SETIAP CERITA... TERCIPTA DAN TERSIMPAN MEMORI

Thursday, December 10, 2009

Penilaian

Sedihnya hati pabila diri dinilai

Umpama tiada pelaksanaan dibuat

Pilunya hati pabila diri diukur

Bagai tiada kerja yang dihulur

Apalah salah aku ditafsir begitu

Malaskah aku di mata mereka

Ingkarkah aku dengan arahan mereka

Burukkah budi bahasaku pada mereka

Kurangkah kerjasama yang kuberikan

Kurangkan sumbangan yang kucurahkan

Kurangkan bakti yang kutaburkan

Kurangkan masa yang kuperuntukkan

Inikah bahana jika lantang bersuara

Inikah bahana jika tersilap kata

Inikah balasan di atas pengorbanan...



Wednesday, December 2, 2009

Ekin dan Persona JLK3035








Personaku...Membawaku ke mana sahaja...Sejak memilikinya, Ekin sudah tidak berhujan atau berpanas lagi...Syukur...Alhamdulillah..
Sebelum memilikinya, Ekin mempunyai sebuah motosikal tetapi malangnya, motosikal itu telah dicuri orang. Hilang dan tidak dapat dikesan. Tarikh keramat pulak tu..08.08.2008 ( Jumaat ) dan telah banyak berjasa selama 8 tahun.
Kini, Ekin memiliki Persona bermula pada 21 Januari 2009. Ekin sudah tidak ada masalah hendak ke mana-mana. Ekin mesti menjaganya dengan baik supaya ia tidak memberi masalah kepada Ekin.
Ekin berterima kasih kepada Kak Ana yang memaksa Ekin belajar memandu kereta. Beliau sanggup menemani Ekin mencari tenaga pengajar kereta untuk Ekin sebab Ekin sudah tawar hati hendak belajar kereta di sebuah institut memandu ( tak perlu sebutlah nama tempatnya ). Kalau tidak, Ekin tidak dapat memiliki Persona. Terima kasih Kak Ana...Terima kasih juga kepada Kak Timah, Suzima dan Zahir, Kak Radziah, Kak Wati, Kak Ira dan kawan-kawan.

Tuesday, December 1, 2009

Berjalan-jalan di Mahkota Parade























Destinasi kami seterusnya ialah Mahkota Parade. Kami solat di sini. Kemudian, sementara ke tempat menjamu selera, kami singgah di kedai buku Tai Kuang. Ekin membeli sebuah novel yang bertajuk "Jika Kau Kekasih"( memenuhi minatku ). Al pula membeli sebuah buku motivasi. Selepas itu, kami ke tempat makan. Kami memilih Chicken Rice Shop. Menurut Kak Timah, Natasya, bekas anak murid SK Convent bekerja di sini. Beliau sempat menelefon Natasya. Ekin juga sempat bersembang dengannya.
Kemudian, kami ke bahagian Parkson. Kak Timah membeli beg tangan. Al cari baju untuk hilangkan sejuk semasa menghadiri kuliah nanti. Ekin...? Window Shoping je.. Cukuplah dengan novel. Tak dapat apa yang dicari, kami singgah di Mydin Mall...Mydin lagi.. hehehehe...bukan apa. Ada le. Kami bertolak dari Melaka pada pukul 8.45 malam. Kami sampai di Segamat pada pukul 10.45 malam. Kami makan malam di kedai hadapan JPJ lama. Tunggu punya tunggu...Ekin hanya dapat makan tomyam aje. Nasi goreng yang Ekin minta..tak dapat disediakan. Gerammm...tapi sabar je lah...Ekin sampai di rumah pada pukul 11.50 malam..



KAMPUNG BUKU MALAYSIA,MELAKA


Inilah suasana Kampung Buku Malaysia, Melaka yang kukunjungi bersama Kak Timah, Al dan Usyen pada 30 November 2009 ( Isnin). Ini pertama kali kami menjejak kaki ke Kampung Buku. Tak pernah kami pergi walaupun destinasi lawatan sekolah kami selalu di Melaka. Kami mengetahui tempat ini melalui Kak Ana. Keinginanku ke Melaka adalah untuk melihat sendiri tempatnya. Kata Kak Ana, tempatnya menarik. Tambah lagi, aku melihatnya berposing dalam gambar di tempat itu. Lagi aku ingin pergi. Kebetulan, Kak Timah mempelawa aku pergi ke Melaka. Apa lagi. Aku setuju aje walaupun pagi itu, aku ada mesyuarat AJK PIBG di sekolah. Tak nak pergi, aku sebagai setiausaha mesti ada. Kalau tak, siapa hendak catat minit. Jadi, macam iklan syampu,"Two in One". Selesai saja urusan di sekolah, pukul 11.45 pagi, kami bertolak ke Melaka. Sebelum pergi ke mana-mana, aku akan memaklumkannya. Aku sememangnya tiada masalah dengan selok-belok jalan ke Melaka dan kawasan Melaka. Yang penting, tempat yang diberitahu tepat. Kami berhenti di hadapan dataran Melaka sambil mata melihat keadaan sekeliling. Akhirnya kami dapat mengesan di mana Kampung buku. Rupanya berhampiran dengan kawasan Taman Botanikal, Melaka. Tapi...jauh ke dalam. Sesiapa hendak ke sana mesti menaiki kereta. Sampai juga kami ke tempat yang dituju. Setelah melihat suasananya..baru kami faham mengapa tempat tersebut dinamakan Kampung Buku, Malaysia. Ini kerana setiap replika haiwan yang diukir, ada maksudnya. Ia mengenai cerita haiwan. Misalnya, Burung Pipit dan Tupai Bersahabat Baik, Gagak yang Dahaga, Sang Arnab dan Sang Kura-kura, Sang Kancil yang Cerdik dan pelbagai replika haiwan zaman purba. Aku biasa le.. mana boleh lihat suasana macam ni...mulalah nak berposing.. Lihat aje gambar-gambar yang kupaparkan. Aku sanggup panjat dan berposing di atas replika haiwan tersebut. Seronok. Tapi yang tak seronok...nyamuk. Aku ni memang sensitif dengan nyamuk...Walau macam mana pun, kami gembira...Hilang sekejap kesedihan...satu lagi, istimewa tempat ini ialah terdapat kedai buku. Buku-buku boleh dibeli di sini. (Kak Ana pun beli). Tapi kami tak masuk ke kedai buku itu sebab ada destinasi lain lagi. Terdapat juga kawasan tasik dan tempat "camping". Kawasan ini juga merupakan tempat untuk berjoging. ( kalau hendak berjoging, mesti beramai. Al- maklumlah...kawasan hutan) . Sebenarnya, kawasan ini sedang dibaik pulih...Mungkin akan datang, bertambah cantik dan menjadi tumpuan pelancong. Jadi, jangan lepaskan peluang mengunjungi Kampung Buku Malaysia. Bawalah anak-anak ke sana... Tak Rugi...Apa lagi...Jomlah ke Melaka....hehehehe







Tinta Nurbisa: Ada masa terluang..hendak bawa anak-anak saudara dan kawan-kawan

Sunday, November 29, 2009

Ketenangan

Kedamaian dan ketenangan kurasai
Pabila kaki melangkah ke Gunung Ledang ini
Redup mata memandang
Melihat kehijauan alam semula jadi
Terdetik di hatiku memuji
Kebesaran dan keagungan Ilahi...
Mencipta keindahan alam ini
Untuk manusia menikmati...
Suara keriangan dan keriuhan
Memecahkan suasana kemeriahan
Air yang mengalir tenang
Melenyapkan keresahan di jiwa
Hilang segala kemelut di hati
Hilang segala kekusutan di minda
Begitu nyaman dan mengasyikkan...
Tersingkap lipatan kenangan
Di sebalik suasana gurauan
Tersenyum kumemandang
Hatiku begitu tenang...ALLAHUAKHBAR

Hasil nukilan: Nurbisa

Tinta Nurbisa : Kutitip puisi ini ketika berada di Gunung Ledang bersama Kak Timah, AL dan Usyen pada 28.11.2009

Monday, November 23, 2009

Pertemuan Yang Tidak Disangka ...

18 November 2009

Siapa sangka...aku dapat bertemu dengan anak didikku pada Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik 2009 ini. Julia Binti Mat Dan. Pertama kali aku menjejakkan kaki ke SK Canossian Convent pada tahun 1998, aku diarah mengajar Bahasa Melayu Tahun Tiga. Kelas Julia. Seterusnya, pada tahun 2000 dan 2001, aku diberi tanggungjawab mengurus pasukan bola jaring sekolah yang disertai oleh Julia. Pasukan bola jaring yang telah menaikkan nama SK Convent kerana ahli-ahlinya terpilih ke peringkat daerah dan negeri.
Tapi lihatlah...anak murid lebih tinggi daripada gurunya... Julia pun sudah 20 tahun... Kini, aku juga mengajar anak saudaranya yang berada di Tahun Satu.


Buat Julia...Cikgu mengucapkan terima kasih kerana masih mengingati diri ini. Cikgu doakan Julia berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Teringat kembali semasa melatih pasukan bola jaring. Bukan senang mengurusnya dan membentuk strategi permainan...yang penting kerjasama dalam pasukan...



Gambar ini kuambil daripada Facebook seorang rakan yang belum aku kenali. Aku buka laman Facebook kawanku kerana aku ingin mengenali seseorang yang selalu berhubung dengannya....Tetapi, tidak disangka...aku terpandang nama seorang kawan lama yang cukup aku kenali. Hatiku terlonjak kegembiraan. Sudah lama kami tidak berhubung. Roslizam Razali atau Jang bukan sahaja seorang kawan tetapi seorang adik yang sentiasa bersama dalam suka dan duka. Inilah pertama kali aku melihat keluarganya. Aku pernah melihat anak kembarnya semasa dia dan Badrul bercuti di kampung, Kelantan. Waktu itu, anak kembarnya yang sulung berusia setahun. Selepas itu, aku tidak berjumpa dengan mereka lagi setelah mereka kembali ke Sabah. Mereka kulihat sungguh bahagia.


Buat Jang ... Akak teringin bersua denganmu. Kenangan bersama kalian tetap diabadikan dalam hidup akak. Terima kasih buat Jang dan Badrul...



Sunday, November 22, 2009

Kesedihan Di Hati...

Hatiku masih diselubungi kesedihan. Setiap saat,air mataku kan mengalir tanpa dipaksa.Hilang seleraku. Dari semalam, hanya air yang dapat mengalir ke kerongkongku.Tapi hari ini,sedikit roti menjadi alas perutku. Aku tidak tahu mengapa hati ini begitu pilu. Lebih-lebih lagi mengenangkan nasib yang dialami oleh dia. Hatiku sebak setiap kali memandangnya. Redup matanya membuat hatiku bertambah sayu. Aku berasa terkilan kerana tidak dapat bersamanya. Aku menangis...dan menangis. Aku menangis bukan kerana merajuk atau marah atau berkecil hati...Aku tidak dapat melafazkan kata maaf ketika dia menghubungi kerana menahan sebak dan tangisku...Air mataku mengalir ketika berbalas mesej...