SETIAP CERITA... TERCIPTA DAN TERSIMPAN MEMORI

Tuesday, May 10, 2011

Tak Kusangka

Siapa yang bersalah?!! Tak kusangka, coretan dan luahan ku didada tinta nurbisaku membuat orang lain terasa umpama memakan cili yang terlalu pedas sehingga tidak hilang terasanya. Coretanku tidak ada kena mengena dengan kehidupan orang lain. Yang peliknya..aku mencoret kisah orang lain tetapi orang lain yang terasa. Adakah coretanku ada kaitan dengannya. Sedangkan aku tidak mencoret atau mengatakan tentang diri orang di sekelilingku. Aku mencoret kisah orang lain dan kisahku. Inilah kesannya apabila ada yang mengkhabarkan ceritaku ini kepada orang lain supaya membacanya. Namun apabila kuketahui dan bertanya, ??????? Lain ceritanya. Walau pun hakikatnya kutahu di sebaliknya tetapi aku tidak mahu memanjangkannya kerana aku masih ada kata hati yang tidak boleh dikuasai oleh orang kecuali Allah s.w.t. dan aku ingatkan diriku sendiri, buat apa menyalak seperti anjing di atas bukit jika ianya sia-sia sahaja.
Sekarang ini, semua orang memandangku dengan pandangan yang serong dan mengata aku yang memulakan puncanya dengan coretanku yang sebenarnya tidak ditujukan pada sesiapa di sekelilingku. Kalau aku ada niat hendak tuju..dah lama aku tulis nama orang berkenaan. Tetapi bukan itu niatku. ...itulah ragam manusia...kalau nak berpecah belah dan berpihak pada yang satu...inilah akibatnya...nasibku...tersalah orang untuk meluahkan....nasib..nasib..nasib....redha je lah...Mungkin ada sebabnya....

No comments:

Post a Comment