SETIAP CERITA... TERCIPTA DAN TERSIMPAN MEMORI

Tuesday, April 13, 2010

Hati Yang Rapuh

Di hati kulakarkan sebuah impian
Yang aku namakan harapan
Apabila kutentukan arah serta tujuan
Rela kuhadapi cabaran

Jalan ke puncak itu beronak dan berliku
Menyukarkan pendakianku
Namun tetap kugagahi hati yang rapuh ini
Demi hasrat yang suci

Aku sangkakan harapan selembut impian
Yang menguliti tidur insan
Kiranya kehidupan tidak sedemikian
Goyah hatiku oleh kenyataan

Tak harus kuturuti kelemahan diri
Tak daya bertahan diuji
Lalu aku mengumpulkan semula kekuatan
Berlandaskan keimanan...



Nurbisa : Ini ialah sebuah lagu yang didendangkan oleh seorang artis.Aku lupa siapa namanya. Nanti lah kucari semula.

Suatu pagi

Hari ini, aku bangun seperti biasa. Pukul 6.25 pagi, aku telah siap. Tetapi, aku tidak terus keluar rumah. Aku duduk dan diam di tepi katilku. Aku termenung. Hatiku sayu dan badanku mula rasa lemah. Hampir 10 minit, aku bergegas keluar rumah. Tapi langkahku longlai. Sebelum sampai ke sekolah, aku singgah di kedai makanan. Aku membeli lauk yang dipesan oleh kawanku. Tepat pukul 7.15 pagi, aku sampai di sekolah. Aku parking di tempat biasa. Sememangnya aku tidak suka parking di tempat sebarangan. Aku melangkah dengan senyuman. Hilangkan segala kesayuan. Ya kah? Buat-buat ya lah...hehehehehehehe...

Sunday, April 11, 2010

Kembali Berfacebook

Memang aku telah nekad untuk tidak berfacebook lagi. Aku mula menyepi apabila komitmenku diperlukan untuk kerja-kerja sekolah. Pada masa yang sama, biarlah ianya rahsia hatiku. Ada yang bertanya tentang facebookku...tapi, aku hanya memberi senyuman. Aku memang tidak mahu berfacebook seperti dulu. Kini, aku hanya memandang dan membaca apa yang dicoret oleh kawan-kawan. Aku masih dengan tekadku...

Paip air singki

Pagi ini, Kak Saadiah dan suami serta anak-anak datang ke rumahku. Suami Kak Saadiah menolong membaiki dan menukar paip air yang telah rosak berbulan-bulan. Bukan setakat rosak, terus patah. Kononnya nak jadi Mac Gyaiber..akhirnya. Sekarang, semuanya telah selesai. Tidak perlu tunduk ke bawah singki untuk menutup paip. Kami juga tidak perlu lagi menadah dan menyimpan air untuk membasuh tangan atau pinggan mangkuk.. Alhamdulillah.

Saturday, April 10, 2010

Pabila kesedihan bertamu..
Hati mula rasa sebak...
Menyesak dada menahan kepedihan...
Akhirnya mengalir air jernih ...
Lantas membasahi pipi...
Hanya kedengaran rintih sayu..
Memecah sunyi ruang kamar...
Dapatkah melegakan hati ini?
Namun..senyuman tetap diukir
Biarpun di dalam tersimpan sejuta kesakitan...

Monday, April 5, 2010

Mesyuarat Agung Tahunan Pandu Puteri 2010


Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri telah diadakan di Hotel New York, Johor Bharu pada hari Ahad, 4 April 2010. Aku pergi dengan Nik Norazlina, guru SMK Tenang. Mesyuarat bermula pada jam 2.30 petang. Aku dan Nik meminta diri untuk pulang lebih awal. Kami keluar dewan dan meninggalkan majlis tersebut pada pukul 4.30 petang. Selepas hantar ke rumah di Taman Tenang, aku meneruskan perjalananku ke rumah. Tiba di rumah pada pukul 8.00 malam.

Sayu Di Hati

Pabila kulihat segalanya tiada...Hatiku terasa sedih dan pilu. Tapi aku redha dengan tindakannya. Mungkin kerana keadaan dan tidak ada keberanian dan kekuatan dalam diri. Namun aku tetap berasa sedih kerana diriku tiada lagi dalam memorinya....Dibuang terus dalam diarinya...