SETIAP CERITA... TERCIPTA DAN TERSIMPAN MEMORI

Wednesday, February 17, 2010

Aquaria, KLCC

Yan dan Amir







Auni Najihah




Adikku, Iza..














































Dalam terowong
melihat ikan






















berjalan menuju ke Suria KLCC



















Amir Izham













Alia Natasya...pandai bergaya



















Geli hati melihat gelagat Auni yang ingin
bergambar dengan patung bulat tu
apabila kakak dan abangnya bergambar

















Cuti Hari Raya Cina sungguh meriah. Kali ini, aku betul-betul berasa bercuti. Cuti bulan Disember, kuhabiskan dengan kerja-kerja sekolah. Hasratku untuk membawa anak-anak saudaraku ke Aquaria dan Petrosains tercapai juga. Aku ingin bawa mereka ke Planetarium tetapi tak da kesempatan kerana anak-anak saudaraku mula bersekolah pada hari Khamis. Aku seronok melihat gelagat mereka. Si Kecil, Auni Najihah pun seronok. Pantang orang bergambar, dia pun hendak bergambar. Mereka seronok melihat ikan-ikan yang berenang. Lihatlah reaksi mereka..

Uptown, Shah Alam























Pilih dik, jangan tak pilih
















Menunggu steamboat...











Malam 15 Februari 2010, pukul 8.00 malam, kami sekeluarga bertolak ke Uptown yang terletak di Shah Alam. Uptown ini dibuka dari pukul 3.00 petang hingga 3.00 pagi. Adik Iparku, Yan memberitahu bahawa kawasan Uptown ini baru dibuka. Ramai pengunjung yang datang. Pelbagai gerai jualan seperti gerai pakaian,aksesori,barang permainan,jam,dan lain-lain gerai. Setelah penat berjalan dan membeli tudung, kami singgah di gerai makan. Aku lihat, ramai anak-anak muda yang berkunjung semasa kami hendak pulang walaupun hari semakin larut malam. Inilah dunia kota. Tepat jam 11.45 malam, kami pulang ke rumah.

Tuesday, February 9, 2010

Detik 12 Malam

Detik 12 malam
Terpukul tangkai semangat
Melonglaikan langkah kaki
Meresah dan menyentuh hati
Tersekat nafas...sesak di dada
Hilang senyuman di bibir
Membendung sebak di jiwa
Mengalir perlahan mutiara jernih
Berjurai membasahi pipi ini
Tanpa dipinta atau dipaksa
Dengan rela memecah sunyi
Segalanya musykil untuk dicoret

Monday, February 8, 2010

Siap Jua akhirnya...

Alhamdulillah...Akhirnya siap jua Sistem Maklumat Murid (SMM). Berpinar biji mata mengadap komputer. Syukurlah..bilangan murid sekolahku tidak ramai. Hanya 162 orang sahaja. Aku sudah nekad untuk menghantarnya sendiri walaupun pada mulanya GPK HEM memberi pandangan agar PAR sekolah kami menghantarnya. Aku memberi pendapat dan alasan yang kukuh kepada GPK HEM dan dia bersetuju dengan pendapatku. Aku tidak puas hati jika tidak menghantarnya sendiri untuk mengelakkan data tersebut dipulangkan. Pada pukul 2.30 petang, aku bergegas ke PPD dan berjumpa dengan Encik Othman Bin Mon sendiri. Semasa aku menunggu, aku bertembung dengan Kak Jaliah. Dia juga ingin menghantar maklumat SMM sekolahnya. Syukur..data sekolahku tiada masalah. Semua maklumat yang dikehendaki ada dan data lengkap. Aku juga sempat bertanya tentang data jenis darah dan maklumat murid yang tiada maklumat bapa kepada Encik Othman Bin Mon. Terima kasih kepada GPK HEM dan semua guru kelas.



Nurbisa :Alhamdulillah...

Friday, February 5, 2010

Ralat...

Syukur...Alhamdulillah kerana akhirnya aku dapat menyiapkan sistem maklumat murid (SMM) hari ni.. Tetapi sayangnya..aku tidak dapat menghantar maklumatnya hari ini. Terasa ralat dalam diriku..Aku tidak mahu menyalahkan sesiapa. Ini ialah tanggungjawabku. Kuanggap kelewatanku menghantar maklumat ini dengan tepat merupakan kegagalanku. Biarpun bukan berpunca daripada diriku. Yang pasti, orang kan pandang diriku sebagai titik kesilapan yang utama. Kesilapan ini kuanggap satu pengajaran buatku. Dalam berbicara, perlu jaga agar tidak ada hati yang terluka. .


Nurbisa : Terasa juga...Apalah begitu...




Tuesday, February 2, 2010

Hadiah...


Terima kasih kepada Farzana, Syazana, Tey Ki En, Adriana, Anis dan Humairah kerana mengingati hari lahir cikgu.

Bukan hadiah cikgu pinta. Ingatan dan ucapan kalian sudah memadai bagi cikgu. Ucapan kalian ialah hadiah istimewa buat diri ini.

Namun, walau apa pun, terima kasih cikgu ucapkan...



Nurbisa : Terharu dengan pemberian anak-anak murid. Tetapi hadiah sebenarnya yang dinanti
dan diharapkan oleh guru ialah kejayaan anak-anak murid di dalam pelajaran iaitu
mendapat keputusan yang cemerlang.