SETIAP CERITA... TERCIPTA DAN TERSIMPAN MEMORI

Sunday, March 14, 2010

Kawan

Sesekali…

Jadilah kawan yang mendengar

Dari yang hanya bercerita

Ambillah masa dan kosongkan ruang

untuk memahami hati dan perasaan kawan

Kerana dia juga seorang manusia…

Punya jiwa dan perasaan..

Ada rasa takut dan bimbang,

Ada rasa sedih dan kecewa

Dia juga ada kelemahan dan kekurangan

Namun…

Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan

Perlukan kawan untuk ketidakadilan

Kawan untuk berbicara…

Jadilah kita kawannya itu

Ada ketika…

Kita selalu melihat dia ketawa,

Tetapi mungkin sebenarnya

Dia tidak setabah yang kita sangka

Di sebalik senyumannya itu

Mungkin banyak cerita sedih

Yang ingin diluahkan

Yang ingin dikongsikan

Di sebalik ketenangannya

mungkin tersimpan seribu kekalutan

Sejuta kekusutan…

kita tidak tahu…

Apa rahsia disebaliknya…

Kita tidak dapat jawapannya…

tetapi …jika kita cuba jadi sahabat seperti dia

mungkin kita akan tahu…rahsia di hatinya




Nurbisa : Sebenarnya memang sukar untuk mencari kawan yang sanggup melalui suka duka bersama jika dia

tidak memahami diri kita...

Saturday, March 13, 2010

Kemas Kini Blog

Syukur...Alhamdulillah.. Sikit-sikit kuubah blog Srikandi. Aku terpaksa mencari ilmu sendiri untuk memastikan blog sekolah sentiasa berubah coraknya. Aku banyak membuka blog guru-guru lain untuk mencari sesuatu yang lain. Aku banyak dapat ilmu dari situ. Tapi, impianku, aku ingin belajar dalam dunia ICT dan mempraktiknya untuk diriku, sekolah dan anak-anak didikku. Aku pernah bertanya kepada mereka yang berkemahiran, tapi jawapannya hampa dan mengecewakanku. Namun, jawapannya telah membakar semangatku untuk belajar dalam dunia ICT. Tapi, ada juga yang sanggup mengajarku dalam selok-belok menghasilkan banyak gambar. Terima kasih, kawan. Apa yang aku dapat, aku luahkan dalam blog sekolah, Srikandi.. Wahai kawan-kawanku, berikanlah aku sedikit ilmu ICT yang ada pada dirimu!

Cuti

Hari ini bermulanya cuti. Sekolah kan dibuka pada 22 Mac 2010. Aku tidak pulang ke kampung. Bukan sebab tak nak balik...tapi ada kerja yang perlu disiapkan. Apabila sekolah dibuka, aku kan sibuk dengan program Kempen Anti Dadah, Rokok dan AIDS, sukan MSSD dan Mesyuarat Agung Pibg kali ke-35. Hari ini, aku lengkapkan Laporan Adab Belajar dan tanda buku budak-budak. Nanti, mesti siapkan agihan tugasan kempen dan mesyuarat untuk memudahkan guru-guru menjalankan tugas mereka. Nak siapkan minit curai lagi.. Semenjak aku gi mesyuarat atau kursus, aku belum buat minit curai lagi. Tapi, semua maklumat aku catat dengan baik dalam buku catatanku.



Nurbisa: teringat semasa temuduga...jawapan inilah yang kuberi semasa ditanya oleh penemuduga, mengapa tidak pulang ke kampung? Sibuk dengan tugas sekolah.....hehehehe

Monday, March 8, 2010

Protim dan ZOOM A

Alhamdulillah...syukur kepada Ilahi kerana hari ini aku dapat menyiapkan maklumat PROTIM dan ZOOM A. Maklumat PROTIM mesti dihantar ke PPD pada 8/3/10 - 10/3/10. Namun, lega rasanya. Manakala, maklumat ZOOM A juga telah siap. Mulai esok, guru-guru boleh membawa murid-murid melayari ZOOM A. Password akan ditampal di dalam kelas dan bilik komputer. Murid-murid juga boleh melayari ZOOM A di sekolah, di rumah atau di mana-mana.


Perhatian kepada murid-murid Tahun Enam...
Gunalah ZOOM A untuk membuat ulang kaji. Semoga ianya membantu kamu memahami tajuk-tajuk yang telah dipelajari dengan lebih baik.

Wednesday, March 3, 2010

Sedihnya..

Pabila kesedihan bertakhta di hati
Tiada bicara yang dilafaz lagi
Mutiara jernih mengalir sepi
Bersama rindu mengasak hati
Segalanya sukar dimengerti
Terlalu jauh penawar diri

Sunday, February 28, 2010

Cuti...Bola Jaring

Tiga cuti kuhabiskan masa dengan melatih murid-murid bermain bola jaring di padang sekolah. Bukan setakat melatih. Aku turut menyertai mereka. Bukan aku seorang. Sal, Kak Ana, Kak Wati, Iqah dan tunang Zarifi. Mereka juga turut bermain bola jaring. Aduhhh..muka pun terbakar...Namun, demi murid-murid, ku bersama-sama mereka di tengah padang, di bawah cahaya matahari... Hilang stress sebenarnya dan badan pun boleh slim... Biarpun penat...hehehehehehe...Sebenarnya, sudah lama aku meninggalkan permainan ni...kerjaku banyak kuhabiskan dengan duduk di depan komputer. Tapi, tahun ni, ku join semula dengan mereka. Sama-sama turun ke padang. Bermain sambil melatih mereka. Seronok...

Thursday, February 25, 2010

Begitu Indah...Anugerah Tuhan

Kita minta kepada TUHAN setangkai bunga segar...
Dia beri kaktus berduri...
Kita minta kupu-kupu...
Diberi ulat berbulu...
Kita sedih dan kecewa...
Namun..Kemudian...
Kaktus itu berbunga indah sekali..
Dan ulat berbulu itupun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik.
Itulah jalan TUHAN..
Indah pada masaNya...
TUHAN tidak memberi apa yang kita harapkan...
Tapi ... Dia beri apa yang kita perlukan...
Kadang kita sedih, kecewa dan terluka...
Tapi... Jauh di atas segalaNya...
Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita..


Puisi ini dihantar oleh Kak Ana...


Nurbisa : SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL.....Buat semua umat Islam...