Semalam, Khamis, 24.12.2009, aku menghadiri taklimat Program e-kasih di Dewan SMK Sultan Alauddin Riayat Shah 1, Pagoh. Aku pergi bersama dengan Kak Arija dan Eja. Perjalanan mengambil masa selama 1 jam. Aku memandu kereta perlahan sahaja. Sebab hujan dan jalannya banyak selekoh berbahaya. Taklimatnya tidaklah membosankan. Kami didedahkan dengan program e-kasih. Tetapi, aku rasa macam cikgu ni akan jadi pegawai banci atau pegawai kebajikan masyarakat lak pada masa akan datang. Kami mesti tahu membezakan murid-murid miskin dan murid-murid miskin tegar sebelum mencalonkannya ke program e-kasih. Bukan senang tugas tu. Kami juga akan berdepan dengan masalah ibu bapa yang ingin mendapat bantuan walaupun anak mereka tidak layak. Program e-kasih ni sebenarnya akan diberi kepada murid-murid yang betul-betul memerlukan bantuan dan miskin tegar. Taklimat tamat pada pukul 12.30 tengah hari. Aku mengajak Kak Arija dan Eja pergi ke Muar. 30km dari Pagoh. Mereka bersetuju. Peluang jalan. Jalanlah. Lagi pun esok, cuti, hari Krismas. Kami sampai di bandar Muar, pada pukul 1.15 petang. Kami "window shoping" di Wetex Parade, Muar. Kemudian, kami singgah sembahyang di Masjid Jamek Sultan Ibrahim,Muar. Selepas itu, kami makan di Medan Selera Tanjung Emas. Kami makan mi Bandung Muar. Nak makan sate, kedainya dah tutup.Kami dapat lihat Selat Melaka dan Jambatan Sg.Muar. Dalam perjalanan balik, aku lihat pasar raya Giant.Hendak singgah, masa tidak mengizinkan. Kak Arija ajak pergi Bukit Gambir. Kedai kek. Aku memang tahu kedai tu. Aku pernah singgah dengan abangku. Kek di situ memang sedap. Kedai kek tu namanya Puncak Kasih. Kedai ni kepunyaan orang Melayu.Setelah membeli kek dan roti, Kak Arija memberitahu ada kedai soto yang sedap di kawasan ni. Tapi, kedainya tak buka lagi. Kami ketawa apabila memandang nama kedai tu..mengapa kami ketawa? Nama kedai tu, Jalinan Kasih. Mungkin secara kebetulan hari ini...Kami mendengar taklimat Program e-kasih, kami membeli kek di Kedai Puncak Kasih dan kami nak singgah beli soto di gerai Jalinan Kasih... Kami ketawa bersama mengenangkan perkataan "kasih" . . dan aku pula teringat satu lagi perkara yang boleh dikaitkan dengan perkataan ini pada hari ini...tapi ianya bukan kedai, gerai atau program...
No comments:
Post a Comment