SETIAP CERITA... TERCIPTA DAN TERSIMPAN MEMORI

Monday, May 3, 2010

Penatku tidak diendah..

Hari ini aku berasa penat. Hendak kata tak sarapan, aku sudah makan kuih dan minum air nescafe. Tapi, aku tidak mengadu kepenatanku itu. Aku tetap tersenyum dan ketawa di hadapan kawan-kawanku. Waktu rehat, aku tidak makan sebab masa reliefku hampir. Aku menyiapkan lembaran kerja untuk anak-anak muridku. Pada 5 Mei hingga 7 Mei 2010, aku ada bengkel KOMSAS di sekolah STAR bermula jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Selepas itu aku masuk ke kelas. Bunyi loceng, aku terus ke pejabat, menyiapkan kerjaku tadi. Aku rasa sungguh penat. Pukul 12.20 hingga 1.20, ada kelas Pendidikan Muzik, Tahun Dua. Sebelum masuk ke kelas, aku mesej. Aku mengadu penat. Kali kedua baru dibalas. Acuh tak acuh je ayatnya. Aku tetap senyum biarpun di hatiku sebaliknya. Penatku hanya paparan skrin sahaja. Tidak diendah. Aku terus mengajar lagu yang bertajuk "Kasih Ibu". Perasaanku yang bercampur baur menyebabkan terasa sebak pabila mendendangkan lagu ini. Kutahan dan kuatkan diri.

No comments:

Post a Comment