SETIAP CERITA... TERCIPTA DAN TERSIMPAN MEMORI

Sunday, February 28, 2010

Cuti...Bola Jaring

Tiga cuti kuhabiskan masa dengan melatih murid-murid bermain bola jaring di padang sekolah. Bukan setakat melatih. Aku turut menyertai mereka. Bukan aku seorang. Sal, Kak Ana, Kak Wati, Iqah dan tunang Zarifi. Mereka juga turut bermain bola jaring. Aduhhh..muka pun terbakar...Namun, demi murid-murid, ku bersama-sama mereka di tengah padang, di bawah cahaya matahari... Hilang stress sebenarnya dan badan pun boleh slim... Biarpun penat...hehehehehehe...Sebenarnya, sudah lama aku meninggalkan permainan ni...kerjaku banyak kuhabiskan dengan duduk di depan komputer. Tapi, tahun ni, ku join semula dengan mereka. Sama-sama turun ke padang. Bermain sambil melatih mereka. Seronok...

Thursday, February 25, 2010

Begitu Indah...Anugerah Tuhan

Kita minta kepada TUHAN setangkai bunga segar...
Dia beri kaktus berduri...
Kita minta kupu-kupu...
Diberi ulat berbulu...
Kita sedih dan kecewa...
Namun..Kemudian...
Kaktus itu berbunga indah sekali..
Dan ulat berbulu itupun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik.
Itulah jalan TUHAN..
Indah pada masaNya...
TUHAN tidak memberi apa yang kita harapkan...
Tapi ... Dia beri apa yang kita perlukan...
Kadang kita sedih, kecewa dan terluka...
Tapi... Jauh di atas segalaNya...
Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita..


Puisi ini dihantar oleh Kak Ana...


Nurbisa : SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL.....Buat semua umat Islam...

PROTIM

Hari ini, aku beri praujian PROTIM kepada murid-muridku, Suraya, Lavaniya, Anira dan Nor Afini. Sebenarnya, dua orang sahaja murid PROTIM tahun lepas iaitu Suraya dan Lavaniya. Tetapi, aku hendak uji Nor Afini dan Anira. Alhamdulillah..keputusannya memuaskan. Semua lulus sama ada ujian bacaan atau ujian penulisan. Syabas, cikgu ucapkan. Cikgu bangga dengan kalian. Semoga kalian terus berusaha untuk mencapai keputusan yang cemerlang.

Bacaan
1. Nor Shafika Anira = 100%
2. Suraya = 99%
3. Nor Afini = 98%
4. Lavaniya = 96%


Penulisan
1. Nor Shafika Anira = 91%
2. Suraya = 94%
3. Nor Afini = 97%
4. Lavaniya = 95%

Wednesday, February 24, 2010

Terkilan

Apa nak diucapkan lagi jika apa yang dilakukan tidak dihargai. Tidak kusangka perkataan itu yang akan terkeluar daripada bibir. Itu hanya kebetulan yang kudengar..entah apa lagi yang dikata..hanya Dia yang Maha Tahu. Terkilan aku dengan sikap manusia seperti ini. Di hadapan, bukan manis menyusun kata diselit dengan gurauan mesra...tapi di belakang,...

Tuesday, February 23, 2010

Dua dalam Satu...

Cikgu Supian mengingatkan aku tentang taklimat hari ini. Dalam rutinku hari ini,hanya mesyuarat PSV sahaja.Yang mana satu hendak pergi ni...Taklimat kepegawaian sukan MSSK Selatan atau Mesyuarat Pendidikan Seni Visual?Aku lihat kedua-dua surat. Masa kedua-dua sama. Tapi tempat berlainan. Taklimat di sekolahku. Mesyuarat di PKG Segamat Baru. Fikir-fikir..Akhirnya,aku pilih taklimat dulu. Nanti aku minta kebenaran daripada Cikgu Sulaiman untuk minta diri awal. Tepat pukul 2.30 petang, taklimat bermula. Rupanya taklimat ini ringkas sahaja. Setelah mengenali ketua hakim lompat tinggi, aku bergegas ke PKG Segamat Baru. Alhamdulillah..belum habis lagi. Sempatlah aku mengikuti perbincangan PSV ini. Aku lihat ada guru-guru yang mendengar sahaja dan menitik berat guru-guru yang opsyen sahaja. Apa beza guru-guru opsyen yang baru dengan guru - guru yang berpengalaman dalam bidang seni? Hanya kerana guru-guru tersebut berkelulusan universiti dan bergred gaji DG41? Bagaimanakah hendak menilai murid-murid yang berbakat seni jika guru-guru yang mempunyai bakat seni dinilai seperti itu? Mesyuarat habis pukul 5.00 petang.

Aduhhh..Lambat hari ini...

Hari ini aku lambat sampai ke sekolah. Aku sampai pada pukul 7.35 pagi. Buku kehadiran sudah ada di hadapan Madam. Apabila melihatku beliau terus menghulurkan buku itu dan berkata selalunya aku datang awal dan dia pelik melihat guru tidak cukup apabila dikira sambil tersenyum memandang ke arahku. Aku membalas senyumannya dan mengiyakan kelambatanku. Syukur ..Madam tidak minta alasanku lambat. Aku menulis pada buku kedatangan guru dengan masa yang dicatat di ruangan buku itu. Aku melihat jam di tangan dan memang itu masanya. Setakat ini, aku akan menulis masa yang aku sampai sama ada aku cepat atau lambat, masa yang ditunjuk pada jarum jam itulah yang kucatat. Kalau pukul 7.20 pagi, aku kan tulis 7.20 pagi bukan 7.15 pagi atau 7.10 pagi. Kalau 7.25 pagi, kutulislah 7.25 pagi, bukannya 7.15 pagi atau 7.20 pagi. Biasanya aku akan sampai sebelum loceng berbunyi. Tapi, hari ini...Aduhhhhhh....Kena disiplinkan diriku semula. ...Malu sebenarnya...satu lagi, sikap beginikah yang hendak kutunjukkan pada anak-anak muridku? Soal diriku pada diriku...Apa la....



Nurbisa: Beginilah..kalau betul2 bercuti...ishk..ishk..ishk..

Sunday, February 21, 2010

Gaya Auni Najihah

Auni Najihah pantang melihat buku. Kakaknya sibuk menulis, dia pun kan sibuk menulis. Gayanya seperti kanak-kanak dewasa. Pandai memegang pensel. Usianya baru mencecah setahun. Aku dan adik-adikku ketawa melihat gayanya yang bersahaja walaupun gambarnya dirakam. Auni tidak menghiraukan keadaan sekelilingnya. Dia leka melakar pada buku di hadapannya.
Dia akan menangis jika bukunya diambil atau abangnya mengusiknya. Semoga sikapnya ini dibawa hingga dewasa.