Pena Cahaya Penawar ... Tercatat segala suka duka ...mencipta memori... mengabadikan kenangan dalam menghiasi hidup...
Saturday, July 31, 2010
Hari Kepanduan 2010
Hari ini, Persatuan Pandu Puteri Daerah Segamat telah menganjurkan Hari Kepanduan. Majlis ini diadakan di SMK Dato' Ahmad Arshad, Batu Anam. Pertandingan bermula pada pukul 9.00 pagi. Pelbagai aktiviti pertandingan seperti memasak, cipta sireh junjung, melukis, membuat kolaj, penilaian buku skrap, sukaneka dan tarian poco-poco. Pertandingan tamat pada pukul 12.00 tengah hari. Majlis penutup bermula pada pukul 12.30 tengah hari. Perasmi ialah Tn. Hj. Anuar Hashim, penolong pegawai unit HEM, PPD.Aku ditugaskan sebagai juruacara. Inilah pertama kali dalam hidupku aku disuruh jadi juruacara. Risau dan gelabah pun ada. Kalau tidak ada teks, tentu aku lagi menggelabah. Namun segalanya berakhir juga.
Thursday, July 29, 2010
Persediaan Hari Kepanduan
Hari ini aku pergi ke sekolah SMK Dato' Ahmad Arshad, Batu Anam pada pukul 4.00 petang. Aku menaiki kereta Kak Ira. Di sana, Asiah dan Kak Mas sudah menunggu. Kami melihat keadaan kawasan untuk tempat pertandingan dan majlis penutup. Kami menyusun meja dan kerusi. Tepat pukul 6.00 petang, kami pulang. Sebelum pulang, kami singgah makan di Restoran Juara, IOI. Aku sampai di rumah pada pukul 9.40 malam. Aduh..penatnya. Esok, kena bawa budak lak...Kul 7.45 pagi mesti ada di sana.
Sunday, July 25, 2010
Mesyuarat AJK Pandu Puteri Negeri Johor
Hari Ahad, aku dan Kak Ira pergi mesyuarat AJK Pandu Puteri Negeri Johor di Johor Bahru. Kami bertolak pada pukul 7.30 pagi. Kami berpusing di kawasan bandar Johor Bahru mencari sekolah tersebut. Mesyuarat tamat pukul 2.00 petang. Kami singgah di JUSCO dan perhentian Machap. Aku sampai di rumah pada pukul 9.00 malam selepas menghantar Kak Ira.
Saturday, July 24, 2010
Kenduri di Kampung Lenga
Aku dan Kak Timah pergi ke Kampung Lenga. Hari ini, Kak Ana buat kenduri di rumah kampung. Kami bertolak pada pukul 10.00 pagi. Perjalanan singkat sahaja. Aku menolong apa yang patut. Aku melihat suasana kenduri mengikut adat orang sini. Berbeza dengan kampungku. Yang seronok, aku diberi peluang bersalam dengan orang kampung yang datang bertandang. Aku juga turut bergambar kenangan di rumah Atuk. Kami pulang pada pukul 5.00 petang.
Tuesday, July 13, 2010
Sunyi Bertamu Di Hati
Sejak akhir2 ini, setiap kali ku balik ke rumah, sunyi je rasa. Hatiku juga terasa sunyi . Nak berchit chat tapi tak tahu dengan siapa. Apa nak buat? Sunyi sangat.
Sunday, July 11, 2010
Friday, July 2, 2010
Pertemuan yang dinanti..
Hari ini merupakan hari terbuka sekolahku. Hari ini, pertemuanku dengan ibu bapa anak-anak muridku Tahun Lima. Aku tidak memberi banyak komen tentang anak-anak muridku. Hanya seorang dua sahaja yang kumaklumkan tentang sikap anak-anak mereka yang tidak menyiapkan kerja sekolah. Syukurlah ibu bapa menerima apa yang kucakap tentang sikap anak-anak mereka. Semoga anak-anak muridku akan lebih memberi tumpuan terhadap pelajaran mereka.
Thursday, July 1, 2010
Apabila Berkebaya...
Hari ini aku senyum sendiri dengan telatah anak-anak muridku Tahun Enam. Disebabkan aku berkebaya dua hari ini, mereka bagi gelaran padaku. Biarlah diri aje yang tahu. Masuk aje kelas mereka, pasti ada suara dengan kata-kata yang manis. Aku menggeleng kepala dengan telatah mereka yang menghiburkan dan menceriakan di pagi hari. Terima kasih..
Subscribe to:
Posts (Atom)