SETIAP CERITA... TERCIPTA DAN TERSIMPAN MEMORI

Monday, January 10, 2011

Kontroversi

Minggu kedua persekolahan. Hari ini pelbagai kontrovasi tapi aku tidak tahu apa ia. Aku sibuk dengan mengajar. Entahlah...Mungkin banyak pesanan dan perubahan yang hendak dilakukan di sekolah ini...terserahlah...

Sunday, January 9, 2011

Siapkan Rekod Kedatangan dan Pelan Strategik 2011

Hari ini kerjaku di rumah..menyiapkan buku rekod kedatangan dan pelan strategik. Banyak kerja yang perlu dibuat. Aku senaraikan tugas-tugasku. Aku tidak mahu stress diriku. Memang aku tidak cukup tidur. Makan pun aku beli sahaja. Sekali-sekala sahaja masak. Tak Sempat.

Saturday, January 8, 2011

Kursus Kepimpinan 2011

Hari ini, diadakan Kursus Kepimpinan di sekolahku bagi pengawas, pss, pembantu SPBT dan ketua kelas serta penolong ketua kelas. Sebelum pukul 7.30 pagi, aku sudah berada di sekolah. Aku lihat anak-anak murid telah ramai. Cikgu yang ada pada masa itu, Pn. Norhayati dan Mahaletchumy. Aku meminta anak-anak muridku mendaftarkan diri mengikut jawatan masing-masing. Selepas pendaftaran, tepat pukul 8.00 pagi, kami memulakan majlis. Tapi,aktiviti luar tidak dapat dijalankan kerana hujan pada pagi itu. Jadi, kami hanya melakukan aktiviti di dalam dewan. Atur cara pertama ialah latihan nyanyian yang dipimpin oleh Pn.Lim Su Wan. Kemudian barulah majlis perasmian oleh Madam. Tepat pukul 10.00 pagi, kami berehat. Kemudian aktiviti diteruskan dengan ceramah oleh setiap fasilitator mengikut jawatan masing-masing. Kursus ini habis pada pukul 12.30 tengah hari.
Aku terkejut apabila Madam bertanya murid-murid pulang pukul berapa? Aku beritahu atur cara kursus ini pada pukul 12.30 tengah hari. Semasa berjalan ke arah kereta aku masih memikirkannya. Aku rasa aku letak masa tamat kursus pada pukul 12.30. Macam mana ibu bapa beritahu pukul 12.00. Pelik. Aku tanya jaga. Dia kata ada beberapa orang ibu bapa bertanyakannya dan marah-marah. Betul ke? Aku masuk semula ke bilik guru dan mencari surat yang ditandatangani oleh YDP PIBG dan Madam. Alhamdulillah..akhirnya jumpa juga. Aku tunjukkan surat itu kepada Madam. Dalam fikiranku..apa la...

Friday, January 7, 2011

Kerja Hingga Pagi

Setiap hari aku kerja hingga lewat malam. Tidurku hanya 3 atau 4 jam sahaja. Siang, aku tidak tidur sebab petang baru aku sampai ke rumah. Esok, Kursus Kepimpinan. Aku siapkan buku program. Kerjaku sebelum cuti sekolah lagi, aku tidak pernah tidur dengan lena kerana memikirkan kerja yang tidak pernah selesai.

Maklumat kebajikan Murid

Pagi-pagi lagi Kak Timah jumpa dengan aku bertanyakan data murid yang dia minta semalam. Aku beri senarai nama murid tersebut. Tapi banyak lagi dokumen yang hendak diisi. Aku minta sedikit masa. Aku print semua maklumat yang dikehendaki. Tiba-tiba Kak Timah terima panggilan supaya dia menghadirkan diri ke pejabat Agama. Dia meminta aku menolongnya memasukkan maklumat tersebut. Apabila free, aku buat apa yang diminta. Kami siapkan maklumat itu. Kak Timah print data itu. Aku pulang ke rumah. Penat rasanya.

Wednesday, January 5, 2011

Hari Ketiga Persekolahan

Pada pukul 7.30 pagi, mesyuarat ringkas tentang kursus kepimpinan diadakan di bilik guru. Kursus kepimpinan akan diadakan pada 8 Januari 2011, hari Sabtu. Aku mengedarkan kertas kepada guru-guru untuk memaklumkan tugas masing-masing.

Monday, January 3, 2011

Hari Pertama Persekolahan 2011

Seperti biasa, aku datang ke sekolah. Hari pertama ,mesti awal sikit. Aku singgah di petronas,beli roti dan air milo. Sampai di sekolah. Kelihatan ibu bapa Tahun 1 berada di kawasan sekolah. Loceng berbunyi. Kami ke tapak perhimpunan. Aku lihat murid-murid SK Convent semakin sikit. Aku memasang lagu yang ada suara. Aku mengambil gambar di hari pertama persekolahan.