SETIAP CERITA... TERCIPTA DAN TERSIMPAN MEMORI

Saturday, September 29, 2012

Kerana apa?!!!!

Segalanya berlaku dalam sekelip mata...Ada masa jiwa kita boleh menerima segalanya dengan kesabaran. Namun apabila batas kesabaran dilangkaui..segalanya membawa kehancuran dan meremukkan hati. Begitu juga terdetik di hati seperti hatinya untuk bertindak sedemikian. Mungkin nasibku seperti Kak T apabila sudah ada orang sebagai pengganti. Kalau aku masih diperlukan pasti aku dilibatkan dalam perbincangan aktiviti yang di bawah tanggungjawabku. Yang disokong S dan H  tetapi yang dinanti dan diperlukan M. Bermakna aku tidak diperlukan lagi.

Friday, September 28, 2012

Tak Teringin ...

Bolehkan aku menghadapinya... mereka tidak sedar, mereka yang memulakannya. Namun pandai menutup segalanya di sebaliknya....Berjiwa sensitif..aku juga punya perasaan tetapi aku bukan pendendam... Sifat tu sudah lama berkubur...kadang-kala aku fikir mengapa aku hendak jadi seperti mereka? Yang pasti aku bukan mereka dan tidak mahu langsung ikut jejak mereka.

Luahan dan Kesedihan

Ini sekadar luahan dari hatiku. Tiada kaitan dengan sesiapapun. Sedih dan sayu apabila mendengar keluhan daripada salah seorang anak didikku melalui ibunya. Si anak memberitahu di sini tak nak buat aktiviti yang biasa menjadi rutin di sini setiap tahun sepanjang 14 tahun aku berada di sini. Aku teringat kata-kataku pada mereka. Ramai yang mengeluh apabila aku memberitahu aktiviti yang aku rancang bersama dengan guru-guru yang lain tidak dapat dijalankan. Tergambar kesedihan di wajah mereka. Aktiviti ini bukan aku rancang seorang diri dan bukan membelakangkan pihak tertentu. Tetapi, perkara ini aku tahu setelah dibincang tanpa aku. Sedangkan aku dipertanggungjawabkan sebagai setiausaha. Aku diam apabila diberitahu. Aku ni mentimun, mereka durian.  Aku maklumkan perkara ini kepada orang lain. Tetapi hakikatnya yang membuat aku terasa lebih sedih apabila pihak berkenaan mengatakan aktiviti tersebut tidak dibuat kerana aku tidak mahu buat. sebab alasannya tarikh yang diubah bukan tarikh yang aku cadangkan. Namun sebaliknya,  pihak berkenaan yang tidak mahu. Sengaja menukar tarikh untuk merumitkan keadaan supaya aktiviti ini tidak diadakan akhirnya. Tarikh itu pula aku dapati beberapa orang yang berkaitan tidak dapat bersama denganku. Tambahan pula, aku ketahui, hari yang ditetapkan itu, ramai yang ada program. Tapi perkara itu mereka tidak mengkajinya. Aku tidak kisah jika tarikh ditunda kerana bertembung dengan peperiksaan agama. Namun aku dapati, tarikh itu tidak bertembung. Aku kasihan dengan murid-murid Tahun ini. Aku tidak nafikan,banyak aktiviti yang rutin dilaksanakan setiap tahun tidak kelihatan lagi tahun ini. Sedangkan aktiviti seperti inilah mewujubkan modal insan dan memberi keuntungan kepada pihak berkenaan, bukannya pada aku. Al maklumkan mungkin perkhidmatanku tidak diperlukan lagi di sini. Lagipun mereka  tidak percaya denganku. Adat la apabila usia kita semakin melewati senja. Tambahan ada yang  mengiyakan segalanya. Entahlah...

Sunday, June 10, 2012

Monday, May 14, 2012

Friday, May 4, 2012

Aku berasa kesal dengan sikap yang dipamerkan. Seolah-olah aku seorang pesalah. Tak pa lah. Aku ini ibarat mentimun dan umpama lalang. Apa yang kurasa hari ini, telah menggambarkan dengan jelas sikapku tidak disukai. Mungkin mereka fikir, aku tidak menghargai dan mensyukuri apa yang aku peroleh. Telah kusuarakan apa yang kurasa agar mereka tahu. Bukan aku minta simpati. Entahlah. Mungkin kekuatanku hadir kerja kerana tanggungjawabku terhadap anak-anak didikku. Kasihan aku melihat mereka. Tidak seperti anak-anak didikku yang lepas. Anak-anakku tahun ini membesarkan dengan kesibukan dan mengejar pencapaian. Kadang-kadang aku sedih memikirkan nasib mereka. Namun aku sentiasa mendoakan mereka dan selalu memberi motivasi dan kekuatan kepada mereka agar mereka tidak lupa matlamat ibu bapa mereka. Biarpun hatiku terluka dan dalam kesedihan, tak kan kubiarkan mereka bersendirian. Aku akan bersama dengan mereka walau dalam keadaan apa pun jua. Tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk mereka membuktikan usaha mereka.

Thursday, May 3, 2012



SALAH TEMPAT

Rupanya kumengadu salah tempat. Diriku juga yang diperkatakan melalui kata-kata pujangga madah berbisa. Ini membuat aku rasa diriku menjengkal muka. Mungkinkah dengan membisukan diri, atau menjarakkan diri, itu lebih baik? Bolehkah aku menahan segala kepedihan di hati? Mungkinkah aku akan menerima nasib seperti rakan seperjuanganku yang telah setahun berpindah meninggalkan tempat ini?
Betul kata seorang kawan. Jika kita tidak mahu hati kita terluka, jangan sesekali kita mencampuri urusan orang. Biarpun ianya sesuatu yang menyakitkan pandangan tetapi membutakan mata lebih baik daripada melihatnya. Memekakkan telinga lebih baik daripada mendengarnya. Lakukan apa yang termampu dan menurut apa yang disuruh, memberi apa yang diminta. Tetapi....perlu kekuatan dalam diri, perlu ketahanan fizikal. Namun, bolehkah aku jadikan diriku seperti lalang. Ditiup ke kiri dan ke kanan. Mampukah aku?
Sedih dan kecewa lagi hari ini. Aku tidak tahu mengapa diriku diperlakukan seperti itu. Semalam aku dapat mengawalnya. Tetapi hari ini...ia berlaku lagi...

Wednesday, May 2, 2012

Aku mengawal diriku supaya tidak berkecil hati dengan apa yang sedang berlaku di hadapanku.

Thursday, April 19, 2012

PENGHARGAAN

Syukur, Alhamdulillah. Penghargaan buat kali kedua selama aku berkhidmat sebagai pendidik di daerah ini. Mungkin berkat dan doa keluarga, dan teman-teman. Terima kasih semua. Namun, aku melakukan kerja bukan untuk memperoleh penghargaan ini. Bagiku, kerja demi anak-anak didik. Biar mereka cemerlang dalam pelajaran. Tidak terlintas di kotak fikiranku dan di hatiku untuk mendapat anugerah ini. Aku melakukan kerja dan memberi pertolongan bukan untuk dibalas.

Wednesday, April 4, 2012

SALAHKAH AKU....

Salahkah aku menolong atau memberi bantuan kepada mereka. Aku juga salah seorang daripada mereka. Memandangkan semua informasi ada dalam laptopku, aku bersedia membantu. Tetapi bukan bermakna mereka lepas tangan. Mereka adalah teraju utama, penggerak program tersebut. Mereka melakukan lebih apa yang kulakukan. Aku hanya membantu sikit sahaja. Itu pun dipertikaikan kerana diriku dikatakan menimbulkan kontroversi. Sikap diriku dibandingkan dengan orang lain. Kasihan aku lihat, mereka ke hulu ke hilir mencari sokongan untuk menggerakkan program ini. Tetapi aku tidak boleh menyentuhnya kerana aku dikatakan 'PANAS'. Ada yang lebih "COOL". Aku bersikap panas kerana aku tidak boleh melihat sesuatu yang kuanggapnya tidak sesuai. Namun apa boleh buat aku ni hanya pendidik biasa. Mulanya aku menerima kata-kata itu sebagai hiburan. Lama-lama, apabila aku renung semula, ia telah mengguris hatiku.. Aku menangis dan tiada keseronokan lagi buatku. Aku sedih kerana diekploitasikan untuk menyampaikan maksudnya kepada orang lain.

Friday, March 23, 2012

Minggu Sibuk

Minggu ini terlalu sibuk. Latihan bola baling, bertugas di Kejohanan olahraga di SMK Sri Kenangan dan Mesyuarat Agung PIBG. Masa untuk diriku sikit sahaja. Tambahan pula apabila tahu sekolah terpilih ke peringkat akhir (K). Rasanya sejak bulan Januari, kerja lum berhenti. Mudah-mudahan Allah berikanku kekuatan dan semangat.

Saturday, March 17, 2012

Syukur..Diterima

Syukur..Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya, tajuk tesisku diterima oleh penyeliaku. Terima kasih kepada Dr. K. Kata-kata dorongan dan motivasi beliau memberi kekuatan dan keyakinan kepadaku untuk terus melaksanakan tesisku dan meneruskan pengajianku walaupun ada subjek yang aku kena ulang. Aku akan berusaha dan aku tidak mahu gagal untuk kedua kali.
Terima kasihku juga kepada kawan-kawan ( Adam, Pian, Nizam, Kak Ros, Ina dan Kak Lela) yang membantuku.

Sekian Lama Menyepi...

Setelah sekian lama menyepikan diri...aku kembali bertinta. Bukan kesenanganku hari ini...Tetapi keinginan di hatiku untuk merangka cerita di dada Tinta Nurbisaku ini. Telah lama aku tidak melakukannya kerana kesibukanku dengan kerjaya dan pengajianku. Tambahan pula komitmenku terhadap anak-anak muridku Tahun Enam. Tahun ketiga aku diberi kepercayaan menjadi guru kelas bagi murid-murid Tahun Enam.