SETIAP CERITA... TERCIPTA DAN TERSIMPAN MEMORI

Monday, June 14, 2010

Harianku

14 Jun 2010 - Aku bangun pagi. Selepas hantar Atuk dan Faiz ke Klinik Kesihatan Bandar Putra, aku memandu menuju ke sekolah. Aku siapkan buku pelaporan Adab Belajar Tahun Dua dan Tahun Enam. Setelah siap melengkapkan buku tersebut, aku pulang. Sebelum sampai di rumah, aku singgah membeli sarapan dan lauk untuk makan tengah hari dan malam. Di rumah, aku membasuh baju dan mengemas rumah. Kemudian aku menonton televisyen sambil melengkapkan buku pelaporan Adab Belajar Tahun Lima, kelasku sendiri. Tetapi aku tidak boleh menyiapkannya kerana masih ada mata pelajaran lain yang belum dilengkapkan dalam buku tersebut. Waktu petang, baru aku makan.Itu pun kerana perutku sudah terasa pedih. Lagi pun, dadaku masih terasa sakit. Kesan daripada memaksa memuntahkan makanan semula. Oleh kerana itu juga, aku tidur di rumah Kak Ana. Aku berada di rumah pada waktu siang sahaja.

Pemberian

AKU TIDAK AKAN MENERIMA SESUATU YANG DIPAKSA UNTUK MEMBERIKANNYA PADAKU. BIARLAH PEMBERIAN ITU DENGAN HATI YANG IKHLAS TANPA ADA PERASAAN MARAH ATAU PAKSAAN ATAU SEKADAR UNTUK MEMUJUK.

Sunday, June 13, 2010

TIADA APA...TIADA CERITA

KUPENDAM SEGALA KESEDIHAN DALAM KEHIDUPAN INI DEMI SEBUAH KEBAHAGIAAN YANG BUKAN MILIKKU. AKU HANYA MEMILIKI KESEPIAN.KUBERIKAN SENYUMAN. HATIKU MENGALIRKAN AIR MATA. SETIAP APA YANG KULIHAT DI SEBALIK DINDING RAHSIA MEMBINA SEBAK DI HATI. TIADA LAGI KEBERANIAN DIRI UNTUK KUSENTUH KERANA SUDAH DINOKTAH LARANGAN. SEKADAR DILIHAT. WALAUPUN SEMUANYA PERKARA YANG SAMA SETIAP MASA. KULENGKAPKAN SEMULA YANG KUHILANGKAN UNTUK KEGEMBIRAAN HATI. BIARPUN IANYA SUDAH TIDAK DIPERLUKAN LAGI KERANA SUDAH ADA YANG BARU DAN BIMBANG HILANG LAGI SEPERTI YANG SEDIA ADA. APA LAGI YANG ADA. TIADA LAGI CERITA.

Tidak Jadi

13 Jun 2010- aku tidak pergi ke mana-mana. Aku tidak jadi pergi ke Banting seperti yang dirancang. Keadaan tidak mengizinkan. Aku hanya di rumah. Kalau bosan, aku pergi ke rumah kawan.

Terasa

Aku selalu ingat. ...Tapi..Apakah aku akan terus begini? Kehidupan yang sama dari kecil hingga dewasa ini. Aku terasa tapi apakan daya. Aku tiada hak. Kepercayaan tiada lagi buatku. Walaupun sedih..itulah yang nyata kini.

Saturday, June 12, 2010

Kenduri di Gersik

12 Jun 2010, Sabtu - Hari ini aku pergi ke kenduri di rumah mertua Kak Yie,kakakku. Rumah kendurinya terletak di Kg. Parit Raja, Gersik,Ledang. Aku pergi dengan Abah, Umi dan Abang Na sekeluarga. Sebelum balik, kami singgah solat di Masjid Gersik. Selepas itu, kami singgah di Tangkak. Sebenarnya hari ini, aku juga ada kenduri di Segamat.

Friday, June 11, 2010

Jalan-jalan ke Melaka, Muar

10 Jun 2010, Khamis - Aku pergi ke Melaka bersama dengan Kak Timah sekeluarga. Kami bertolak ke Melaka pada pukul 4.30 petang. Kami singgah di Masjid Tangkak untuk solat Asar. Kami sampai di pasaraya Jusco pada pukul 7.35 mlm. Selepas itu, kami pergi ke bandar hilir Melaka. Kami menginap di hotel. Malam tu, kami sempat melepak di dataran. Aku lihat ramai anak muda berkumpul di situ. Kami sekejap sahaja di situ. Kepalaku mula terasa berdenyut. Tapi aku tahan. Sampai di hotel, aku terus tidur. Aku terasa penat dan sakit kepala. Badanku terasa seram sejuk. Akhirnya aku tertidur. Aku tersedar pada pukul 5 pagi.Memang masaku bangun. Tapi sebelum tu, aku sudah sedar. Tempat baru, biasa la.

11 Jun 2010, Jumaat - Aku bangun awal. Aku turun panaskan enjin kereta dan letak kertas parking. Kemudian aku beli roti. Kepalaku masih berdenyut. Hari ini, kami pergi ke pasaraya Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan. Aku hanya menemani mereka membeli belah. Aku tidak selesa hari ini kerana perutku asyik memulas sahaja dan kepalaku berdenyut. Tengah hari, aku makan tetapi...terpaksa muntahkan semula apa yang aku makan. Begitu juga dengan Kak Timah dan Al. Selepas Melaka, kami pergi ke Muar. Makan di Tanjung Emas. Kemudian, kami pulang. Selepas itu, kami pulang. Kami tiba di rumah pada pukul 9 lebih...