SETIAP CERITA... TERCIPTA DAN TERSIMPAN MEMORI

Wednesday, May 18, 2011

Tawar Hati

Hatiku sudah tawar untuk berada di sini. Rasanya aku sudah tidak diperlukan lagi. Apabila orang sudah tidak suka..apa yang kita buat..semua tidak kena. Biarlah aku yang tahu. Jika tidak berlaku seperti dalam perjalanan hidupku, aku tidak tahu, siapa kawan yang sebenar di sisi aku? Kini, aku sudah maklum, tapi aku diamkan diri dan rahsiakan suatu perkara yang orang lain tidak tahu. Dengan satu luahan tanpa disedari, terbongkar segalanya. Namun, aku tersenyum sewaktu penjelasan diberi. Dalam hatiku, aku berasa lega kerana ayat itu yang kuperlukan untuk kujadikan bukti yang sahih. Tetapi, aku tidak menyatakannya. Sebab, tidak da siapa yang akan percaya tentang perkara itu. Biarlah aku sendiri dan Dia yang tahu. Biarlah aku dianggap bersalah di mata semua orang. Tak pa lah. Siapalah aku. Bukannya penting. Aku berterima kasih kepada mereka dan memaafkan mereka.

No comments:

Post a Comment