SETIAP CERITA... TERCIPTA DAN TERSIMPAN MEMORI

Saturday, May 14, 2011

Lagu : CAHAYA KASIHKU -


KHAS BUAT ANAK-ANAK MURIDKU SK CANOSSIAN CONVENT,SEGAMAT . I LOVE YOU ALL.

Tuesday, May 10, 2011

Gambar Terkini...

kasihnya ibu.


SELAMAT HARI IBU BUAT MEREKA YANG BERGELAR IBU...

RINDUKU PADAMU DI SAAT AKU DALAM KESUSAHAN ...
KUINGIN KAU DISAMPINGKU...MENANGIS BERSAMAKU...
GEMBIRA BERSAMAKU....

Salah Tempat Mengadu

Aku tersalah langkah...mengadu pada orang yang tidak tepat. Apa yang diluahkannya kusimpan dengan kejat dan tidak memberitahu kepada orang lain. Mereka hanya tahu aku jumpa tetapi isinya hanya berkisar pada cerita yang bukan-bukan. Namun, aku ni Mentimun...tak boleh buat apa-apa...Aku lupa yang sesuatu berkait dan sangat rapat umpama isi dengan kuku memang sukar . Tentulah yang rapat ditatang...Namun begitu, aku rasa sedikit kelegaan walau pun jauh di benak fikiranku masih ada tersimpan sesuatu yang tidak boleh kunyatakan dan bagi orang lain tahu. Aku tidak mahu memberi tekanan.

Tak Kusangka

Siapa yang bersalah?!! Tak kusangka, coretan dan luahan ku didada tinta nurbisaku membuat orang lain terasa umpama memakan cili yang terlalu pedas sehingga tidak hilang terasanya. Coretanku tidak ada kena mengena dengan kehidupan orang lain. Yang peliknya..aku mencoret kisah orang lain tetapi orang lain yang terasa. Adakah coretanku ada kaitan dengannya. Sedangkan aku tidak mencoret atau mengatakan tentang diri orang di sekelilingku. Aku mencoret kisah orang lain dan kisahku. Inilah kesannya apabila ada yang mengkhabarkan ceritaku ini kepada orang lain supaya membacanya. Namun apabila kuketahui dan bertanya, ??????? Lain ceritanya. Walau pun hakikatnya kutahu di sebaliknya tetapi aku tidak mahu memanjangkannya kerana aku masih ada kata hati yang tidak boleh dikuasai oleh orang kecuali Allah s.w.t. dan aku ingatkan diriku sendiri, buat apa menyalak seperti anjing di atas bukit jika ianya sia-sia sahaja.
Sekarang ini, semua orang memandangku dengan pandangan yang serong dan mengata aku yang memulakan puncanya dengan coretanku yang sebenarnya tidak ditujukan pada sesiapa di sekelilingku. Kalau aku ada niat hendak tuju..dah lama aku tulis nama orang berkenaan. Tetapi bukan itu niatku. ...itulah ragam manusia...kalau nak berpecah belah dan berpihak pada yang satu...inilah akibatnya...nasibku...tersalah orang untuk meluahkan....nasib..nasib..nasib....redha je lah...Mungkin ada sebabnya....

Monday, May 9, 2011

DIANGGAP GURAUAN

AKU TERFIKIR SENDIRI...ORANG KAN PERCAYA KE DENGAN KATA-KATA KITA...MUNGKIN IANYA SEKADAR ANGIN LALU....