Pena Cahaya Penawar ... Tercatat segala suka duka ...mencipta memori... mengabadikan kenangan dalam menghiasi hidup...
Thursday, June 17, 2010
Di Rumah Saje..
16 Jun 2010 - Aku hanya di rumah. Hari ini, Kak Yana pulang. Taklah aku keseorangan lagi di rumah ini. Tengok televisyen sorang-sorang , jemu gak. Malam-malam hendak tengok bola, tak best gak tengok. Sorang.
Janji
Setiap kali hatiku terguris, aku suka mendiamkan diri. Aku tidak mahu melukakan hati orang lain apabila aku bersuara. Biarlah aku yang berasa kesakitan dan menangis seorang diri. Biarlah kebahagiaan menjadi miliknya. Mungkin aku tidak ditakdirkan untuk bahagia. Setiap kebahagiaan yang datang padaku hanya bagaikan angin lalu. Kalau singgah pun hanya sementara cuma seperti kapal berlabuh mendapatkan bekalan. Tapi, aku telah nekad dan berjanji pada diriku. Biar apa pun terjadi,aku tetap dengan janjiku. Biarlah aku dicemuh kerana keputusan ini.
Tuesday, June 15, 2010
Hari ini...
15 Jun 2010 - hari ini juga aku di rumah. Semasa balik dari rumah Kak Ana, aku singgah di sekolah. Hantar buku pelaporan Adab Belajar. Kemudian aku terus pulang. Di rumah, seperti biasa, aku lepak di hadapan televisyen.
Monday, June 14, 2010
Harianku
14 Jun 2010 - Aku bangun pagi. Selepas hantar Atuk dan Faiz ke Klinik Kesihatan Bandar Putra, aku memandu menuju ke sekolah. Aku siapkan buku pelaporan Adab Belajar Tahun Dua dan Tahun Enam. Setelah siap melengkapkan buku tersebut, aku pulang. Sebelum sampai di rumah, aku singgah membeli sarapan dan lauk untuk makan tengah hari dan malam. Di rumah, aku membasuh baju dan mengemas rumah. Kemudian aku menonton televisyen sambil melengkapkan buku pelaporan Adab Belajar Tahun Lima, kelasku sendiri. Tetapi aku tidak boleh menyiapkannya kerana masih ada mata pelajaran lain yang belum dilengkapkan dalam buku tersebut. Waktu petang, baru aku makan.Itu pun kerana perutku sudah terasa pedih. Lagi pun, dadaku masih terasa sakit. Kesan daripada memaksa memuntahkan makanan semula. Oleh kerana itu juga, aku tidur di rumah Kak Ana. Aku berada di rumah pada waktu siang sahaja.
Pemberian
AKU TIDAK AKAN MENERIMA SESUATU YANG DIPAKSA UNTUK MEMBERIKANNYA PADAKU. BIARLAH PEMBERIAN ITU DENGAN HATI YANG IKHLAS TANPA ADA PERASAAN MARAH ATAU PAKSAAN ATAU SEKADAR UNTUK MEMUJUK.
Sunday, June 13, 2010
TIADA APA...TIADA CERITA
KUPENDAM SEGALA KESEDIHAN DALAM KEHIDUPAN INI DEMI SEBUAH KEBAHAGIAAN YANG BUKAN MILIKKU. AKU HANYA MEMILIKI KESEPIAN.KUBERIKAN SENYUMAN. HATIKU MENGALIRKAN AIR MATA. SETIAP APA YANG KULIHAT DI SEBALIK DINDING RAHSIA MEMBINA SEBAK DI HATI. TIADA LAGI KEBERANIAN DIRI UNTUK KUSENTUH KERANA SUDAH DINOKTAH LARANGAN. SEKADAR DILIHAT. WALAUPUN SEMUANYA PERKARA YANG SAMA SETIAP MASA. KULENGKAPKAN SEMULA YANG KUHILANGKAN UNTUK KEGEMBIRAAN HATI. BIARPUN IANYA SUDAH TIDAK DIPERLUKAN LAGI KERANA SUDAH ADA YANG BARU DAN BIMBANG HILANG LAGI SEPERTI YANG SEDIA ADA. APA LAGI YANG ADA. TIADA LAGI CERITA.
Tidak Jadi
13 Jun 2010- aku tidak pergi ke mana-mana. Aku tidak jadi pergi ke Banting seperti yang dirancang. Keadaan tidak mengizinkan. Aku hanya di rumah. Kalau bosan, aku pergi ke rumah kawan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
