Dia akan menangis jika bukunya diambil atau abangnya mengusiknya. Semoga sikapnya ini dibawa hingga dewasa.
Pena Cahaya Penawar ... Tercatat segala suka duka ...mencipta memori... mengabadikan kenangan dalam menghiasi hidup...
Sunday, February 21, 2010
Gaya Auni Najihah
Dia akan menangis jika bukunya diambil atau abangnya mengusiknya. Semoga sikapnya ini dibawa hingga dewasa.
Keselamatan Tidak Terjamin
Aku bertolak dari Banting pada pukul 12.30 tengah hari. Aku memandu dengan tenang. Lagi pun kenderaan tidak banyak. Aku sentiasa mengawasi meter keretaku agar tidak melebihi 110 kmj. Aku sampai di perkarangan kuarters pada pukul 3.45 petang. Aku bergegas keluar dari kereta dan menaiki tangga. Tapi, langkahku terhenti. Aku terkejut apabila melihat seekor anjing berada di antara tingkat 3 dan tingkat 4. Anjing itu memandang ke arahku. Aku terus turun tangga. Kebetulan, ketua blok keluar. Aku terus memaklumkan padanya bahawa ada seekor anjing di atas. Dia membawa kayu lalu menaiki tangga. Ketika menunggu di bawah, anak-anak ketua blok memberitahu bahawa ada tiga ekor anjing telah naik ke tingkat empat. Takut aku mendengarnya. Ketua blok memberitahu bahawa anjing itu tidak mahu berganjak. Aku menaiki tangga dengan ditemani oleh anak-anak ketua blok. Malam itu, aku tidak jadi pergi ke rumah Kak Ira di Bukit Siput. Malam ni dia buat kenduri dan bacaan Yasin. Aku mesej padanya. Bukan kerana penat tapi takut anjing yang ada di bawah.
Sebelum ini, aku pernah lihat anjing tersebut di tempat tong sampah sewaktu pulang dari sekolah. Aku sempat merakam gambar anjing tersebut. Aku sendiri tidak tahu apa hendak jadi dengan kawasan kuarters ni. Pihak tertentu pulak hanya tahu menuding jari mencari kesalahan kami yang tinggal di kawasan kuarters ni. Mereka tidak pernah ambil tahu kebajikan penghuni di kawasan ini. Elaun rumah dipotong. Katanya untuk pembangunan la.. Tapi, bumbung kuarters tetap bocor gak. Tambah adanya anjing berkeliaran. Keselamatan kami dan anak-anak penghuni kuarters ini sudah tidak terjamin lagi. Bukan setakat keselamatan tidak terjamin, dari segi kebersihan juga tidak terjamin. Ya lah, mana tahu, anjing tu kan haram. Kami berharap pihak pembangunan yang tertentu dapat mengambil tindakan segera tentang perkara ini. Sampai bila? Hendak tunggu nasi menjadi bubur ke?
Nurbisa : Beginilah nasib penghuni kuarters...

Saturday, February 20, 2010
Petrosains
Hari pertama di Petrosains, 16 Februari 2010. Sayangnya..tiket sudah habis dijual pada hari itu.
Kami pergi ke KLCC sekali lagi. Hari ini,adikku, Iskandar tidak dapat ikut kerana cutinya telah habis manakala Auni Najihah pula tidak sihat. Maklumlah semalam penat berjalan. Kali ini,kami ditemani oleh adikku, Khairul dan isterinya,Azie. Alhamdulillah,hari ini,kami dapat tiket untuk masuk ke Petrosains. Anak-anak saudaraku bukan main seronok dapat masuk ke Petrosains. Anak saudaraku,Amir sangat takut pada tempat yang gelap. Aku terpaksa mendukungnya sewaktu hendak melalui terowong masa. Tapi..apabila sampai di bahagian angkasawan dan Sains, dia begitu teruja...Hilang sikap takutnya. Bukan anak-anak saudaraku je yang teruja..adik-adikku juga. Hehehehehe...termasuklah aku walaupun ini kali kedua. Walau apa pun..kami seronok.
Nurbisa: Mamanya risau...takut anak-anaknya tak nak keluar dari Petrosains. Seronok melihat anak-anak saudaraku dan adik-adikku bermain dengan alat Sains. Ralat tak dapat bawa Auni Najihah..
Nurbisa: Mamanya risau...takut anak-anaknya tak nak keluar dari Petrosains. Seronok melihat anak-anak saudaraku dan adik-adikku bermain dengan alat Sains. Ralat tak dapat bawa Auni Najihah..
Wednesday, February 17, 2010
Aquaria, KLCC
Auni Najihah

Dalam terowong
melihat ikan
berjalan menuju ke Suria KLCC

Amir Izham
Alia Natasya...pandai bergaya
Geli hati melihat gelagat Auni yang ingin
bergambar dengan patung bulat tu
apabila kakak dan abangnya bergambar

Cuti Hari Raya Cina sungguh meriah. Kali ini, aku betul-betul berasa bercuti. Cuti bulan Disember, kuhabiskan dengan kerja-kerja sekolah. Hasratku untuk membawa anak-anak saudaraku ke Aquaria dan Petrosains tercapai juga. Aku ingin bawa mereka ke Planetarium tetapi tak da kesempatan kerana anak-anak saudaraku mula bersekolah pada hari Khamis. Aku seronok melihat gelagat mereka. Si Kecil, Auni Najihah pun seronok. Pantang orang bergambar, dia pun hendak bergambar. Mereka seronok melihat ikan-ikan yang berenang. Lihatlah reaksi mereka..
Uptown, Shah Alam

Pilih dik, jangan tak pilih
Menunggu steamboat...
Malam 15 Februari 2010, pukul 8.00 malam, kami sekeluarga bertolak ke Uptown yang terletak di Shah Alam. Uptown ini dibuka dari pukul 3.00 petang hingga 3.00 pagi. Adik Iparku, Yan memberitahu bahawa kawasan Uptown ini baru dibuka. Ramai pengunjung yang datang. Pelbagai gerai jualan seperti gerai pakaian,aksesori,barang permainan,jam,dan lain-lain gerai. Setelah penat berjalan dan membeli tudung, kami singgah di gerai makan. Aku lihat, ramai anak-anak muda yang berkunjung semasa kami hendak pulang walaupun hari semakin larut malam. Inilah dunia kota. Tepat jam 11.45 malam, kami pulang ke rumah.
Tuesday, February 9, 2010
Detik 12 Malam
Detik 12 malam
Terpukul tangkai semangat
Melonglaikan langkah kaki
Meresah dan menyentuh hati
Tersekat nafas...sesak di dada
Hilang senyuman di bibir
Membendung sebak di jiwa
Mengalir perlahan mutiara jernih
Berjurai membasahi pipi ini
Tanpa dipinta atau dipaksa
Dengan rela memecah sunyi
Segalanya musykil untuk dicoret
Terpukul tangkai semangat
Melonglaikan langkah kaki
Meresah dan menyentuh hati
Tersekat nafas...sesak di dada
Hilang senyuman di bibir
Membendung sebak di jiwa
Mengalir perlahan mutiara jernih
Berjurai membasahi pipi ini
Tanpa dipinta atau dipaksa
Dengan rela memecah sunyi
Segalanya musykil untuk dicoret
Subscribe to:
Posts (Atom)