Ini hari pertama aku berkursus di Hotel Seri Pelangi Muar. Aku pergi dengan Su Wan, guru sekolahku. Kursus yang kuhadiri ini ialah Kursus Literasi dan Numerasi ( LINUS ) . Kursus ini diadakan selama 3 hari bermula 27.1 hingga 29.1.2010. Pukul 8.30 mlm, barulah mula taklimat mengenai Program LINUS yang disampaikan oleh En.Rosli Bin Abdul @ Muhamad. Sebenarnya kursus ini untuk guru-guru Tahun 1. Kursus ni bukan paksaan bagiku..Aku rela hati menghadiri kursus ini kerana inginkan pengalaman dan pengetahuan tentang dunia Tahun 1. Bukan senang memikul tanggungjawab sebagai guru Tahun 1. Program ini akan menentukan kejayaan sekolah. Kalau sebelum ini, kejayaan sekolah bergantung pada keputusan UPSR tetapi mulai tahun ini, kejayaan LINUS penentu pencapaian sekolah.Matlamat Program LINUS ialah menjelang tahun 2012, murid-murid tiada masalah buta huruf. Peringkat LINUS bermula Tahun 1 hingga 3. Peringkat 1 ialah Tahun 1. Pada peringkat ini terdapat 3 saringan ujian yang wajib diambil oleh murid-murid Tahun 1 . Tiada seorang pun yang terkecuali. Saringan pertama bermula pada bulan Mac 2010, Saringan kedua pada bulan Jun dan Saringan ketiga pada bulan September. Saringan pertama , murid-murid perlu mencapai 87% , Saringan kedua-88% dan saringan ketiga - 90%. Soalan dibuat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.Selepas ujian saringan, murid-murid akan dikategorikan sebagai Murid Linus Tegar dan Murid Linus Biasa.
Nurbisa :
No comments:
Post a Comment