SETIAP CERITA... TERCIPTA DAN TERSIMPAN MEMORI

Monday, February 8, 2010

Siap Jua akhirnya...

Alhamdulillah...Akhirnya siap jua Sistem Maklumat Murid (SMM). Berpinar biji mata mengadap komputer. Syukurlah..bilangan murid sekolahku tidak ramai. Hanya 162 orang sahaja. Aku sudah nekad untuk menghantarnya sendiri walaupun pada mulanya GPK HEM memberi pandangan agar PAR sekolah kami menghantarnya. Aku memberi pendapat dan alasan yang kukuh kepada GPK HEM dan dia bersetuju dengan pendapatku. Aku tidak puas hati jika tidak menghantarnya sendiri untuk mengelakkan data tersebut dipulangkan. Pada pukul 2.30 petang, aku bergegas ke PPD dan berjumpa dengan Encik Othman Bin Mon sendiri. Semasa aku menunggu, aku bertembung dengan Kak Jaliah. Dia juga ingin menghantar maklumat SMM sekolahnya. Syukur..data sekolahku tiada masalah. Semua maklumat yang dikehendaki ada dan data lengkap. Aku juga sempat bertanya tentang data jenis darah dan maklumat murid yang tiada maklumat bapa kepada Encik Othman Bin Mon. Terima kasih kepada GPK HEM dan semua guru kelas.



Nurbisa :Alhamdulillah...

Friday, February 5, 2010

Ralat...

Syukur...Alhamdulillah kerana akhirnya aku dapat menyiapkan sistem maklumat murid (SMM) hari ni.. Tetapi sayangnya..aku tidak dapat menghantar maklumatnya hari ini. Terasa ralat dalam diriku..Aku tidak mahu menyalahkan sesiapa. Ini ialah tanggungjawabku. Kuanggap kelewatanku menghantar maklumat ini dengan tepat merupakan kegagalanku. Biarpun bukan berpunca daripada diriku. Yang pasti, orang kan pandang diriku sebagai titik kesilapan yang utama. Kesilapan ini kuanggap satu pengajaran buatku. Dalam berbicara, perlu jaga agar tidak ada hati yang terluka. .


Nurbisa : Terasa juga...Apalah begitu...




Tuesday, February 2, 2010

Hadiah...


Terima kasih kepada Farzana, Syazana, Tey Ki En, Adriana, Anis dan Humairah kerana mengingati hari lahir cikgu.

Bukan hadiah cikgu pinta. Ingatan dan ucapan kalian sudah memadai bagi cikgu. Ucapan kalian ialah hadiah istimewa buat diri ini.

Namun, walau apa pun, terima kasih cikgu ucapkan...



Nurbisa : Terharu dengan pemberian anak-anak murid. Tetapi hadiah sebenarnya yang dinanti
dan diharapkan oleh guru ialah kejayaan anak-anak murid di dalam pelajaran iaitu
mendapat keputusan yang cemerlang.

Sunday, January 31, 2010

Impian Terlaksana

Akhirnya..impianku untuk menghasilkan blogspot sekolah telah tercapai. Terlaksana jua impianku ini pada hari lahirku, 30 Januari 2010. Syukur..Alhamdulillah. Aku mengambil masa setahun untuk mengadakan blogspot sekolah. Setelah aku mempelajari selok-belok penggunaan blogspot, akhirnya tercipta blogspot sekolah. Kunamakan blogspot sekolah dengan nama Srikandi, sempena nama majalah sekolah. Berbekalkan keyakinan dan semangat yang ada dalam diri, aku berjaya menyiapkan aktiviti sekolah sepanjang bulan Januari 2010. Semoga ianya kan kekal sepanjang masa.



Nurbisa : Hati berasa gembira setelah hasil kerja membuahkan hasil...Lega rasa...

Saturday, January 30, 2010

Sedih...Akukah Yang bersalah?...

Kepulanganku dari kursus disambut dengan khabar yang menyedihkan dan mengecewakan...Terkedu dan kelu lidahku untuk berkata. Berkecai kasih di hatiku yang baru berputik untuk mereka. Runtuh impian yang kuangan dan hendak kubina untuk mereka. Musnah peta perancangan yang telah kusediakan untuk mereka..Anak-anak membaca buku yang tidak sesuai dengan usia mereka. Bagaikan halilintar menyambar bumi.Berdesing telingaku. Berderau dan tersirat darahku. Kecut perutku. Luluh tangkai hatiku. Terhenti langkahku. 11 tahun aku mendidik insan kecil bergelar murid, tidak pernah kudapat hadiah seperti ini di hari lahirku daripada mereka. Salah siapa? Akukah yang bersalah?

Thursday, January 28, 2010

Kursus Literasi dan Numerasi ( LINUS )

Ini hari pertama aku berkursus di Hotel Seri Pelangi Muar. Aku pergi dengan Su Wan, guru sekolahku. Kursus yang kuhadiri ini ialah Kursus Literasi dan Numerasi ( LINUS ) . Kursus ini diadakan selama 3 hari bermula 27.1 hingga 29.1.2010. Pukul 8.30 mlm, barulah mula taklimat mengenai Program LINUS yang disampaikan oleh En.Rosli Bin Abdul @ Muhamad. Sebenarnya kursus ini untuk guru-guru Tahun 1. Kursus ni bukan paksaan bagiku..Aku rela hati menghadiri kursus ini kerana inginkan pengalaman dan pengetahuan tentang dunia Tahun 1. Bukan senang memikul tanggungjawab sebagai guru Tahun 1. Program ini akan menentukan kejayaan sekolah. Kalau sebelum ini, kejayaan sekolah bergantung pada keputusan UPSR tetapi mulai tahun ini, kejayaan LINUS penentu pencapaian sekolah.Matlamat Program LINUS ialah menjelang tahun 2012, murid-murid tiada masalah buta huruf. Peringkat LINUS bermula Tahun 1 hingga 3. Peringkat 1 ialah Tahun 1. Pada peringkat ini terdapat 3 saringan ujian yang wajib diambil oleh murid-murid Tahun 1 . Tiada seorang pun yang terkecuali. Saringan pertama bermula pada bulan Mac 2010, Saringan kedua pada bulan Jun dan Saringan ketiga pada bulan September. Saringan pertama , murid-murid perlu mencapai 87% , Saringan kedua-88% dan saringan ketiga - 90%. Soalan dibuat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.Selepas ujian saringan, murid-murid akan dikategorikan sebagai Murid Linus Tegar dan Murid Linus Biasa.



Nurbisa :

Wednesday, January 27, 2010

Borang SMM

Bermula minggu lepas...kumula siapkan maklumat SMM ( Sistem Maklumat Murid).Banyak yang perlu dlengkapkan. Tertinggal satu maklumat, maklumat lain yang hilang. Borang yang tidak lengkap, kuserahkan semula kepada murid-murid melalui guru kelas. Tahun ni kuminta bantuan guru kelas untuk mengumpul borang maklumat murid. Aku akan turun padang sendiri jika murid-murid telah diberi peringatan berulang kali daripada guru kelas mereka. Bukan apa, jika maklumat tidak lengkap, kerja-kerja pengisian data akan tergendala. Setakat ini..alhamdulillah hampir 80% telah siap. Tinggal kemas kini data murid yang tidak lengkap sahaja. Terima kasih kepada semua guru kelas. ..