Pena Cahaya Penawar ... Tercatat segala suka duka ...mencipta memori... mengabadikan kenangan dalam menghiasi hidup...
Monday, January 17, 2011
Makan-makan
Semasa di perpustakaan, aku mencetuskan idea kepada Kak Ana, makan di Marry Brown. Ajak Kak Timah. Aku menelefon Kak Timah. Dia bersetuju. Selepas Kak Ana habis kelas tambahan dan kami selesai solat Zohor, kami ke tempat yang dituju. Kak Timah pergi ke sekolah Kg. Jawa untuk menguruskan pertukaran anaknya, Husin. Kami sampai dulu. Aku mengajak Kak Ana ke kedai kasut bata di hadapan sementara menunggu Kak Timah. Kak Ana membeli sepasang sandar. Kemudian kami masuk ke Marry Brown. Kami order menggunakan kad yang kami terima tadi. Kami dapat membeli makanan dengan harga RM5.00 sahaja. Tapi mesti ada kad promosi itu. Kami pulang pada pukul 5.30 petang. Aku menghantar Kak Ana pulang.
Penyelaras Kelas Tambahan 2011
Tahun ini memandangkan Kak Timah telah dipindahkan ke sekolah lain. Aku mengambil alih kerja sebagai penyelaras kelas tambahan. Mulanya aku rasa berat untuk menerimanya. Tetapi setelah difikir berulang kali dengan tenang. Aku terima dan bersetuju dengan jawatan yang baru itu. Aku rela dan tiada paksaan daripada sesiapa. Aku akan belajar daripada Kak Timah nanti cara untuk mengagihkan duit kepada mereka. Semoga aku dapat menjalankan tugas ini dengan baik. Harap tidak akan berlaku kelewatan dari segi bayaran.
Sunday, January 16, 2011
Kuliah Pertama sesi 2
Hari ini bermula kuliah pertamaku untuk sesi kedua setelah berehat selama 2 bulan. Kelas bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 2.00 petang. Pendaftaran juga dibuat pada hari ini. Cuma bayarannya belum lagi. Sesi kedua ada tiga subjek.
Friday, January 14, 2011
Lemah kerana terkilan
Aku pulang ke rumah. Aku tidak melakukan apa-apa kerja. Aku termenung dan merenung sekelilingku. Aku malas hendak membuat kerja sekolah walau pun masih banyak lagi. Aku rasa terkilan sangat. Banyak perkara yang dilakukan bersama.
Sedih..Apakan Daya
Hari ini,seperti biasa aku ke sekolah. Hari ini bangun awal, goreng telur untuk dibawa ke sekolah. Aku banyak free hari ini. Selepas rehat, aku masuk ke kelas. Hampir 10 minit masaku hendak habis. Sal datang jumpa aku. Sedih..Geram..Kecewa..dan terkejut dengar berita daripada Sal. Aku cuba menahan sebak di dada dan masuk semula ke dalam kelas. Loceng berbunyi. Aku melepaskan murid-murid keluar ke makmal Sains. Aku masih berada di kelas itu. Akhirnya aku tidak dapat menahan sebakku. Mengalir juga air mataku. Aku menangis. Apabila Kak Timah datang hendak bagi tahu, aku tunduk dan buat sibuk dengan buku rekod mengajarku. Aku tak sanggup melihat muka Kak Timah. Dalam hatiku..sampainya hati. Begitukah nasib orang yang menurut apa sahaja arahan? Nasib Kak Timah....Aku!...
Thursday, January 13, 2011
Mesyuarat EMIS yang pertama 2011
Tepat pukul 2.00 petang aku bergegas ke SK Bukit Hampar. Mengambil Kak Arija yang sama-sama hendak menghadiri mesyuarat. Sampai di pekarangan STAR, aduh...susah gak nak parking kereta. Sewaktu hendak memusing kereta, tiba-tiba jaga datang dan beritahu tempat parking lain. Aku bukan hendak letak di sini...ishk apa la. Aku lihat ada seorang guru di tingkat dua bangunan di hadapan kami. Guru itu memandang je. Eleh..aku bukannya nak langgar kereta dia. Dia memandang dengan muka yang serius..tak da kemesraan langsung di wajahnya. Apa la...Akhirnya kami parking di tempat lain. Mesyuarat di tingkat tiga.
Mesyuarat yang diadakan bukan sahaja mesyuarat emis tetapi mesyuarat ict. Kedua-dua berkaitan dengan tugasku di sekolah. Maklumat yang aku dapat daripada En.Saharudin,unit ICT, mulai Februari 2011, schoolnet akan dibayar. ADSL,RM598. Kemudian mesyuarat EMIS, mesti kemas kini data sehingga 15 Januari dan berakhir 17 Januari 2011. Mesyuarat habis pada pukul 3.30 petang. Aku terus keluar. Selepas menghantar Kak Arija, aku singgah di bandar.
Mesyuarat yang diadakan bukan sahaja mesyuarat emis tetapi mesyuarat ict. Kedua-dua berkaitan dengan tugasku di sekolah. Maklumat yang aku dapat daripada En.Saharudin,unit ICT, mulai Februari 2011, schoolnet akan dibayar. ADSL,RM598. Kemudian mesyuarat EMIS, mesti kemas kini data sehingga 15 Januari dan berakhir 17 Januari 2011. Mesyuarat habis pada pukul 3.30 petang. Aku terus keluar. Selepas menghantar Kak Arija, aku singgah di bandar.
Tuesday, January 11, 2011
Hari Hol Sultan Johor 2011
Hari cuti tapi bagiku tak da istilah cuti hari ini. Aku siapkan kerja-kerja yang diberi. Tanda buku murid-murid. Makan pun tak sempat. Hinggakan kawan serumahku cakap aku ni lebih daripada dia yang hendak ambil peperiksaan. Sudah lama kami tidak menonton televisyen atau berborak. Sibuk...
Subscribe to:
Posts (Atom)
