anjing itu tidak mahu berganjak. Aku menaiki tangga dengan ditemani oleh anak-anak ketua blok. Malam itu, aku tidak jadi pergi ke rumah Kak Ira di Bukit Siput. Malam ni dia buat kenduri dan bacaan Yasin. Aku mesej padanya. Bukan kerana penat tapi takut anjing yang ada di bawah.
Sebelum ini, aku pernah lihat anjing tersebut di tempat tong sampah sewaktu pulang dari sekolah. Aku sempat merakam gambar anjing tersebut. Aku sendiri tidak tahu apa hendak jadi dengan kawasan kuarters ni. Pihak tertentu pulak hanya tahu menuding jari mencari kesalahan kami yang tinggal di kawasan kuarters ni. Mereka tidak pernah ambil tahu kebajikan penghuni di kawasan ini. Elaun rumah dipotong. Katanya untuk pembangunan la.. Tapi, bumbung kuarters tetap bocor gak. Tambah adanya anjing berkeliaran. Keselamatan kami dan anak-anak penghuni kuarters ini sudah tidak terjamin lagi. Bukan setakat keselamatan tidak terjamin, dari segi kebersihan juga tidak terjamin. Ya lah, mana tahu, anjing tu kan haram. Kami berharap pihak pembangunan yang tertentu dapat mengambil tindakan segera tentang perkara ini. Sampai bila? Hendak tunggu nasi menjadi bubur ke?
Nurbisa : Beginilah nasib penghuni kuarters...

No comments:
Post a Comment