Pena Cahaya Penawar ... Tercatat segala suka duka ...mencipta memori... mengabadikan kenangan dalam menghiasi hidup...
Monday, May 14, 2012
Friday, May 4, 2012
Aku berasa kesal dengan sikap yang dipamerkan. Seolah-olah aku seorang pesalah. Tak pa lah. Aku ini ibarat mentimun dan umpama lalang. Apa yang kurasa hari ini, telah menggambarkan dengan jelas sikapku tidak disukai. Mungkin mereka fikir, aku tidak menghargai dan mensyukuri apa yang aku peroleh. Telah kusuarakan apa yang kurasa agar mereka tahu. Bukan aku minta simpati. Entahlah. Mungkin kekuatanku hadir kerja kerana tanggungjawabku terhadap anak-anak didikku. Kasihan aku melihat mereka. Tidak seperti anak-anak didikku yang lepas. Anak-anakku tahun ini membesarkan dengan kesibukan dan mengejar pencapaian. Kadang-kadang aku sedih memikirkan nasib mereka. Namun aku sentiasa mendoakan mereka dan selalu memberi motivasi dan kekuatan kepada mereka agar mereka tidak lupa matlamat ibu bapa mereka. Biarpun hatiku terluka dan dalam kesedihan, tak kan kubiarkan mereka bersendirian. Aku akan bersama dengan mereka walau dalam keadaan apa pun jua. Tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk mereka membuktikan usaha mereka.
Thursday, May 3, 2012
SALAH TEMPAT
Rupanya kumengadu salah tempat. Diriku juga yang diperkatakan melalui kata-kata pujangga madah berbisa. Ini membuat aku rasa diriku menjengkal muka. Mungkinkah dengan membisukan diri, atau menjarakkan diri, itu lebih baik? Bolehkah aku menahan segala kepedihan di hati? Mungkinkah aku akan menerima nasib seperti rakan seperjuanganku yang telah setahun berpindah meninggalkan tempat ini?
Betul kata seorang kawan. Jika kita tidak mahu hati kita terluka, jangan sesekali kita mencampuri urusan orang. Biarpun ianya sesuatu yang menyakitkan pandangan tetapi membutakan mata lebih baik daripada melihatnya. Memekakkan telinga lebih baik daripada mendengarnya. Lakukan apa yang termampu dan menurut apa yang disuruh, memberi apa yang diminta. Tetapi....perlu kekuatan dalam diri, perlu ketahanan fizikal. Namun, bolehkah aku jadikan diriku seperti lalang. Ditiup ke kiri dan ke kanan. Mampukah aku?

Subscribe to:
Posts (Atom)