Apa lagi yang hendak kukatakan jika itu kemahuannya.Kubiarkan sahaja. Aku hanya mampu melihat. Tapi tak mampu lagi untuk mengungkap kata-kata. Kata-kataku bagaikan debu yang ditiup angin. Tak memberi makna dan tak meninggalkan kesan. Hilang pabila disapu dengan penjelasan. Diriku hanya mampu mengukir senyuman. Kata-kataku hanya layak dilafazkan dalam hati. Pandanganku begitu tipis buatnya. Tambahan aku tidak layak untuk menghalangnya. Kemahuannya mengatasi segalanya. Ia menggembirakan hatinya setelah sekian lama. Demi kemahuan dan kegembiraannya, kupasrah dengan kepercayaan dan kesabaran yang tetap utuh.
No comments:
Post a Comment