SETIAP CERITA... TERCIPTA DAN TERSIMPAN MEMORI

Sunday, January 24, 2010

Sibuk Urusan Sekolah

Sekarang ni..diriku sibuk dengan urusan sekolah. Sebagai guru data, aku mesti siapkan data murid. Tinggal dua minggu sahaja lagi. Data mesti dihantar sebelum 05 Februari 2010. Terima kasih kepada guru-guru kelas yang membantu mendapatkan maklumat daripada murid-murid. Sebelum ni, aku telah siap kemas kini data guru. Tapi hujung bulan ni mesti update lagi... Sekarang ni lak, waktu latihan sukan. Latihan bermula pada pukul 7.30 pagi hingga 9.30 pagi. Penat?...Memang penat...Tapi ini adalah tanggungjawab dan tugasku.

Sunday, January 10, 2010

WAJAH-WAJAH SI KECIL



Inilah wajah-wajah si kecil. Comelkan wajah mereka. Cute....hehehehehe...Pelbagai gaya. Kecil-kecil sudah pandai bergaya di hadapan kamera...



Nurbisa: Suka lihat gelagat dan keletah mereka...

Suasana Di Kebun Bunga












Gambar ni dirakam pada 6 Januari 2010 di sebuah kebun bunga di susur Jalan Pemuda 10. Kami berada di sini selama satu jam untuk memilih pokok bunga yang sesuai ditanam di kawasan sekolah. Sal ialah ketua keceriaan tahun ni...Ekin meminta Kak Ana membeli pokok cili untuk dijadikan sebagai bahan
pengajaran...hehehehe...banyak ayat yang boleh dibina dengan perkataan 'cili atau lada'. Pokok ni nanti akan diletakkan di Teratak ilmu, stesen Bahasa Melayu. Beberapa tahun lepas, aku memang suka menanam pokok bunga. Aku berasa puas dan terhibur apabila melihat pokok yang kutanam hidup subur. Hilang segala stress dan penat setelah kerja seharian. Tapi...kesibukanku telah membuatkan pokok yang kutanam 'merajuk' lalu mati. Sedih gak tapi apa boleh buat...Pada waktu tu, aku selalu pergi kursus dan sibuk dengan kerja. Sedangkan pokokku perlukan 'belaian' dan air secukupnya. Tambah pula, kawasan rumahku tak mengizinkanku meneruskan minatku. Insya-Allah...suatu hari nanti, aku akan kembali dengan hobiku ini. Walau pun kini, aku tidak berpeluang melakukannya tapi ianya tidak melupuskan minatku. Mungkin akan tertunai seiring dengan impianku nanti.

Friday, December 25, 2009

Suatu Kebetulan...e-kasih, Puncak Kasih, Jalinan Kasih ....

Semalam, Khamis, 24.12.2009, aku menghadiri taklimat Program e-kasih di Dewan SMK Sultan Alauddin Riayat Shah 1, Pagoh. Aku pergi bersama dengan Kak Arija dan Eja. Perjalanan mengambil masa selama 1 jam. Aku memandu kereta perlahan sahaja. Sebab hujan dan jalannya banyak selekoh berbahaya. Taklimatnya tidaklah membosankan. Kami didedahkan dengan program e-kasih. Tetapi, aku rasa macam cikgu ni akan jadi pegawai banci atau pegawai kebajikan masyarakat lak pada masa akan datang. Kami mesti tahu membezakan murid-murid miskin dan murid-murid miskin tegar sebelum mencalonkannya ke program e-kasih. Bukan senang tugas tu. Kami juga akan berdepan dengan masalah ibu bapa yang ingin mendapat bantuan walaupun anak mereka tidak layak. Program e-kasih ni sebenarnya akan diberi kepada murid-murid yang betul-betul memerlukan bantuan dan miskin tegar. Taklimat tamat pada pukul 12.30 tengah hari. Aku mengajak Kak Arija dan Eja pergi ke Muar. 30km dari Pagoh. Mereka bersetuju. Peluang jalan. Jalanlah. Lagi pun esok, cuti, hari Krismas. Kami sampai di bandar Muar, pada pukul 1.15 petang. Kami "window shoping" di Wetex Parade, Muar. Kemudian, kami singgah sembahyang di Masjid Jamek Sultan Ibrahim,Muar. Selepas itu, kami makan di Medan Selera Tanjung Emas. Kami makan mi Bandung Muar. Nak makan sate, kedainya dah tutup.Kami dapat lihat Selat Melaka dan Jambatan Sg.Muar. Dalam perjalanan balik, aku lihat pasar raya Giant.Hendak singgah, masa tidak mengizinkan. Kak Arija ajak pergi Bukit Gambir. Kedai kek. Aku memang tahu kedai tu. Aku pernah singgah dengan abangku. Kek di situ memang sedap. Kedai kek tu namanya Puncak Kasih. Kedai ni kepunyaan orang Melayu.Setelah membeli kek dan roti, Kak Arija memberitahu ada kedai soto yang sedap di kawasan ni. Tapi, kedainya tak buka lagi. Kami ketawa apabila memandang nama kedai tu..mengapa kami ketawa? Nama kedai tu, Jalinan Kasih. Mungkin secara kebetulan hari ini...Kami mendengar taklimat Program e-kasih, kami membeli kek di Kedai Puncak Kasih dan kami nak singgah beli soto di gerai Jalinan Kasih... Kami ketawa bersama mengenangkan perkataan "kasih" . . dan aku pula teringat satu lagi perkara yang boleh dikaitkan dengan perkataan ini pada hari ini...tapi ianya bukan kedai, gerai atau program...

Saturday, December 19, 2009

Kenangan Di Umbai, Melaka



























Gambar ini dirakam pada tahun lepas 2008.
Kenangan bersama kawan-kawan semasa makan di Umbai, Melaka. Kami order banyak makanan laut. Tempat ini terkenal dengan makanan laut yang segar. Sebenarnya nak hilangkan tension sebab hari ini, kertas soalan Falsafah sangat susah. Esok,ada satu lagi kertas. Selepas itu, tunggulah result keluar...

Nurbisa: Exam susah ke...senang ke...makan tetap makan

Monday, December 14, 2009

Makna-makna Bunga




Jika anda ingin melihat makna bunga dengan lebih jelas, klick pada gambar...Lihat sendiri maknanya...

Nurbisa: Makna ini kulayari dari internet...Bukan rekaan sendiri...

Sunday, December 13, 2009

Rajuk Hati

Rajuk..
Sensitif pabila mula terluka
Resah dilanda cemburu
Amarah menguasai hati
Keinginan tidak dituruti

Rajuk...
Mula diri membawa hati
Menurut kata hati
Memaksa diri melayan hati
Agar tidak memakan diri

Rajuk...
Mudah cair setelah dipujuk
Dengan belaian kasih dan sayang
Diikut segala kemahuan

Rajuk...
Menambah rasa sayang
Pengikat kasih sejati


Nurbisa : Boleh merajuk tetapi jangan lebih-lebih...