Pena Cahaya Penawar ... Tercatat segala suka duka ...mencipta memori... mengabadikan kenangan dalam menghiasi hidup...
Sunday, May 30, 2010
Tulis Apa Aje
Setelah lama tidak menulis di ruangan Tinta Nurbisa ini, terasa rindu pula. Bukan apa. Aku menyepi bukan kerana merajuk atau kecewa tetapi terlalu sibuk dengan tugas sekolah dan aktiviti sekolah. Tugas ini lebih penting daripada segalanya. Aku mesti mengutamakan tugas sekolah berbanding dengan perkara lain. Tetapi keluargaku juga penting. Aku kan menulis apa saja.
Tuesday, May 4, 2010
Simfoni Kasih
Dengarlah lagu merdu
Simfoni rayuan kalbu
Membisik rasa pilu
Hati rindu
Tersusun nada nan indah
Kau bisik seribu kata
Membelai jiwa lara
Hati luka
Pohon daku di angin lalu
Bawakanlah simfoni syahdu
Sampaikanlah lagu hatiku
Untukmu simfoni kasihku
Dengarlah lagu merdu
Simfoni rayuan kalbu
Membisik rasa pilu
Hati rindu
Bunga Itu
SEKUNTUM BUNGA YANG MERAH
DI DALAM TAMAN ITU
BAUNYA HARUM DAN MEWANGI
INDAH DAN SUCI...
TERPESONAKU MEMANDANGMU
TERSENTUH JUA HATIKU
MELAMBAI-LAMBAI BUNGA ITU
DITIUP BAYU...
INGIN KUCAPAI DAN KUBELAI
DENGAN SEPENUH HATI
TAPI OH...SAYANGNYA BUNGA ITU
DIKELILINGI DURI...
KUCUBA UNTUK MENCAPAIMU
TERTUSUK JUA JARIKU
LANTAS TERLUKA DAN BERDARAH
KU TAK BERDAYA...
KU TAK BERDAYA...
Nurbisa: Mutiara membasahi pipi pabila kuhayati bait2nya...Tambah apabila hati berbaur dengan kesedihan
DI DALAM TAMAN ITU
BAUNYA HARUM DAN MEWANGI
INDAH DAN SUCI...
TERPESONAKU MEMANDANGMU
TERSENTUH JUA HATIKU
MELAMBAI-LAMBAI BUNGA ITU
DITIUP BAYU...
INGIN KUCAPAI DAN KUBELAI
DENGAN SEPENUH HATI
TAPI OH...SAYANGNYA BUNGA ITU
DIKELILINGI DURI...
KUCUBA UNTUK MENCAPAIMU
TERTUSUK JUA JARIKU
LANTAS TERLUKA DAN BERDARAH
KU TAK BERDAYA...
KU TAK BERDAYA...
Nurbisa: Mutiara membasahi pipi pabila kuhayati bait2nya...Tambah apabila hati berbaur dengan kesedihan
Monday, May 3, 2010
Apa lagi...mulalah aku...
Aku berehat sekejap sambil menonton televisyen. Kemudian kedengaran waktu Maghrib dari surau. Selepas itu, aku masuk ke bilik untuk sembahyang Maghrib. Selepas sembahyang Maghrib, aku duduk dan merenung di hadapanku. Tiba-tiba hatiku sayu dan sedih. Apa lagi, mulalah aku...Mungkin aku terlalu penat dan tidak tahu kepada siapa untuk aku meluahkannya di saat seperti ini. Lagi pun aku tidak mahu menyedihkan orang lain. Biarlah mereka gembira.
Personaku dirawat hari ini..
Selepas kelas tambahan, aku menghantar Persona ke bengkel kereta EON. Hari ini, ia perlu diservis. Meter yang ditunjukkan sudah melebihi meter servis yang ditetapkan. Selepas berurusan. Aku mengajak Kak Timah pergi ke kedai makan. Perutku dari tadi berkeroncong. Pedih rasanya. Hari ini, aku hanya bersarapan pagi. Selepas makan, aku dan Kak Timah pergi ke kedai buku. Sebelum itu, kami mengambil Husin, anak Kak timah di Kg. Jawa. Semasa hendak membuat pembayaran, orang dari bengkel EON telefon memaklumkan kaunter pembayaran servis kereta hendak ditutup. Kami bergegas ke sana. Setelah membuat pembayaran, aku terpaksa menunggu kerana keretaku belum siap dicuci. Bersih Personaku. Suka tengok Personaku bersih. Semasa memandu pulang, terasa selesa kupandu Persona. Biasalah kan baru servis. Aku sampai di tumah hampir pukul 6 petang. Setelah berehat, aku mandi dan sembahyang Asar. Kemudian tonton cerita "Adamaya". Penatku belum hilang. Tapi lega..Personaku sudah dirawat...
Penatku tidak diendah..
Hari ini aku berasa penat. Hendak kata tak sarapan, aku sudah makan kuih dan minum air nescafe. Tapi, aku tidak mengadu kepenatanku itu. Aku tetap tersenyum dan ketawa di hadapan kawan-kawanku. Waktu rehat, aku tidak makan sebab masa reliefku hampir. Aku menyiapkan lembaran kerja untuk anak-anak muridku. Pada 5 Mei hingga 7 Mei 2010, aku ada bengkel KOMSAS di sekolah STAR bermula jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Selepas itu aku masuk ke kelas. Bunyi loceng, aku terus ke pejabat, menyiapkan kerjaku tadi. Aku rasa sungguh penat. Pukul 12.20 hingga 1.20, ada kelas Pendidikan Muzik, Tahun Dua. Sebelum masuk ke kelas, aku mesej. Aku mengadu penat. Kali kedua baru dibalas. Acuh tak acuh je ayatnya. Aku tetap senyum biarpun di hatiku sebaliknya. Penatku hanya paparan skrin sahaja. Tidak diendah. Aku terus mengajar lagu yang bertajuk "Kasih Ibu". Perasaanku yang bercampur baur menyebabkan terasa sebak pabila mendendangkan lagu ini. Kutahan dan kuatkan diri.
Subscribe to:
Posts (Atom)
