SETIAP CERITA... TERCIPTA DAN TERSIMPAN MEMORI

Tuesday, April 20, 2010

Membazir Masa dan Tenaga

20.4.2010 - Semalam, orang GITN datang ke sekolahku untuk memeriksa internet. Setelah diperiksa, mereka beritahu bahawa masalah telekom. Hari ini pula, dua orang telekom datang dalam masa yang berlainan. Seorang datang pada pukul 9.40 pagi. Manakala seorang lagi dalam masa 10.45 pagi. Bagaimanakah pengurusan mereka? Dua orang ditugaskan ke sekolah yang sama. Kasihan orang yang datang. Bukan sahaja membazir masa tetapi juga tenaga.

Terasa

Kupandang nasi di hadapanku. Perlahan kumakan. Hilang seleraku. Semasa makan, hatiku rasa sebak. Aku tahan. Selepas makan, aku ke perpustakaan. Aku duduk . Terasa penat. Aku lelapkan mata sekejap. Sal sedang mengajar. Aku berada di kaunter buku. Tiba-tiba, Kak Sal jaga datang bersama orang TM. Hatiku masih terasa. Entahlah.

Monday, April 19, 2010

Masalah Internet

19 April 2010 - 'Ring..ring..ring.." kulihat hp tertera SKCC semasa aku sedang mengajar. Ini mesti masalah internet. Kali kedua, baru aku angkat telefon. Memang benar. Dengar je suara Kak Wati di talian..aku dah tahu masalahnya kalau di sekolah lah. Selepas mengajar, aku terus ke bilik komputer. Aku dapati line internet padam. Kemudian aku telefon GITN menyatakan masalah yang dihadapi. Ini minggu kedua, line internet memberi masalah pada sekolahku. Orang GITN mengatakan bahawa line mereka ok. Tapi..mengapa masalah lak kepada sekolahku.. Pelik betul. Mereka akan hantar orang untuk memeriksa line dan router sekolahku.

Sunday, April 18, 2010

Sistem Adapp 2010

18 April 2010 - Petang, Tengok TV je. Jemu gak. Sudahlah tak kawan hendak bersembang. Setelah tidak tahu apa nak dibuat. Aku ambil keputusan memasukkan data pergerakan guru dalam sistem Adapp. Sudah siap. Tinggal masukkan data pergerakan guru akhir bulan Mac dan bulan April. Data ni mesti dihantar sebelum 15 Mei 2010 ke PPD. Apabila 100% siap, aku akan serahkan kepada Pn. Noorwati, GPK 1 untuk memasukkan markah pemantauan guru. Namun begitu, ada juga guru yang tidak mengembalikan borang pergerakan guru kepada saya atau Pn. Noorwati. So, mesti ingatkan mereka nanti.

Menanti

Biarpun masa, hari,bulan, tahun silih berganti
Aku tetap dengan diri aku
Begitu jua dengan hati dan perasaanku
Selamanya tetap dan teguh impianku
Biarpun jalan-jalan yang kulalui
Penuh dengan liku-liku
Namun aku tetap menempuhnya
Dengan harapan yang menggunung
Mengharap dan menanti
Ianya kan jadi realiti dalam hidup ini
Aku tetap aku... sabar menanti
Dan terus menanti...menanti...

Cerita kosong

18 April 2010 - Aku bangun awal hari ni. Setelah siap berkemas, menyidai kain, aku keluar, basuh kereta. Terlalu comot keretaku. Pas tu, aku pergi bandar sekejap. Kemudian aku terus pulang ke rumah. Perutku terasa perit. Tapi, aku tidak rasa nak makan. Aku minum air sejuk sahaja. Dari semalam, aku tidak menjamah nasi. Aku hanya minum air sejuk sahaja. Aku tengok televisyen sambil mewarna gambar yang Kak Ana suruh warna. Esok, sudah mula sekolah.

Saturday, April 17, 2010

Santai Di rumah Aje..

17 April 2010- Hari ni, aku tidak ke mana-mana. Hanya duduk di rumah menonton televisyen dan menanda buku budak-budak. Pada sebelah petang, Kak Zaharah Pardi datang ke rumah. Dia meminta aku memasukkan sistem Adapp 2009. Selepas tu, aktivitiku, mengadap televisyenlah..