Selepas kelas tambahan, aku menghantar Persona ke bengkel kereta EON. Hari ini, ia perlu diservis. Meter yang ditunjukkan sudah melebihi meter servis yang ditetapkan. Selepas berurusan. Aku mengajak Kak Timah pergi ke kedai makan. Perutku dari tadi berkeroncong. Pedih rasanya. Hari ini, aku hanya bersarapan pagi. Selepas makan, aku dan Kak Timah pergi ke kedai buku. Sebelum itu, kami mengambil Husin, anak Kak timah di Kg. Jawa. Semasa hendak membuat pembayaran, orang dari bengkel EON telefon memaklumkan kaunter pembayaran servis kereta hendak ditutup. Kami bergegas ke sana. Setelah membuat pembayaran, aku terpaksa menunggu kerana keretaku belum siap dicuci. Bersih Personaku. Suka tengok Personaku bersih. Semasa memandu pulang, terasa selesa kupandu Persona. Biasalah kan baru servis. Aku sampai di tumah hampir pukul 6 petang. Setelah berehat, aku mandi dan sembahyang Asar. Kemudian tonton cerita "Adamaya". Penatku belum hilang. Tapi lega..Personaku sudah dirawat...
No comments:
Post a Comment