Pena Cahaya Penawar ... Tercatat segala suka duka ...mencipta memori... mengabadikan kenangan dalam menghiasi hidup...
Wednesday, May 2, 2012
Thursday, April 19, 2012
PENGHARGAAN
Syukur, Alhamdulillah. Penghargaan buat kali kedua selama aku berkhidmat sebagai pendidik di daerah ini. Mungkin berkat dan doa keluarga, dan teman-teman. Terima kasih semua. Namun, aku melakukan kerja bukan untuk memperoleh penghargaan ini. Bagiku, kerja demi anak-anak didik. Biar mereka cemerlang dalam pelajaran. Tidak terlintas di kotak fikiranku dan di hatiku untuk mendapat anugerah ini. Aku melakukan kerja dan memberi pertolongan bukan untuk dibalas.
Wednesday, April 4, 2012
SALAHKAH AKU....
Salahkah aku menolong atau memberi bantuan kepada mereka. Aku juga salah seorang daripada mereka. Memandangkan semua informasi ada dalam laptopku, aku bersedia membantu. Tetapi bukan bermakna mereka lepas tangan. Mereka adalah teraju utama, penggerak program tersebut. Mereka melakukan lebih apa yang kulakukan. Aku hanya membantu sikit sahaja. Itu pun dipertikaikan kerana diriku dikatakan menimbulkan kontroversi. Sikap diriku dibandingkan dengan orang lain. Kasihan aku lihat, mereka ke hulu ke hilir mencari sokongan untuk menggerakkan program ini. Tetapi aku tidak boleh menyentuhnya kerana aku dikatakan 'PANAS'. Ada yang lebih "COOL". Aku bersikap panas kerana aku tidak boleh melihat sesuatu yang kuanggapnya tidak sesuai. Namun apa boleh buat aku ni hanya pendidik biasa. Mulanya aku menerima kata-kata itu sebagai hiburan. Lama-lama, apabila aku renung semula, ia telah mengguris hatiku.. Aku menangis dan tiada keseronokan lagi buatku. Aku sedih kerana diekploitasikan untuk menyampaikan maksudnya kepada orang lain.
Friday, March 23, 2012
Minggu Sibuk
Minggu ini terlalu sibuk. Latihan bola baling, bertugas di Kejohanan olahraga di SMK Sri Kenangan dan Mesyuarat Agung PIBG. Masa untuk diriku sikit sahaja. Tambahan pula apabila tahu sekolah terpilih ke peringkat akhir (K). Rasanya sejak bulan Januari, kerja lum berhenti. Mudah-mudahan Allah berikanku kekuatan dan semangat.
Saturday, March 17, 2012
Syukur..Diterima
Syukur..Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya, tajuk tesisku diterima oleh penyeliaku. Terima kasih kepada Dr. K. Kata-kata dorongan dan motivasi beliau memberi kekuatan dan keyakinan kepadaku untuk terus melaksanakan tesisku dan meneruskan pengajianku walaupun ada subjek yang aku kena ulang. Aku akan berusaha dan aku tidak mahu gagal untuk kedua kali.
Terima kasihku juga kepada kawan-kawan ( Adam, Pian, Nizam, Kak Ros, Ina dan Kak Lela) yang membantuku.
Terima kasihku juga kepada kawan-kawan ( Adam, Pian, Nizam, Kak Ros, Ina dan Kak Lela) yang membantuku.
Sekian Lama Menyepi...
Setelah sekian lama menyepikan diri...aku kembali bertinta. Bukan kesenanganku hari ini...Tetapi keinginan di hatiku untuk merangka cerita di dada Tinta Nurbisaku ini. Telah lama aku tidak melakukannya kerana kesibukanku dengan kerjaya dan pengajianku. Tambahan pula komitmenku terhadap anak-anak muridku Tahun Enam. Tahun ketiga aku diberi kepercayaan menjadi guru kelas bagi murid-murid Tahun Enam.
Monday, August 1, 2011
1 RAMADAHAN 1432H/ 1 OGOS 2011
Ramadan mengunjungi bulan Ogos ini. Aku bersyukur kepada Allah kerana dapat menunaikan puasa tahun ini. Aku berdoa agar Allah memberiku kekuatan, ketabahan dan kesabaran bagi diriku untuk menunaikan puasa tahun ini dan solat Terawih pada malamnya. Aku juga mohon diberi kesihatan yang baik agar dapat menjalani ibadah ini dengan sempurna. Subhanallah...Ya Allah...
Subscribe to:
Posts (Atom)
